Assalamualaikum WBT
YEAY! Dah hari Jumaat. Dengar khabar, esok, seluruh Malaysia akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri secara besar-besaran. Ada yang dapat sampai 10 jemputan open house. Sk pulak tak dapat satu pun jemputan open house tapi dapat satu jemputan walimatulurus dari rakan PI yang merupakan bapak pengantin. Di mana??? Tunggguuuuhhhh!
9 April lepas, Sk dan geng makan-makan office pergi makan-makan di Nasi Lemak & Western, Taman Damansara Aliff. Makin lama, makin kurang dah geng makan-makan sebab Kak Imah cuma akan berkhidmat sehingga akhir bulan ini. Tapi, sekarang Kak Imah dah goyang kaki la kat rumah menghabiskan baki cuti. Seronoknyaaaa laaa.
Nampaknya, semua ahli memilih makanan western seperti Fish & Chips, Chicken Chop dan Spaghetti kecuali Sk dan Madi sahaja memilih makanan lokal. Madi makan Nasi Lemak. Fish & Chips serta Spaghetti tu nampak okey la.. tapi Chicken Chop dia.. sungguh mengecewakan. Terlalu kering dan macam hangus sikit di beberapa bahagian.
Sk kalau tengah-tengah hari, kurang selera nak makan western. Zaman muda-mudi dulu iye. Pilihan Sk, Set Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Makanan Sk sampai cepat dan lama menunggu makanan kawan-kawan yang lain. Masak cili api dia memang podeh melahar ya. Sebelum ni, pernah sekali jugak Sk datang sini makan set ini juga. Tak serik-serik rupanya ko, Sk! Hahahaha.. boleh baca kat link di bawah.
Kalau perasan, restoran ni macam dah kurangkan kos. Dah tak ada lagi kudapan seperti maruku ikan diberi kepada pelanggan sementara menunggu pesanan siap seperti sebelum ini.
Oh, cerita pasal makan tu, kan.. tengah borak-borak, tiba-tiba rasa ada benda terpelanting. Ya Allah, bila ambil rupanya bunga cincin Sk tercabut. Nasib baik dia tak jatuh bawah meja atau di mana-mana yang kita tak sedar. Sampai hari ni Sk belum hantar patri lagi. Tu pun kalau dah patri, macam takut kot nak pakai. Dahlah ada batu, kalau trade in mesti dia tolak berat batu tu kan. Entahlah, masa beli tu tak terfikir. Dah setahun kot beli. Cuma masa beli, staf tu ada cakap, batu tu kalau tanggal, nak ganti, satu batu RM15. Cincin ni memang tak buat basahan. Kadang-kadang aje terbawa mandi atau cuci pinggan, huhu.
Lepas makan, singgah jap Kedai Vendor Produk Halal Muslim ni. Dia lat tiga kedai tak silap tapi blok lain. Sk tak berapa reti kadang masuk kedai-kedai macam ni. Dah ramai-ramai tu, adalah keberanian, hahaha. Meh tengok produk yang dijual di Daun Hijau Food House ni.
Ada produk Khairul Aming la. Sk tak tahu pulak sambal nyet dah jual macam ni sekarang. Ingatkan boleh beli online aje. Tapi sebotol ni RM20, mahainya. Sk pulak memang tak pernah beli sendiri. Yang Sk makan dulu tu, Iman yang beli.
Baca..
Dendeng Nyet Berapi pun ada. Dendeng ni produk kedua Khairul Aming. Ni pun Sk dapat makan sebab Iman beli. Sebungkus ni RM23. Tak pasti la Sk berapa harga di shopee.
Boleh baca link kat atas tu, tapi yang Sk makan tu, Cikwa yang beli. Tak jumpa post kat mana Iman beli tapi yang pasti, bukti pembeliannya ada pulak. Boleh baca kat bawah..
Hah, tu bukti ada tiga keping poster mini KA, sekeping masa beli sambal, sekeping masa beli dendeng dan sekeping lagi masa beli rendang. Semua poster tu tampal dekat esbox ya. Punyalah fanatik anak aku ni dengan KA. Tapi, puasa tahun ni, tak ada pulak dia bunyi-bunyi nak masak resipi 30 Ramadan KA. Oh, Sk tak perasan pulak ada ke tidak produk rendang KA di Daun Hijau Food House ni.
