Assalamualaikum WBT
SEJUK pagi ni. Dah janji dengan Pak Inche nak sarapan di Satay Club, restoran konsep vendor yang baharu dibuka di Jalan Langsat, Kampung Pasir. Walaupun agak familiar dengan Kampung Pasir kerana menghabiskan usia remaja dan zaman bujang di sini tapi tak ingat langsung di mana lokasi Jalan Langsat, terpaksalah guna waze. Rupanya, memang laluan hari-hari dulu, hahaha. Yang Sk paling ingat, Jalan Manggis jer la, di situlah dulu tapak rumah pusaka arwah atok, betul-betul dekat simpang empat depan Warung Lempeng Asam Pedas Ikan Sembilang.
Meriah depan restoran terbuka ni. Pesanan dibuat secara manual, ada staf datang ke meja membawa menu dari vendor-vendor dan mengambil pesanan pelanggan yang terus dihantar ke dalam sistem. Bagi makanan vendor, buat bayaran terus apabila makanan dihantar ke meja.
Sukanya hati dia bila nampak ada Nasi Lemak Daun Pisang Telur Separuh. Sedap nasi lemaknya cuma tak ada ikan bilis.
Minuman panas dihidangkan dalam cawan cute ni.
Seketul croissant dalam oven.
Telur Separuh masak diproses terus atas meja pelanggan, hehehe.
Sk pesan Set Western. Ada 4 menu tapi ni jer yang ada, harganya RM10.
Selain nasi lemak, PI pesan Telur Separuh Masak jugak. Sate Daging habis, dapat sate babat jer. Sedap sate babat tu mesti sate daging pun sedap.
Sesekali layan anak tekak terpaksa keluar dari kawasan la.
Breakfast, Lunch dan Hi-Tea sekali arung nampaknya. Sate tu boleh dikira sebagai dinner jugak rasanya, hahahaha.
Nampak menarik makanan di situ .. patut kat Malaysia kena ada guide line.. nasi lemak wajib kena ada sambil, telur.. ikan bilis dan kacang serta timun.. if not jgn panggil nasi lemak kan
ReplyDeleteSedapnya sate...
ReplyDeleteSeronokkan belah² sana, pagi² dah ada sate.. teringat pergi Muar dulu, bekfes sate dapnya...
Tengok menu yang SK kongsi rasa tak sabar nak keluar dari Ld, nak jalan-jalan cari makan.
ReplyDeleteLama x makan sate time sarap...sedap betul mee rebus tu..sate babat x pernah makan lagi...nak cuba nanti
ReplyDelete