BEBERAPA kali dah digembar-gemburkan di threads betapa sedapnya rasa bubur Uncle Boobur ni yang menjalankan perniagaan Bubur Nasi Berlauk di Dataran Niaga Taman Perling.
Pujuk-pujuk PI, dia nak pergi selepas sehari sebelumnya Iman tunjuk gambar makan bubur di sini. Untuk pesanan makanan konsepnya secara layan diri. Buat pesanan, bayar dan kita diberi gajet yang akan berbunyi bila makanan siap.
Ada dua gerai (truck) minuman di sini, kami pilih yang paling hampir dengan meja kami duduk. Tak rajin nak meninjau ke sebelah sana. Lupa nak ambil gambar minuman pilihan kami, Pineapple Mojito untuk PI dan Sk pilih Blueberry.
Padahal bukanlah panjang sangat pun Dataran Niaga Taman Perling ni. Sk tak la kira betul-betul tapi rasanya tak sampai 10 buah food truck pun yang meniaga di sini.
Eh, ada pun gambar Pineapple Mojito dan Blueberry Mojito dalam pic ni. Nak pesan minuman pun konsep sama la, layan diri. Pergi tempat-tempat macam ni memang kena rajin bergerak.
Siap sudah bubur kami. Boleh tahan lama jugaklah menunggu untuk menjemput bubur ni setelah gajet diberi berbunyi. Tu pun Sotong Goreng Telur Masin ambil sikit masa lagi nak siap. Tak dapatlah sotong bergambar bersama dengan bubur, hihi.
Bubur kosong dia lemak masin, sedap. Halus mulus dan gebus tekstur buburnya. Lauk bubur ada Kangkung Belacan, Ikan Bilis Goreng, Lobak Masin Cincang, Telur Masin, Kacang Tanah Goreng, Ikan Masin Tumbuk bersama bawang dan cili padi kot sebab ada rasa pedas-pedas.
Stail kami memang suka gaul bubur dengan lauk dia sekali. Baru la ngam nak makan. Kalau ditanya Sk dan PI sedap ke sedap, jawapannya sedap.. tapi sedap lagi yang di sanun la, sebab dia ada lauk ikan bilis dengan bawang cili tu. Selain tu, ada faktor lain jugak yang membuatkan yang di sanun tu menang di hati kita. Di sanun, kita datang, duduk, pesan.. dan tunggu jer pekerja hantar bubur atau pesanan lain. Lepas makan baru bayar.
Lima minit kemudian, pager berbunyi memberitahu sotong telur masin siap. Uncle sendiri yang hantar sotong ke meja. Sejuk sikit hati kita. Tapi sotongnya agak liat sikit. Terkial-kial kita mengunyah, macam tak lumat-lumat, hahaha.
Puas masukkan nama Uncle Bouboor dalam waze, tak ada. Jadi, taip sajalah Dataran Niaga Taman Perling. Nak menaip entry ni baru perasan ejaan sebenarnya Boobur bukan Bouboor, hahaha. Tapi, memang tak ada pun la dalam waze. Dia kalau ada, kita baru taip perkataan uncle, dia dah keluar, kan. Nasib la Taman Perling tu tempat jatuh lagi dikenang kita, hehehe. Food truck macam ni sesuai la kot untuk orang muda. Yang tak berapa muda macam kami ni mungkin datang sekali aje sebab viral.










Yang di sanun tu paling legend kan? Yang lelain tu copy paste je dah. Sedapnya rindu pulak zaman belajar sana dulu suka makan bubur nasi ni.
ReplyDeleteSedapnya bubur berlauk
ReplyDeleteKalau bubur rasa lemak² tu letak santan ke SK? Kot la macam bubur lambuk tu...
ReplyDeletesedapnya...dia asingkan bubur & laukpauk...di sanun? kena cari dlm ni...hehe..
ReplyDeleteDi sini ada 2 sekte utk bubur ayam. Team bubur diaduk, atau team bubur tak diaduk 😄😄. Saya sendiri memang tipe yg tak mengaduk bubur. Jadi setelah topping diletak atas bubur, baru saya makan, tapi tidak diaduk..kalau suami saya wajib aduk 🤣. Selera saja. Saya sekedar tak suka lihat bentuknya kalau sudah teraduk 😄
ReplyDeletesaya suka makan di ruangan terbuka macam tu.. rasa lain macam tenang je kena pulak bubur hangat full eksesori ..
ReplyDeleteHa ah, agak letih makan di food truck kerana layan diri dan lama menunggu. Hehe.. Sedap juga tengok bubur dalam gambar. Banyak lauk sampingannya tu.
ReplyDeletekalau ammi pun suka konsep macam "disanun" sebab ehhh tak kuasa betul nak order, pastu nak jemput balik makanan tu. dah le bayar mahal sikit dari biasa. Dasar berat montot ammi ni
ReplyDeleteTeringin nak makan bubur berlauk..nak2 ada lauk kangkung...dapnyaaaa
ReplyDelete