MASAK IKAN PATIN PAIS TEMPOYAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


KEMAS-KEMAS esbox beberapa hari lepas, terjumpa harta karun. Baki tempoyak beli dengan kawan dan sebotol pes Pais Tempoyak yang beli dekat Pekan Sehari, Temerloh, tahun lepas. Beli pes tu sebab Iman yang gemar masakan Pais Tempoyak tapi Imannya tak balik-balik rumah. Bila Iman balik pulak, masa agak suntuk, ikan patin pun tak ada. Ni, Iman dah balik terus sejak bulan Februari tapi lupa langsung kewujudan pes Pais Tempoyak tu, hahaha. Tu la tu, Sk cakap dengan PI, kalau ada pergi Pasar Tani nanti belikan ikan patin. Alhamdulillah, jumpa ikan patin dekat Pasar Larkin, tu pun mujurlah PI yang ingatkan. Harapkan Sk, memang dah sampai rumahlah nanti agaknya baru teringat.


Pes Pais Tempoyak beli dari Pekan Sehari Temerloh ni baru luak dua sudu Sk buat Masak Gulai Tempoyak Ikan Baung Salai.  Alhamdulillah, masih elok lagi walaupun dah dekat setahun beli. Dekat Pasar Larkin, dah ingat dah nak beli daun pisang tapi tak nampak daun pisang kat mana-mana gerai jadi, terlupalah nak beli. Dia kalau kita ingat, kita boleh tanya, mesti ada. Kat Pasar Larkin tu, apalah yang tak ada jual ek, cuma kita kena cari la. Balik tu, dah sampai Pulai Jaya, dapat whatsapp dari mekanik, kereta Sk dah siap servis, jadi terus ambil kereta. Lepas tu, Sk suruh PI balik rumah dulu, Sk nak cari daun pisang kat kedai runcit. Dua kedai runcit Sk pergi, tak ada daun pisang.



Iman tengah makan nasi lemak, PI cakap, daun pisangnya jangan buang, lepas makan cuci, boleh guna untuk bungkus ikan masak pais tempoyak, hahaha. Bijak PI, kepala otak boleh buat batu cincin, hihi. Bagusnya lagi, makcik tu bungkus nasi guna daun pisang dua helai, besar pulak potongannya tu, ngamlah untuk balut ikan nak masak pais.

Apakah masak pais?  Masak pais (atau pepes) ialah kaedah masakan tradisional Melayu/Jawa yang menggunakan rempah ratus, ikan atau daging dibalut dalam daun pisang atau daun kunyit. Ia kemudiannya dibakar, dikukus atau dipanggang di atas kuali. Kaedah ini menghasilkan hidangan yang sangat aromatik, berempah, dan lembap kerana dimasak dalam balutan daun.



Daun pisang tadi Sk letak atas aluminum foil, kemudian letak ikan patin atas daun pisang. Masak bahagian badan (isi) ikan sahaja, bahagian ekor dan kepala simpan.



Letak pes pais tempoyak banyak-banyak sepuas hati. Tak apa kalau habis pun sebab tahun ni nak pergi lagi sana, insyaAllah. Tapi, tak habislah pun pes tu, ada lagi setengah botol. Pes ni dah siap garam semua, jadi Sk tak tambah garam atau sebarang serbuk perasa.


Tutup dengan sehelai lagi daun pisang atasnya, kemudian balut, lepas tu barulah balut guna aluminium foil.


Balut macam ni, teringat dulu arwah ibu rajin masak pais ikan. Tapi, tak sangka pulak sekarang Iman yang suka masakan pais ni. Kelakarnya Iman asingkan sebutan pais tu, dia sebut Pa-Es.


Sk letak jer atas kuali macam ni dan buka api dapur. Tutuplah kualinya tapi. Dalam gambar ni tak letak tutup lagi. Tak pernah masak pais sendiri, ikan patin pun pertama kali masak, jadi tanya dengan encik google, berapa lama tempoh diperlukan untuk masak ikan patin? En google jawab, 5 hingga 15 minit bergantung saiz ikan. Jadi, Sk set timer 15 minit. lepas 15 minit macam tak yakin jer dah masak, Sk tunggu lagi 3 minit, barulah matikan api.



Itupun tak terus angkat. Dah nak makan, baru buka balutan aluminium foil dan balutan daun pisang.


Sedap, dan memang sesuai sangatlah lauk Patin Pais Tempoyak ni dikawankan dengan lauk Ketam Masak Lemak Cili Api. Sk makan sekeping, Iman makan sekeping, ada lagi sekeping nanti malam kita habiskan. Sk rasa lain kali kena tambah gula sikit, bagi ada rasa manis sikit, tidaklah sampai manis sangat.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!