Assalamualaikum WBT
BELUM habis lagi cerita di bulan puasa tahun ini. Blogger otai dah blog pasal puasa enam dah, Sk uiiii, hihihi
Puasa kali ni, Sk langsung tak berbuka di hotel. Jangan kata berbuka puasa di hotel, pergi Preview Buffet Ramadan pun tidak. Maaf ya kepada beberapa rakan PR yang Sk tolak undangannya. Dah beberapa tahun cakap nak pencen buat review, tahun ini Sk kotakan. Dah tak larat nak ambil gambar di buffet line, nak nak pulak kalau ada 200 menu. Kalau setakat ambil gambar makanan atas meja sendiri tu, no problem, hehehe. Bulan puasa tahun ni jugak, boleh dikatakan lebih banyak masak lauk sendiri dari beli di bazar. Kalau kuih-muih tu memang PI beli di bazar sajalah.
Tapi, tu laaa.. banyaknya tak ambil gambar jadi tak ada la bukti, hihi.
Gali-gali dalam galeri, nasib ada gambar berbuka dengan lauk ketam ni haaa. PI request Ketam Masak Sambal, Sk pulak dah jemu makan sambal. Ketam tu PI beli empat ekor, dua ekor Sk buat masak lemak cili api. Ni dua hari berturut-turut la makan, bukan habis sekali arung.
Kerang rebus favourite PI, ratah jer cicah dengan sos Thai. Dulu masa kecik-kecik selalu tengok Along tukang rebus serai macam ni, campak serai, bawang hiris dan garam jer dalam kuali, hihi.
Hurmm.. punyalah tajuk MASAK-MEMASAK, tapi ada dua keping jer gambar??? Hahahaha.
Masa sahur pulak, lagi la tak ada gambar sebab tak bawa handphone ke dapur. Biasanya sahur kami, Sk panaskan lauk berbuka jer dan kadang-kadang PI beli martabak dari bazar untuk sahur. Pagi tinggal panaskan. Kadang makan apa yang ada jer Sk ni, yang belen-belen semalam. Setiap sabtu jugak, Sk dan PI sahur di Restoran Thoufeeq. Aaa.. ada terselit ni gambar sahur makan nasi goreng Thoufeeq. Ni la sekali Sk teringin nak makan nasi goreng, biasa makan roti telur atau tosei. PI cam biasalah, tosei cicah kari kambing, hehehe.
Sedap kalau menu makanan laut ni. Memang favourite la.
ReplyDelete