Assalamualaikum WBT
PAGI ini di pejabat, kami anjurkan Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yassin. Jamuan konsep potluck dihidangkan secara bufet.
Bukan rajin sangat tapi mengenangkan bekas-bekas ni banyak, balik kerja semalam gigih buat Puding Kastard. Dahlah semalam jammed giler, sampai rumah pun dah 6 lebih. Tapi, buat jugaklah.. susunya Sk asingkan, ingat nak pek kecik-kecik tapi leceh laaa pulak.
Sk tuangkan susu semasa ustaz baca doa. Koktel buah memang dah letak siap atas puding.
Tak banyak makanan macam selalu agaknya selalu tu terlalu banyak sampai berlebih-lebih. Ni pun sampai tiga orang bawa roti canai. Satu lagi, kebanyakan bawa makanan yang dibeli dari gerai sarapan atau ditempah. Fidah kata, Sk jer yang rajin bawa yang buat sendiri. Sk cakap, Sk punya tu kalau beli dah RM100 tau, ni buat sendiri kos dalam RM20 jer. Bekas tu tak yah kira la sebab benda memang dah ada, rasanya dari Iman sekolah rendah menyimpan, ialah, dulu kan Sk jual dadih la, puding la.
Sambutan Hari Lahir untuk babies April, Mei dan Jun.
Ingatkan snap pic.. punyalah tegak berdiri situ.
Boomerang!
Tak muat lah semua nak masuk perut! Mujurlah ada bekas makanan ni dalam kereta.
Comel jer saiz Puding Kastard ni. Selepas diberitahu ada potluck, Sk terus plan nak buat dia dan dah pergi dua pasaraya nak beli Tepung Kastard Cap Burung (Bird's Custard Powder) tapi tak jumpa ya. Sk guna jenama Nona, wangi betul bau satu rumah, hahaha. Sk catat resepi di sini untuk rujukan akan datang.
Puding Kastard Berkuah Koktel
(Dapat saiz mini - 50 cup kecil)
Bahan- bahan :
Bahan A - Puding
1 mug tepung kastard
1/2 mug gula pasir
5 mug air
Secubit garam
1 tin buah-buahan koktel
Bahan B - Susu
2 tin susu sejat (susu cair)
4 tbs gula pasir
1 1/2 tin air
2 tbs tepung kastard + 1/2 tin air (larutkan)
Bahan A - Puding
1. Campur semua bahan, kacau hingga tepung larut sepenuhnya, letak atas api sederhana. Sentiasa kacau guna handwhisk sehingga adunan pekat.
2. Apabila adunan pekat, kecilkan api, kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan meletup-letup, tutup api.
3. Sudukan sesudu besar dalam bekas mini.
Letakkan sedikit buah koktel ke dalam bekas berisi puding.
Bahan B - Susu
1. Campurkan semua bahan dan didikan atas api, sentiasa kacau supaya tidak hangit.
2. Setelah mendidih, tutup api. Sejukkan pada suhu bilik sebelum disimpan dalam peti.
3. Tuangkan dalam bekas puding tadi 3/4 penuh.
Sukatan ini ngam untuk 50 bekas mini Puding Kastard Berkuah Koktel.
Lepas Bacaan Yassin tu dapat panggilan telefon dari Pak Inche. PI beritahu, staf PI, Akma sekarang dalam keadaan koma akibat kemalangan jalanraya malam tadi (26 /6/2024) di Kulai. Akma sedang dalam perjalanan ke Shah Alam bersama suami dan anak-anak. Anak Akma sekarang di Hospital Kulai, suaminya tidak cedera. Allahuakbar! Sedih sangat, Akma sedang mengandung pulak. Mohon doakan keselamatan Akma dan anak dalam kandungannya ya, semoga Akma segera sembuh, Amiiinnn YRA.
Nampak senang resipi puding kastad berkuah ni. Boleh la try.
ReplyDeleteAllahuakbar. Semoga Akma dan baby dia selamat.
Allahuakbar, kalau insiden malam tadi tu, hampir 4jam Kak jemm.. Lin baca beritanya, teruk kemalangan tu. Moga yang baik² aja semuanya ..
ReplyDeletePuding kastard ni ya g rajin buat Mama Mia, kalau ada makan² memamg request dia buat hehehehe
lama tak makan puding kastard gitu nampak sedap lak
ReplyDeleteEsok ada mesyuarat bahagian. Masing² akan bawa makanan. Esok mungkin saya akan beli sahaja makanan/kuih.
ReplyDeletedah lama kerja sendiri ni rindu pulak join potluck time kerja office dulu
ReplyDeleteDah lama Opis ni tak buat makan- makan la...
ReplyDelete