Assalamualaikum WBT
SEPERTI kebiasaan, hari terakhir puasa, kami semua akan berkumpul di rumah Angah untuk berbuka puasa. Itupun sebab raya jatuh hari sabtu. Sk dah beritahu Angah, jika raya jatuh pada Jumaat, Sk berbuka di rumah dulu, kemudian barulah ke Senai. Seperti yang diharapkan kebanyakan orang, raya jatuh Sabtu, jadi last day tu kami berbuka di rumah Angah. Credit untuk Cikwa yang share gambar-gambar juadah berbuka.
Angah masak Soto. Menjadi kebiasaan, soto kami menggunakan tulang dan daging lembu sebab ibu kan tak makan ayam. Walaupun ibu dah tak ada, tetaplah jugak masak guna tulang dan daging lembu. Penaja tulang kali ni ialah Cikwa. Selain tu, Angah buat jugak Rendang Daging yang basah dan berkuah sikit. Atas sekali tu, Burasak dan Lui yang ditaja oleh Cik Ani. Walaupun kami bukan keturunan Bugis, macam wajib pulak nak kena ada dua menu tu.
Mihun untuk orang yang tak pandai makan soto nasi impit. Ketupat dua jenis, ketupat daun kelapa dan ketupat segera. Dalam bekas hijau tu, Rendang Daging yang ditaja PI dan dimasak oleh Tuan Tanah Kedaung, hehehe. Tiap tahun memang wajib masak rendang stail mak mentua ni. Berbeza dengan ibu, rendang mak mentua jenis yang kering cuma dah beberapa tahun ni PI minta buatkan basah sikit.
Lupa nak zoom Asam Pedas Ayam dalam mangkuk bubur tu. Masak asam pedas ayam nak makan dengan burasak sebab ada pulak yang tak makan asam pedas ikan parang.
PI beli lemang dekat dengan taman rumah kami. Sk potong siap-siap dari rumah, senang, sampai Senai terus hidang aje. Nampak tak dua jenis rendang di situ, satu berkuah sikit.
Satu gambar kenangan, hari terakhir berbuka tahun 1447H. Semoga panjang umur dan sihat, kita bertemu lagi di tahun hadapan.
Acara seterusnya, main bunga api. Ni Ilham dan Izzat yang sponsor hasil keuntungan meniaga kerepek pisang. Gigih eh dua beradik tu buat kerepek pisang tanduk semata-mata nak beli bunga api katanya, huhuhu.
ye memang puas hati raya x jadi hari Jumaat...hehehe...seronok macam- macam ada tu ha..rendang SA tahun ni pun ada yang berkuah dan ada yang kering skit...
ReplyDelete