Selain sambal KA, baaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak sambal-sambal keluaran IKS yang lain. Sk memang jenis tak beli sambal-sambal dalam botol ni sebab rasa macam tak patut harganya.
Mee Kari Opah ni produk Adel kan. Sk pernah masukkan dalam chart TT tapi tak jadi beli, hihi.
Macam-macam produk Mi Segera tapi mahalnya, macam baik beli atau makan di kedai terus. Ni dahlah mahal, nak kena masak sendiri pulak.
Selalu nampak pes halia, lengkuas, kunyit, serai ni kat TT, tapi jujur cakap, Sk tak reti sukat jika bahan-bahan ni dah jadi pes.
Selain bentuk pes, ada jugak bentuk kiub. Yang kiub ni lagilah Sk tak pandai guna, hahaha.
Bawang merah kisar, bawang putih kisar, ni semua Sk tak reti sukat kalau masak. Contohnya, kalau resipi tu guna 5 ulas bawang merah, Sk tak tahu 5 ulas tu kalau dah dikisar, berapa sudu nak sukat. Sk pulak tak pernah buat experiment, lepas kisar bawang dapat berapa sudu, hihi. Kalau cili aje yang Sk boleh agak berapa sudu nak letak.
Cili padi, lada merah.. semuaaaa siap kisar ada. Sediakan sahaja ongkosnya.
Bawang merah goreng, bawang putih goreng.. seemmmmmmmmua ada wak.
Ini pulak produk sejuk beku keluaran IKS seperti martabak, pepes dan otak-otak. Baru-baru ni Sk baru tahu, ejaan sebenar murtabak ialah martabak.
Yang suka produk berkeju, yang anak-anak suka la kan, pun ada ni ha. Panaskan dalam air fryer pun boleh rasanya ni.
Lepas ni boleh cuba ketupat palas dekat sini pulak. Rasanya sentiasa ada ni, tak payah tunggu hari raya.
Sambal kicap siappppp!
Pernah dulu siapa komen/ soal, apa beza otak-otak dan pepes? Otak-otak dibuat dari isi ikan, pepes dibuat dari isi ayam.
Kuih-muih frozen.
Mahal sungguh jamu kunyit asam ni. Nak buat sendiri tak reti. Hurmmm.. semua benda tak reti kau ni, Sk! Sebenarnya, malas, hahaha.
Kek lapis dan kuih-kuih raya pun banyak sangat pilihan.
Produk kek lapis dari pelbagai IKS ni. Zaidah ni Sk tak pasti, yang Chef Zaidah tu ke.
Eh, daging-daging perap pun ada ya. Boleh buat steamboat & grill sendiri di rumah. Tapi, bagi Sk, ni buat kecah aje laaa.. baik makan kat kedai kalau nak sangat, hahaha.
Tak reti buat kuah laksa Johor?? Beli jer yang frozen ni. Ni tak pasti la sedap ke tidak sebab bagi Sk, kuah-kuah atau lauk frozen ni kalau lepas dinyahbeku, rasanya akan berubah.
Kak Imah beli dada itik salai. Ni 200 gram, RM24. Sepatah kata Tot (Nur), bapakkkkk!
Eh, tak tahu pulak Kopi Cap Gantang sekarang dah ada peket uncang macam ni. Belek-belek, tak ada alamat pengeluar jadi tak pasti ori atau tidak. Sha yang orang Kedah mengesahkan tidak ori. Sk fikir, mungkin mereka beli serbuk kopi secara pukal dan letak dalam uncang. Tak tahulah ni ada kelulusan ke tak dari pengeluar Kopi Cap Gantang yang sebenar.
Kak Imah jugak ni beli Telur Pindang keluaran Telur Pindang Tradisi Johor. Rezeki Sk, Kak Imah naik kereta Sk, dia pelawa ambil sebiji. Rezeki jangan ditolak, Sk ambil dan petang tu Sk makan, nak tengok mana sedap dengan Telur Pindang Saudagar. Jujur cakap, laaa.. Telur Pindang Saudagar lebih sedap.






























Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih