JJCM MELAKA - SATAY ASYURA & MURTABAK CHE MAN TANAH MELAYU

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT 


SEKARANG ni, kalau pergi Melaka, dia punya jam, macam nak pergi Seremban ya. Dulu-dulu, dari Johor (baca : Johor Bahru), dua jam dah boleh sampai Melaka, sekarang nak dekat tiga jam baru sampai Plaza Tol Ayer Keroh. Masuk sahaja ke lebuhraya selepas keluar dari Plaza Tol Senai (U), kenderaan dah merangkak-rangkak. Tu kalau boleh sampai dalam dua jam, rasa ajaib sungguh laa, huhu.



Ke Melaka kali ni, ada Iman. Dia ajak makan Yong Taufu Salmah Gebu yang terletak di  Medan Selera Batu Berendam, sekali bila dah sampai, melopong eh tengok orang beratur dari jalan. Punyalah panjangggg. Yang bagusnya pemilik ni, yang mana masih jauh lagi disediakan bangku dan yang dah dekat-dekat tu berdiri. Selalu jumpa yang belakang-belakang berdiri, yang depan-depan duduk. Bila dia buat kaedah macam ni, taklah penat beratur ya tak? Tapi, dah tengok panjang bukan main, Iman tak jadi. Jadinya kami ke destinasi kedua iaitu Satay Asyura Krubong. Ni dah kali ketiga datang sini. Yang kali kedua datang dulu dalam hujan, tak dapat ambil gambar menu dan harga. Jadi, tak pastilah sama ada Satay Lemak Lembu dan Satay Kulit Lembu tu menu baru atau memang dah ada dari yang kami datang last tu. Boleh baca old post di bawah:






Kuah sate dia sedap tapi kali ni kalau nak tambah kuah kena caj RM2. Ialah, ingat tak guna modal ke buat kuah kacang? Tengah-tengah makan, kuah tak cukup, tambahlah lagi sesenduk kuah, hehehe. Ketupat mini segera ambil tiga ketul, seketul 80 sen.



Pesan sate daging 15 cucuk. Sate daging kurang rasa rempah tapi rasa kicap pulak. Rasanya datang sebelum-sebelum ni tak pulak rasa kicap. Makan ajelahhh.



Yang atas tu Sate Lemak Lembu, ambil 5 cucuk. Yang bawah tu sate usus (perut bulat), ambil 20 cucuk. Jap, bila tengok balik gambar, Sk pun dah keliru sebenarnya dorang order sate daging dan sate usus tu berapa cucuk, hahahaha. Oh, tengah-tengah makan baru sedar dorang tak bagi timun dan bawang. Tapi, masa bayar, nampak ada jer timun dan bawnag kat kaunter, ingatkan dah habis. Total semua RM75 macam tu. PI kata, mahal betul la pulak bayar sate, hahaha. Bunyinya macam serik nak datang lagi tuuuuu. Habis tu, dah sate pun rasa kicap. Sate usus tu tak sangat rasa kicapnya. Dekat sini makan tepi jalan jer, bukan restoran, tu la pelik kenapa mahal sangat walaupun sate dia tu besar-besar jugak. Eh, serba-salah pulak nak komen, huhu.



Dari Krubong, kami pergi pulak ke Restoran Che Man Murtabak Tanah Melayu yang terletak di Semabok. Ni Along la rekomen. Sk biasa nampak Restoran Murtabak Tanah Melayu ni dan selalu jugak rasa nak singgah. Tapi selalunya dah makan tempat lain dulu, nanti tak jadi. Kali ni kita buat sampai jadilah ya. Tu tadi tu Sk makan sate sikit aje (tipu).



Selalu nampak macam ramai aje restoran ni, tapi malam tu macam taklah ramai sangat. Banyak meja kosong dan layanan pun cepat. Staf yang ambil order pun beri penerangan yang jelas tentang menu-menu yang ada.



Pesan semangkuk Mi Bandung Daging. Selain daging, ada udang dan sotong dan special campur semua jenis kot. Sk pilih Mi Bandung Daging. Sebenarnya mengenangkan takut daging liat, rasa macam nak ambil udang tapi originaliti Mi Bandung ialah daging. Kalau ambil haiwan lain takut rasa mi Bandung tu lari.



