AIS KRIM DULANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 



SATU lagi lokasi menarik jjcm di Pontian ialah Aiskrim Dulang. Lebih menariks, ianya telah dinaik taraf menjadi lebih selesa dan kini anda bukan sekadar dapat menikmati aiskrim tetapi juga makanan lain. Sistem pesanan secara layan diri jadi bila dah berdiri depan kaunter tu, tak ada mood sangat nak snap pic menu yang ada, hihi.


Sk ambil Healing Set untuk 4 orang sebab tak ada set untuk 2 orang.


Sk dah lama tahu pasal Aiskrim Dulang ni dan dulu-dulu selalu jugak nampak vtt AD fyp di TT. Dulu-dulu makan bawah khemah sekarang dia dah dirikan bangunan kekal. Ada ruangan terbuka dan ruangan berhawa dingin. Mungkin bangunan ni dibuat masa bulan puasa lepas.


Sabar ajelah PI ni, beriya dia rakam ketika Sk mengambil dulang aiskrim, rupanya dia tak tekan record. 


Set ni dapat dua bekas aiskrim, 4 biskut kon aiskrim, topping coklat cair, mini cornflakes, coklat rice dan rainbow rice. Aiskrim tu boleh pilih dua perisa. Sk pilih strawberry dan chocolate almond. Aiskrim ni mereka buat sendiri tau dan letak jenama pikapi.


Boleh request cawan kertas dan DIY sendiri la mengikut citarasa kita. Sk kurang pasti berapa liter aiskrim tu sebekas, tapi memang tak habis la makan berdua, jadi PI minta plastik nak take away. Kita ingat bolehlah terus bawa balik bekas tu, kan. Rupa-rupanya, kita kena pulang bekas tu, wak. Nanti staf akan pindahkan baki aiskrim dalam mangkuk untuk take away. Mula-mula Sk rasa murahlah tapi bila dia ambil semula bekas aiskrim tu terus rasa mahal, hahahaha. Kita bukanlah nak simpan pun bekas aiskrim tu nanti tapi dorang pun agak-agak laaa, bekas macam tu pun nak ambil balik.


Mungkin lain kali boleh datang makan-makan pulak tapi macam serik pun iya jugak, huhuhu.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Menariknya konsep ni... belum ada lg konsep ni di sini.. tp harga keras jugak tu

    ReplyDelete
  2. Fuh set healing dia betul2 healing tu kak mim. Memang takkan habis kalau sekali duduk.

    Lahhh bekas gitu pun dia ambil balik? 😅

    ReplyDelete
  3. Wah baru tahu wujud jugak konep macam ni ye. Menarik ni. Salah satu cara tarik pelanggan.

    ReplyDelete
  4. Adeh, kena tukar bekas erk? Kalau tak, sampai di rumah boleh terus masuk freezer kan, bagi beku semula. PH pun tak habis kalau nak makan aiskrim banyak² sekali hadap.

    ReplyDelete
  5. Serius menarik la....tapi kat Pontian ye...boleh masuk wishlist ni

    ReplyDelete
  6. kalau bekas tu bawak balik...berbaloi dengan harga...

    ReplyDelete
  7. Menarik. Tak pernah dengar lagi brand dan gaya aiskrim ni. Kena datang balik kot sebab tak tekan record tu. hihi...Lahhh boleh pulak gitu ek. Bekas pun tak bagi bawa balik. Aduhaii...kalau boleh bawa balik tak perlu dah transfer. Kan lagi senang camtu. Jangan kata dia recycle bekas tu sebab aiskrim buat sendiri kan katanya.

    ReplyDelete
  8. Ingatkan bayar sekali bekas ye. Rupanya tak boleh bawak balik bekas.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!