Assalamualaikum WBT
DUA minggu lepas, Cikwa out station ke Tanah Jauhar. Pelancaran apatah (malas nak ingatkan) yang berlangsung di Persada Johor. Hari isnin kot Cikwa sampai, esoknya pelancaran dan lusanya tu Cikwa ke Mersing pulak kemudian patah balik ke JB. Hari Jumaat, Cikwa check out dan Angah ajak makan tengahari sama-sama di Restoran Kueh Bakor cawangan Bandar Baru Uda. Restorannya sebelah Klinik Bio Sucinas. Cik Ani tak sempat nak join, Angah jemput Sk di pejabat dan Cikwa dah sampai dulu restoran semasa kami sampai.
Pelbagai pilihan perisa Kueh Bakor tapi tak semualah perisa yang ada masa tu. Buku menu dia lain dari cawangannya di Taman Damansara Aliff dan Medini Iskandar Puteri.
Dekat sini ada menu Mangkuk Tingkat atau Siya.
Menu Set Mangkuk Siya berubah mengikut hari. Hari Jumaat lauk Sardin, macam tak logik kan makan lauk sardin sampai RM18, tapi itulah, mereka bukan sahaja jual lauk/ makanan tapi jual konsep (mangkuk siya).
Ada pilihan roti bakar dan telur separuh masak jika tak nak makan nasi, kot tengah diet ke kan.
Anggaran kalori bagi satu hidangan Roti Bakar Butter Kaya sekitar satu hidangan (60 gram) dan dua biji telur separuh masak
Contoh Perkiraan
Roti Bakar Butter Kaya (untuk 60g):
Kalori: 196 kcal
Karbohidrat: 32.3 g
Lemak: 5.2 g
Protein: 4.1 g
Dua biji telur separuh masak (sederhana): 140-160 kcal
Yang tekak omputeh, menu barat pun ado. Lepas tu baru tahu, cawangan BBU ni tak ada jual Mi Wantan seperti cawangan lain. Padahal tu signature dish Kueh Bakor, kan. Dan Sk perasan macam tak ada menu western di cawangan Kueh Bakor yang pernah Sk pergi sebelum ini.
Pilihan minuman pelbagai jugak dan agak menariks tu ada smoothies. Smoothies tu dekat 500 kcal ek, kalau kurus kedengkik, nak aje order tapi, maaf shakapppp... huhuhu.
Dia tak ada order chit, catat pesanan sendiri atas kertas putih ni aje.
Saja ronda-ronda dalam kedai, eh, ada jual lauk frozen. Bagus ni sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja dan tak sempat memasak tapi nak makan di rumah. Masak nasi dan tinggal panaskan lauk aje.
Selfie satu sebelum pesanan sampai ke meja.
Restoran ni luas dan mengambil dua lot kedai tapi ya ampunnnn.. kenapa panasnya dan berbahang dalam restoran, aircond dia macam tak berfungsi. Nak komplen segan dan takut mereka kecik hati, hihi.
Tangan masing-masing bergambar dengan minuman masing-masing. Sk batuk sikit, minum Barli Panas.
Cikwa makan Nasi Ambeng. Nasi Ambeng lengkap dengan Mi Goreng, Serunding Kelapa, Sambal Goreng, Ikan Masin Bulu Ayam dan Rendang Ayam. Ayam dia kecik tapi, huhu.
Lupa kenapa Cikwa ketawa. Gelakkan ayam kecik kot, hehe.
Nasi Ambeng dan Bandung Soda untuk Cikwa dari galeri gambar Cikwa.
Angah makan Ayam Penyet. Ayam dia beso pulak. Eh, nampak sedap pulak gambar ni.
Nasi Ayam Penyet dan Sirap Ais Angah dari galeri gambar Cikwa.
Minah Saleh Tuan Tanah Kedaung makan Mac & Cheese. Sedap jugak tak mengecewakan. Rasa keju dia penuh dan tak mengelat. Pernah makan M&C kat tempat lain, rasa susu jer lebih.
Malam hari pasang pelita,
Habis minyaknya terpadam sendiri,
Kueh Bakor jangan dilupa,
Warisan nenek penyambung tradisi.
Ada lagi ke orang pasang pelita zaman ni? Hihihi.
Dalam banyak-banyak perisa, kami pilih Kueh Bakor Daging. Balik tu, Angah dan Cikwa take away Kueh Bakor perisa pandan pulak.
Okey, ni gambar selfie dengan makanan pulak. Jangan tidak orang kata, hahahaha. Mekacehhhh, Angah belanja. Semoga Allah swt tambahkan lagi rezeki wang dan kesihatan yang baik, sejahtera dan selalu dipermudahkan urusannya, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
p/s Jaga-jaga.. niari Sk nak spam korang, blog entri baharu banyak-banyak, hahahaha.
sedapnyaaaaa kuih bakar...mkn panas2 cicah sos cili fuhhh terangkat
ReplyDeleteAlang-alang dah dekat tu, baiklah dapat makan bersama kan. Semoga murah rezeki Angah belanja. Aduh, parah gitu kalau aircondnya macam tak function. Berperang dengan panas pulak kita. Dalam banyak-banyak tu, ayam penyet nampak sedap. Nasi ambeng macam ada yang kurang walaupun lengkap. Mungkin sebab rupa paras dia kot susunan lauk pauknya tu. Tak nampak sangat sambal jawanya. Ayam pun kecik je kan. So kurang sikit dari segi food plating dia.
ReplyDelete