Sudu aje kuah mi bandung dalam mulut, effect dia dah macam adegan dalam kdrama bersiri, Bon Appetite Your Majesty tu. Terus terbeliak bijik mata lepas tu terpejam membayangkan semua bahan-bahan yang dimasukkan dalam sepinggan mi bandung ni. Betul-betul sedap la, mi tu dimasak sekali bukan dicelur. Yang paling best telur tu gedik-gedik, hahaha. Daging pun empuk elok, tak liat.



Dah namanya Restoran Murtabak, kan.. memang tujuan utamalah nak makan murtabak. Ada dua saiz murtabak, kecil dan besar. Sk ambil saiz kecik ni pun dah besar dah. Bila dihidang, Sk terus teringat Murtabak Singapore sebab dagingnya di atas.



Selain murtabak daging biasa, ambik jugak murtabak daging cheese. Tapi, bila tengok dia pancit cheese macam ni terus rasa spoil tapi bila dah makan, sedap jugak. Dekat inti dia letak cheese mozzarella.



Dua orang suka cheese, seorang tak suka.



PI suka cheese kat pizza jer. Makanan lokal ni kalau letak cheese dia tak makan la. Kalau cheese cake tu memang hantu! Murtabak datang dengan kuah dal dan sos cili. Sos cili dia pun dah sedap, stail JB.



Harga dia boleh lagi la, bagi Sk agak murah berbanding harga murtabak dekat JB ni. Dahlah besar murtabaknya, sedap pulak, memang berbaloi.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. anakdara duk ajak pusing melaka tapi saya plk rasa seriau bila sebut pasal jam

    ReplyDelete
  2. Betul tu mee bandung memang guna air daging lagi sedap. Ada pernah makan dia letak ayam emm memang ke laut le rasanya. Mee bandung sedap ada daging dengan udang. Baru lah mantul. Telur gedik pun menambahkan kesedapnnya.

    ReplyDelete
  3. Alaaaa.... kenapa sate rasa kicap pula. Janganlah perap sate macam tu. Kesian peminat sate.
    Saya pun ikut terpejam-pejam mata membayangkan betapa lazatnya mi bandung tu.

    ReplyDelete
  4. Uish…murtabak pun dah diletak cheese. Saya mungkin susah sikit nak terima 😄

    Rasa kecewa kan bila kedai yang biasa kita makan sedap tetiba rasanya bertukar.

    ReplyDelete
  5. betul... jammed dia x relaks ehhh... kalau dari n9 nak balik ke JB... saya suka ikut jalan pantai... x sanggup meredah jammed...

    ReplyDelete
  6. Kalau sedap harga macam tu kita OK...

    ReplyDelete
  7. inovasi martabak la tu letak cheese. semua makanan sekarang di cheese kan.

    ReplyDelete
  8. Okay, sate sila ketepi :p
    Sampai kita terikut membayangkan kesedapan mee bandung tu, aduh... Makan murtabak tu panas² sedapkan ..

    ReplyDelete
  9. Seremban pun sama jammed, dari rumah SA kat Sikamat nak ke Dataran Centrio amik masa 1 jam bila weeknd...jenuh...kalau pi Melaka selalu ikut jalan dalam je SK dari Seremban...x nak la tempuh Hiway...

    ReplyDelete
  10. Peh.. mana-mana ramai orang sekarang. Lagi-lagi orang tengah cuti panjang. Murtabak yang asli, saya suka, tanpa cheese. Mi bandung tu, sedapnya. Sayang sate ada rasa kicap.

    ReplyDelete
  11. Iyalaaah, mahaaal sate nya 🤣🤣🤣. Tp bisa JD Krn daging sapi kan. Saya selalunya beli kalau sate, ayam atau kambing saja.

    Tapi best kalah ada part lidah, cuma biasanya lidah dipakai di sate Padang kalau di sini kak.

    Alaaah, marinasi nya kurang yaaa. Tak suka juga kalau hanya berasa kecap.

    Kita samaaa, saya suka martabak, tp jangan letas krim keju tuh langsung di atas 😅😅😅. Apalagi keju parut pun dan melimpah. Kuatir muak pula

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!