Assalamualaikum WBT
HARI Jumaat yang sama hari Sk pergi makan dengan Angah dan Cikwa di Restoran Kueh Bakor tu, pagi-pagi tu, Cik Ani dah whatsapp ajak datang rumah dia petang. Cik Ani nak buatkan Roti Jala untuk kawan dia yang nak pergi umrah, jadi, dapatlah kami tumpang semangkuk, heheheh.
Menurut cerita Cik Ani, sebelumnya kawan dia ni ada menempah roti jala tapi Cik Ani sub dengan penjual roti jala lain. Bila anak kawan Cik Ani makan, dia kata ini bukan macam roti Jala Cik Ani buat, tu la tu, terpaksalah jugak Cik Ani sendiri buatkan. Disebabkan hujan Cik Ani hantar guna lala move.
Kari Ayam untuk dikawankan dengan roti jala. Seperiuk besar Cik Ani masak kari ayam.
Sk tapau Mihun Goreng Tauchu dari kantin Kak Sab pagi tu, simpan dalam esbox. Sebelum makan suruh Cik Ani hangatkan dulu.
Minum petang kami, Roti Jala Kari Ayam dan Mihun Goreng Tauchu.
Roti Jala Cik Ani memang sedap. Walaupun digulung tapi tekstur roti jala tu masih kekal. Kadang Sk jumpa roti jala yang digulung terlalu ketat sampai jadi padat roti jalanya macam lempeng yang digulung.
Mesti kembang hidung Cik Ani baca ni. Cik Ani silent reader blog Sk ni tau.
Kepekatan kuah kari ayam tu ngam jer, bila dituang kuah melekat dengan roti jala.
Cik Ani bancuhkan Kofi Daifi. Pertama kali Sk minum kopi ni, sedap.. dah la lama tak minum kopi 3 in 1.
Dekat grup taman Cik Ani, ramai yang meniaga makanan. Ni haaa.. Cik Ani order cream puff. Pun lama tak makan ni.
Makan kat situ pun ya, tapau bawa balik pun ada juga. Begitulah adik-beradik, hehehe. Teringat dulu-dulu kalau pergi kenduri-kendara rumah mak sedara, balik tu nanti menapau la, memang disuruh. Tapi tu, lepas semua tetamu dah balik la, kan. Tu pun bukan kita datang makan jer wak, kita tukang basuh pinggan, silap-silap dengan periuk belanga kita cuci, huhuhu.
cantiknya roti jala tu. masih nampak jalanya bila dah gulung
ReplyDeleteCantik betul kejadian roti jala dan karinya tu..lama dah SA x makan roti jala..lama gak adik2 x menjala...masing2 sibuk dengan urusan masing masing dh...
ReplyDeleteThe way you explain a complex topic in an easy-to-understand way is really impressive. Keep it up.
ReplyDeletecarton box
display box
food packaging box
sedapnya roti jala.. cantik je nampak.. lama dah tak makan roti jala.. auto kena cari petang ni kat pasar malam..
ReplyDeleteRoti jala dengan Kari memang sedap padu.
ReplyDeleteSodapnya roti jala kak, dapat kuah kari y ang pekat2 memang ngam la
ReplyDelete