Assalamualaikum WBT
PADAT sungguh rasa aktiviti dua hari cuti weekend minggu ini. Dahlah hari Jumaat malam tu, tengok filem Libang Libu sampai tengah malam. Esok paginya pulak (sabtu) Sk ada temujanji servis kenderaan. Lepas hantar kereta ke bengkel, Sk dan PI ke Pasar Larkin, jalan-jalan cari seafood dan sekaligus sarapan di Medan Selera Larkin Sentral.
Sejak Larkin Sentral dan Pasar Awan Larkin ni dibuka berpuluh tahun lepas, ini pertama kali tau Sk masuk ke dalam pasar melalui jejambat ini. Selalunya jika hendak ke pasar, kami akan letak kereta tepi jalan atau masuk ke dalam medan letak kereta dalam pasar, kali ni kami letak kereta di medan letak kereta di seberang jalan. Jejambat ini menghubungkan medan letak kereta dengan aras 2 Larkin Sentral. Pasar awam terletak di aras bawah dan medan selera pula terletak di aras 3. Rasanya lagi mudah macam ni la kot cuma faham-faham sajalah, mana-mana medan letak kereta berhampiran Larkin Sentral ni selalu penuh.
Naik sahaja ke Medan Selera, PI terus tuju ke gerai menjual nasi lemak. Boleh pilih nak makan nasi lemak berlauk dalam pinggan atau nasi lemak bungkus daun pisang. Yang kelakar, PI cakap nak nasi lemak, kakak tu pun ambil pinggan. "Tak, nak yang bungkus, kata PI." Kakak tu dah keliru, makan ke bungkus? Sk terus cakap, nak nasi lemak bungkus daun pisang tu tapi makan kat sini, hihi. Kakak tu terus hulur nasi sebungkus dengan sudu plastik. PI pulak teringat nak belikan untuk Iman sebungkus, jadi minta lagi sebungkus, bungkus. Haishhh, pening kepala kakak tu agaknya melayan, hahaha. Nasi lemak sebungkus RM3, telur rebus sebelah.
Sk lama teringin nak makan Sate Padang atau Sate Jawa, jadi lepas beli nasi lemak, kami terus menuju ke gerai Sate Padang. Dekat sini, kita pesan sate dan bayar terus, nanti dia hantar ke meja. Ambil sate daging 10 cucuk, secucuk RM1.30. Sate ni dia siram kuah siap, bukan kuah kacang macam biasa tu, tapi adalah dia letak kacang sikit-sikit. Kemudian ada sambal macam sambal bakso tu dia curah atas kuah tadi. Dia tak bagi timun tapi bawang potong saja. Satenya empuk tak liat.
Sempatlah PI habiskan nasi lemak sebungkus sebelum sate sampai. Tengah makan sate baru secucuk seorang, roti canai pulak sampai. Roti canai sedap tapi tebal jadi macam rasa tepung tu lebih. Kuah dalnya pulak pekat, kalau roti canai tebal ni kena makan dengan kuah kari yang cair-cair sikit kot, lagi sesuai. Lepas makan, terus turun ke aras bawah cari seafood pulak. Kami beli ketam, udang dan sotong serta ikan patin sangkar seekor. Ketam 5 ekor, udang sekilo RM44, sotong tak sampai sekilo, total RM129. Tak ingat harga sekilo ketam dan sotong tu. Ikan patin seekor tu RM21.80, dia ambil RM20 aje. Jadi, semuanya RM149. PI kata, selalu beli kat pasar tani dua jenis seafood jer dah berapa (mahal). Tu la tu pasar Larkin memang murah sikit tapi bercintanya lahai nak ke sini sebab jauh dari rumah.
Ketam PI mintak masak sambal. Eh, lupa nak cakap, masa jalan kat pasar tu nampak bawang dah siap kupas, beli sebungkus besar tu baru RM6. Jadi, senang la nak masak ketam ni, bawang dah siap kupas, cili kisar pun ada stok. Cili kisar beli kat TT, amboi, mudah kerja sekarang ek, Sk, hihi.
Tapi, tu la.. nak jugak ketam yang masak lemak cili api. Jadi, ketam 5 ekor tadi Sk belah dua, dapat 10 bahagian, 5 bahagian buat masak sambal, 5 bahagian buat masak lemak cili api. Sk dan Iman makan yang lemak cili api.
Beli semua ketam betina. Telur ketam dapat banyak, tapi seekor tu tak ada telur pulak. Suruh PI goreng, dia buat stail hancur macam ni dah tak berapa garing sangat.
Selain ketam, Sk masak jugak Patin Pais Tempoyak. Ni ikannya atas dapur, sementara tunggu siap tu, kita posingkan dulu ketam masak dua jenis, hihi. Hurmmm.. macam panjang sangat pulak entri ni kalau nak cerita pasal ikan Patin Pais Tempoyak tu sekali jadi, kita sambung next entri la eh, hehehe.









Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih