Assalamualaikum WBT
MINGGU ini merupakan minggu terakhir pelajar bercuti. Sempena cuti dua minggu ni nampaknya kantin pun berehat buat sementara. Tiada sebarang operasi termasuklah katering. Tu hari isnin, la.. pagi-pagi datang tengok kantin tutup. Semalam dan hari ini Sk tak tengok kantin buka atau tak.
Lepas clock in dan tengok kantin tutup pagi isnin tu, Sk terus ke Pasar Tani Kekal Jalan Datin Halimah. Teringin nak beli Nasi Lemak Daun Pisang, Jemput-Jemput dan Ubi Rebus. Hamboiii, banyak betul keinginan tu kan tapi.. semua tu belum siap lagi. Dulang jemput-jemput masih kosong. Pengukus ubi kayu pun tak nampak. Daun pisang nasi lemak pun belum dibentang.
Nampak jemput-jemput udang pepai ni dah siap goreng, harganya RM5/7 ketul. Sk beli RM5 tapi sampai office bila buka ada 8 ketul. Terima kasih sebba bagi lebih, semoga Allah swt lariskan jualan peniaga yang murah hati macam ni.
Sk tapau Lontong Kering buat makan tengahari. Sebungkus ni RM7, banyak jugak dia letak nasi impit, hampir separuh bekas. Lauknya sambal telur rebus, sambal kacang, serunding kelapa dan sambal goreng. Sambal goreng extra tempe ni, setiap suapan ada tempe, hehehe.
PI beli rambutan gading hari ahad tu, Sk kopek siap-siap dan sejukkan dalam esbox. Pagi sebelum pergi kerja sempat tapau 15 ulas kot masuk dalam tupperware. Semalam dan hari ni pun bawa lagi rambutan pergi office, hihi.
Semalam pulak, dari jauh nampak van jual Nasi Minyak dan Nasi Dagang ni dah dibuka. Waktu perniagaannya ni tak menentu. Agaknya semalam Sk macam lewat sikit keluar rumah tu dia dah buka. Cepat-cepat bagi lampu isyarat untuk ke kiri dan berhenti sebelum van. Ni nanti lepas beli kena masuk balik ke kanan. Kadang nak beli tu, kereta nak masuk kanan dah panjang, tu yang selalunya tak singgah beli walau keinginan tu ada.
Beli sebungkus nasi dagang gulai ikan ayer, RM7. Tapi sampai office makan biskut dulu cicah green tea, hihi.
Nasi dagangnya makan pukul 10. Semua nasi memang dia dah bungkus siap-siap, begitu jugak gulai. Cepat la proses nak beli tu. Terus capai dan bayar aje.
Nampak macam sikit tapi Alhamdulillah.. kenyang. Ikan pun besar tu dia bagi. Sepanjang jalan semerbak eh bau gulai ikan ayer tu. Ikan ayer tu ikan tongkol, kan. Gulai sedap, nasi sedap versi Terengganu. Kalau versi Kelantan letak beras merah, kan.. ni putih semua. Pada bunting pun dia tulis dah versi Ganu. Sambil makan tu berangan esok (hari ni) nak beli Nasi Minyak pulak. Tapi....
Bersambung.....









Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih