MAKAN DI KEY ORIGINAL SUP GEAR BOX SERAMBI TERUNTUM KUANTAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 



BEBERAPA kali vtt RZ Ikan Bakar ni fyp di TT apabila Sk membuat carian makan malam sedap di Kuantan. Terpengaruh jugaklah tengok orang makan ikan bakar tepi pantai, kan. Kami plan malam kedua sebelum balik Johor, nak makan di sini.. tapi...


Kita faham konsep tak ada rezeki tapi sebagai insan yang banyak kelemahan, berasap jugak sekejap. Dahlah dari hotel nak sampai ke Beserah tu jammed, nak parking susah, dah duduk tunggu, tiber dia kata dah tutup order. Kalau tak, kena tunggu tiga jam, hahaha. Nak viral sangat tapi tak buat persediaan sewajarnya. Tambahlah dapur dan tukang masak bila tahu tempat dah tular.



Sk cadangkan agar kami makan jer kat mana-mana, tapi PI manalah nak. PI cadang kami ke Serambi Teruntum, kebetulan siang tu kami nampak papan tanda ikan bakar di situ.


Depan restoran ada padang yang diletakkan meja makan. Boleh pilihlah sama ada nak makan di luar atau dalam restoran. Sk tak jengah dekat dalam, terus duduk di luar ni jer.


Bulan tengah mengambang terang-benderang.. nampak berseri dari jauh.


PI pesan sup gearbox. Gearbox tu, macam tinggal tulang aje, hampir keseluruhan dagingnya dia dah hiris siap-siap masukkan dalam mangkuk sup ni. Sk tak pastilah daging tu datang dari tulang yang sama atau tulang lain, hahaha. Tak mencabar la nak makannya. Tapi sup dia sedap,  daging pun empuk.


Macam tangan pulak, hahaha. Banyak daging dalam sup tu, jenuh nak habiskan.


Sedut lemaks.


Cuaca baik malam tu. Ni kalau hujan lebat tiba-tiba, mahu bertempiaran lari.


Padang sebelah sana luas, boleh biarkan anak-anak lari tanpa risau terlanggar staf bawa makanan. 


Sk terasa nak makan nasi goreng kampung. PI makan nasi putih. Oh, yang dalam piring sos tu, sambal untuk sup, sedap sambal dia.


PI pesan jus tembikai saiz gajah. Gedabak besar, dah macam jug.


Nak pesan ikan bakar tapi mesti tak habis nanti sebab ikan yang ada besar-besar. Jadi, pesan Sotong Bakar aje la, buat syarat datang Kuantan, hahaha. Sotong ni masa Sk pilih, panjang tapi bila dah sampai, eh, pendeknya. Sotong kan mengecut masa masak. Masa timbang tu dah diberitahu siap-siap, harganya RM17.


Sk cakap dengan PI, lepas ni tak nak dah datang Kuantan. Macam nak bergaduh ya cari makan. Dia sebab PI ni kalau kita dah plan (set dalam waze) nak makan kat sinun, mesti pergi sinun jugak. Dah sampai tu, kalau makanan habis ke apa, kena buat pulak carian baru. Cerewet laaa.. masalahnya cerewet. Siapa kata lelaki tak cerewet??? Hahahaha.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. https://belogsjm.blogspot.com/2025/05/wang-kemenangan-dunia.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Alahai..takde rezeki ye...nasib dapat makan kat kedai lain..aduh..teringin plak sup gearbox tu...tapi kalau nak buat SA je makan..suami x makan..PZ suka tapi x leh makan...next nak pi Kuantan boleh la kot pi area sini...

    ReplyDelete
  3. Wah, sup gearbox tu macam surprise box. Daging banyak sampai tak tahu asal-usulnya dari tulang mana, hahaha! Next time siap standby plan B, jangan sampai makan kuarantin gara-gara makanan habis!

    ReplyDelete
  4. Tak biasa makan sup gearbox.. Rasanya saya tak pernah mencubanya lagi.

    ReplyDelete
  5. Takpela bukan rezeki
    Alhamdulillah ad kedai lain
    Adalah tu hikmah yg kita tak nampak

    ReplyDelete
  6. Alaa SK datang Kuantan dengan pengalaman macam ni. Jangan lah serik, datang lagi ya. Banyak kedai lain jugak.

    ReplyDelete
  7. Ya ampunn...mahu tak berasap kepala gitu. Kedai viral begitulah, kalau dah ramai tak boleh nak handle. Sabar je lah. Untung jugalah dapat makan sup gearbox sedap. Kadang tak faham juga dengan parents yang membiarkan anak berlari sana-sini. Risau apa-apa terjadi. Sotong dia mengancam selera betul. Tak pesan ikan bakar, ikan sotong buat syarat je pun dah menyelerakan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!