Assalamualaikum WBT
KUCING kat pejabat Sk, namanya adik. Ada yang panggil Baby jugak, nama yang lekat adik lah. Yang bagi nama adik pelajar baharu kursus Pentadbiran Pejabat Tahap 3 yang sekarang dah berada di Tahap 4. Jadi, Sk anggarkan umur adik ni dah dekat 3 tahun jugak. Sk masih ingat kali pertama jumpa adik dulu dia masih kecik, mungkin baru tiga bulan. Tak tahu anak siapa, tiba-tiba jer ada sekor-sekor. Sk lap muka dia yang comot, tiap pagi datang minta biskut. Bila malam, kakak kantin asrama jaga. Faiz (maintenance) beritahu, tiap hujung minggu kena mandikan dengan kakak kantin. Masa tu adik dah gemuk dan selalu wangi. Sk nak bawa balik memang tak boleh, la.. risau bergaduh dengan yang lain. Sampailah kantin bertukar tender, adik dah tak ada yang bela. Tapi ramai pelajar asrama yang bagi makan dan kadang tidur dalam dorm, kadang tidur kat kaki lima.
Gambar dalam longkang atas tu diambil pada 27 Oktober 2025. Adik tengah bunting tu kali yang ke 3 dah. Kali pertama beranak seekor jer, mati anaknya sebab Sk tak perasan duduk bawah tayar. Beranak kali kedua, dua ekor, sekor mati jugak, tak tahu jatuh bangunan ke, jatuh longkang ke, kami rawat dalam seminggu kemudian mati. Yang lagi sekor tak ingat, hilang macam tu aje. Ni dalam gambar anak yang beranak kali ketiga. Kawan Sk jumpa di asrama lelaki pada 17 November 2025.
Sk cakap, dia ni kalau beranak, memang sikit ek anak dia, sekor jer. Hitam pulak, tak perasan pulak ada kucing jantan hitam ke kat asrama.
Tup tup, seminggu kemudian, ada pelajar bawa ke pejabat Sk anak adik yang warna Oren, hahahah. Ingatkan satu, rupanya dua. Yang Oren ni dia letak kat asrama perempuan ya tingkat 2. Student tu cakap, ada lagi sekor puan, kat tingkat 3.
Dah kurus dah adik sejak beranak-pinak ni. Lepas tu macam selsema sikit.
Dalam pukul 11, tiba-tiba adik bawa turun anak dia yang hitam ni pulak. Ni yang kat asrama lelaki tu la dialihnya ke asrama perempuan. Agaknya dia baru sedar anaknya ni female, haha. Walaupun hitam tapi comel betul, hitam kat bulu badan, muka dia cerah.
Puas cari kotak tak jumpa mujurlah ada kotak polisterin ni ha. Suruh adik masuk susukan anak-anak.
Tapi dia tak selesa kot, dia keluar. Jadi, keluarkan anak-anak dia sekali suruh menyusu kat lantai aje. Petang nak balik kerja Sk letak dua ekor anak dia tu di ruang lobi aras satu asrama perempuan.
Esok paginya tengok kotak tu dah beralih depan bilik yang semuanya pelajar India. Jenguk kat dalam, eh, dah bertambah sekor lagi warna putih. Rupa-rupanya yang putih tu adik letak dalam bilik pelajar India.
Harap tak ada yang ke empat laaa.
Si Putih.
Oyen
Putih
Itam.
Usahakan jugak cari kotak sebab polisterin tu mudah koyak dan berhabuk kena kuku budak-budak ni.
Ambil gambar nak tengok tumbesaran masing-masing.
Maknya asyik berdandan.
Ada pelajar yang korbankan bantal nak bagi anak-anak adik selesa. Bila malam, mereka letak dalam bilik (pelajar India).
Pagi, 2 December, bunyi Whatsapp masuk bertalu-talu. Girl asrama beritahu, dia bangun pagi tengok badan putih merah penuh darah. Ni dah bersihkan, tengok berlubang di dada dan di tengkuk. Girl dan kawan dia bawa ke klinik. Doc sapu ubat kuning dan bagi ubat makan cecair yang perlu diberi dua kali sehari.
Hurmmm.. adik pulak suka angkut anak dia turun naik tangga.
Disebabkan tengkuk dia luka, Putih tak boleh menyusu sendiri, tak pasal-pasal jadi baby sitter Sk ni. Girl asrama akan hantar Putih kat Sk sebelum pergi kelas minta jagakan.
Putih, 4 December 2025. Ni dah dua kali bawa ke klinik. Kesian ya Putih. Girl bagi nama Yaya (sama pulak nama anak kita).
8 December, nampak Putih dah beransur pulih, minum susu pun dah banyak sikit. Sk bagi guna syringe.
Tapi, rupanya Putih dah tak sakit lagi. Dia mati pada awal pagi esoknya. Kami tanam depan pejabat. Girl siram kubur Putih dengan susu dan tabur bunga. Mungkin itu kepercayaan orang India, siram susu.
Kubur Putih. Tiap petang girl singgah tengok kubur Putih. Kesian, kan .. sebab dari lahir dia jagakan anak adik yang Putih ni. Masa ni, lagi dua ekor adik-beradik Putih dah hilang, tak tahu kat mana adik sorok, huhu.
Girl aras 3 beritahu, adik tinggalkan Oyen ni kat situ. Mereka bawa turun pulak Oyen ni. Sk pelik sebab dah lebih 10 hari tak nampak, kenapa badan Oyen ni tak membesar. Macam tak minum susu, macam kena tinggal.
Lepas tu nampak adik ni lari ke atas. Sekejap lagi dia hantar kat Sk anak dia yang hitam tu dah besar ya. Dua kali ganda besar dari Oyen. Maknanya dia jaga yang Hitam jer, dia lupa kot Oyen hidup lagi.
Kesianlah Oyen ni, lemah betul. Bagi susu pun tak selera dah.
Yang hitam tu aktif dan sihat. Playpan ni memang Sk beli untuk dorang supaya boleh dizip dan mak dia tak boleh angkut turun naik tangga lagi.
Tak tahu dah berapa lama Oyen tak menyusu. Adik ni memang la tak reti jaga anak. Tak reti kira kot anak dia ada berapa.
Lepas tu kan dia macam tak nak bagi Oyen ni menyusu. Sibuk nak jilat anak jer kerjanya. Bila Oyen ni nak menyusu dia bangun tinggalkan.
Hitam ni nak menyusu dia bagi aje. Penat ajar dah, marah pun sudah tapi tak diendah. Ni lepas naik cuti Krismas tu, semua anak dia dah tak nampak bayang. Tinggal playpan aje kat lobi. Tak tahulah apa jadi dengan Hitam, Oyen tu Sk ingat dah innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn. Playpan Sk cuci dan keringkan kemudian simpan.
Hari kedua naik cuti Krismas baru nampak muka adik. Dah berantai pulak dia, kemahen lawa. Ada anak warden jaga adik sekarang. Lega sikit dengar tapi tu la, memang tak tahu anak dia kat mana yang Hitam tu. Tapi nampak macam masih menyusukan lagi tu. Semoga baik-baik la anak kamu yang tinggal sekor tu, adik.





































Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih