Assalamualaikum WBT
ZAMAN sekarang ni, nak dapatkan makanan tradisi sesuatu negeri dah tak perlu merentas negeri. Di Johor , sebut aje la nak makan makanan dari negeri mana, kebanyakannya ada. Dari utara sampai selatan, dari Malaysia Timur sampai Malaysia Barat, ada aje jual di sini tapi tak la banyak tempat jualnya. Contoh, makanan dari Borneo, boleh didapati di Pasar Borneo di Masai.
Tahu pasal Tokwan Sup Utara ni masa pergi makan di Warung Jufira. Gerai Tokwan ni berjiran dengan Warung Jufira, ternampak ada menu Bihun Sup Utara. Jadi, pergi ke sini di hari yang lain.
Gerai Tokwan menawarkan pelbagai masakan lokal dan western.
Selain Bihun Sup Utara, ada nasi lemak berlauk.
Aneka Sup Utara dengan pelbagai jenis isinya seperti daging, tulang, ekor dan urat. Boleh pilih nak makan dengan nasi atau mi.
Kami pilih duduk di luar gerai. Ia sebenarnya restoran terbuka.
PI makan Sup Campur (tak silap) dengan bihun.
Tengok tu, tak sabar dia nak hirup sup panas-panas.
Kami datang sini sebab hari tu nampak ada cabai merah.
Sk ambil Bihun Sup Utara (biasa) dengan Kueyteow.
Letak cabai merah, baru umph! Pior la rasa BSU dia. Dagingnya empuk walaupun dipotong kiub. Lepas tu ada rasa masin masam dari jeruk lobak cincang.
Pesan jugak Tauhu Bakar. Tauhu bakar sedap cuma rasa belacan dia terlebih.
Semua makanan rasa utara dimasak sendiri oleh Tokwan (owner). Alhamdulillah, semuanya sangat menepati citarasa orang utara dan menantu orang utara ni, hihi. Gerai Tokwan ni berdepan dengan Warda Mart Bandar Baru Uda.
Kelmarin, kami ke Gerai Laksa Utara Azie Tiptop di Medan Selera Ulu Pulai ni. Saja Cuba nasib, sebelum ni datang tak buka. Ada rezeki, hari tu buka.
PI pesan Cikong Sejuk, Sk minum ais kosong jer.
Tu gerai yang kami makan Mee Bandung Banjir hari tu. Nampak ada jual roti canai, kami pesan sekeping seorang.
Roti Canai sampai dulu.
Sekelip mata, BSU pun sampai. Sk ketepikan mangkuk BSU dan makan roti canai dulu. Sedap roti canai, garing dan gebu.
Lepas tu makan BSU. Dagingnya penuh dipotong sekeping-sekeping macam tu tapi tidak terlalu nipis. Sedap tapi kurang rasa utara. Macam mana ek nak huraikan rasa utara tu macam mana. Tapi, sebab ada cabai merah, tidaklah kecewa.
Gerai Lepak Ngeport ni sebelah Gerai Laksa Utara Azie.
Banyak la pilihan nak makan-makan kat sini. Sate ada, ikan bakar ada, western pun ada, masakan Pantai Timur pun ada. Jangan datang hari rabulah tapi, rabu banyak gerai tutup. Cara ke sini, waze aje, mesti sampai.
Sedap BSU tu cuma tak pandai makan dengan sos tu.
ReplyDeleterindu nak jalan-jalan cari makan kat Johor nun..sini macam tak tahu nak makan kat mana
ReplyDeleteTauhu Bakar tu lama tak makan. Sini susah nak jumpa.
ReplyDeleteMeriah betul ye tempat ni... Macam² pilihan makanan ada
ReplyDeleteOoo... satu tempat ada banyak gerai. Saya kalau sup campur, suka makan dengan nasi putih. Best, hirup sup panas-panas. 😋👍
ReplyDeleteNak ajak suami makan kat sini la...nampak sedap tu ha...
ReplyDeleteIni rasa2 nya seminggu pun tak cukup lah jika saya ke Johor 🤣🤣.makanannya memang menggoda iman semuaaa 🤭😅. Sedaaap. Kalau dah makanan berkuah, saya susah nak tahan diet kak 🤣👍.
ReplyDelete