MENAPAU SAKAN DI KEDAI TOMYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


SEKARANG ni rasanya Sk kena lebih berhati-hati menulis (baca: menaip) di media social. Nak bercakap pun kena hati-hati jugak. Sk perasan apa yang Sk cakap atau tunjuk akan jadi penyakit. Contohnya, Sk pernah cerita pasal makan makanan yang mungkin dah tak elok, Sk cakap, nasib baik tak sakit perut. Esoknya tu Sk cirit-birit. Baru-baru ni pulak, Sk puji kerepek pisang yang Sk beli dari seorang penjual ni dan bandingkan dengan kerepek pisang seorang penjual lagi. Lepas tu, bila Sk makan kerepek pisang yang selalunya sedap tu, rasa pisang busuk. Betul.. sampai Sk tak boleh nak makan kerepek tu. Orang lain makan selamba aje. Pelik betul. Jadi, sekarang kena hati-hati sama ada bercakap atau menaip, huhu.


Berbalik pada tajuk, masa ni masih dalam fasa insof lepas kena vertigo. PI kan cakap kena masak makan kat rumah, jadi Sk ni nak masaklah. Sk cuma minta PI belikan sayur kat kedai tomyam dan sambal belacan minta lebih. Betullah tu, dia beli sayur kailan.


Kak Minah bagi bendi, Sk celur jer sampai lembut. Kemudian curah sambal belacan kedai tomyam. Siapa suka makan bendi, kita geng ya!



Tak mungkin la kan PI beli sayur aje. Itulah PI. Sk dah siap sediakan bahan nak masak, masuk balik la dalam esbox. Yang ni Tomyam Seafood. PI sekarang suka makan tomyam putih (jernih).


Telur dadar ni Sk goreng.


Kerabu Mangga


Sup Ekor


Sotong Sambal


Sambal belacan


PI kata beli dekat kedai tomyam kat belakang. Belakang mana Sk tak tahulah, mungkin kat Taman Pulai Mutiara, nama kedai tak tahu, PI tak ingat. Sedap jugak masakannya semua tak ada yang buat kita rasa kecewa. Habis ke? Tentulah tidak masa tu. Tapi yang mana tak habis tu, Sk masukkan dalam esbox dan panaskan, bawa bekal ke pejabat. Alhamdulillah.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mujur SK perasan, bolehlah berhati-hati. Tak terfikir pulak hal gitu pun akan ada kesan buruk.

    Kita bukan geng makan bendi 😄. Tak taulah kenapa tak boleh nak makan.

    ReplyDelete
  2. Moga yang baik baik jer menjelang 2026 ni... Aaamiin

    ReplyDelete
  3. Seram pulak bila SK cakap macam tu ya...mungkin kebetulan terjadi tapi tak mungkin 2 kali kan....bendi tu suka jugak. Masuk dalam kari atau pun buat bendi masak belacan.

    ReplyDelete
  4. SA kalau dah malas nak makasan masakan rumah memang akan singgah kat Nilai bila balik kerja, makan kat kedai atau tapau aje lauk...senang...tapi tu la..balik rumah tetap la PZ dah masak...lauk pun ulang- ulang

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!