DINNER SATE USUS @ SATAY ASYURA KRUBONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


WALAUPUN tak jadi makan apom di Seremban, kami tetap bertabah tidak singgah makan di tempat lain. PI ajak makan malam sate usus di Satay Asyura Krubong yang pernah Sk blog DI SINI. Bagi mengelakkan kekecewaan sekiranya sate usus habis, Sk buat panggilan dahulu ke SAK.

 Satay Asyura Krubong

+60 10-805 6679

Menurut peniaga, mereka memang ada stok sate usus tapi tak boleh nak janji sebab malam minggu pelanggan ramai. Sk mintak simpankan 20 cucuk tapi PI nak 30. Haaa.. baiklahhh!



Hujan pulak malam tu, mujur ada meja diletakkan di kaki lima kedai berhadapan dengan gerai sate. Kena seberang jalan sikitlah. Disebabkan hujan jugak, SK tak dapat nak berlama-lama depan gerai ambil gambar senarai harga sate dan sate yang sedap dibakar.


30 cucuk sate usus dan 10 cucuk sate daging. Harga dah naik ya, sate usus, RM1.70 secucuk manakala sate daging, RM1.30 secucuk.


Sate usus atau ada jugak yang panggil perut bulat. Susah nak jumpa sate usus di Johor (JB). Kalau sate babab ya, selalu jumpa.


Kuah sate sedap. Sate usus pun sedap sangat. Perapan rempah sate sedap cuma sate daging tu overcooked sampai hangus melekat kat lidi sikit. Nasib ambil 10 aje sate daging. 


Pesan jugak ketupat segera dua bungkus. Ni saiz mini.


Tinggal lidi aje, puas makan sate malam tu. Kali ni tak ambil sate lidah sebab macam terbayang-bayang pulak lembu tengah jilat bibir lepas makan, hahahahaha.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wow, saya tak pernah makan sate usus. Sebenarnya, tak pernah jumpa pun orang jual sate usus di sini. Telan ayor lior tengok sate, my peberet. :D

    ReplyDelete
  2. waktu mula2 kenal makanan usus ni lepas ladykawin dgn suami lady, lady jumpa dalam mee bende alah bulat ni.. slow2 lady hampiri kakak ipar lady n tunjuk bende ni.. lady kata dia tersalah masak ke ni.. :P.. hehehe.. dan baru lady tahu time tu org makan mende alah ni :P :P :P..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!