Assalamualaikum WBT
8 April 2026, kami tiga beranak pergi makan malam di Restoran Jasmin. Awalnya nak makan di tempat lain, tapi masih tak dapat buat keputusan yang betul. Entah macam mana, masa nak keluar simpang menghala ke Gelang Patah, Sk terlintas Nasi Goreng Daun Pisang Restoran Jasmin. Bila Sk sebut jer, PI terus setuju, Iman pun kata okey, dia memang ada cakap pasal nak makan nasi goreng tu sebelum puasa lagi.
Nasi goreng seafood panas-panas dari dalam kuali, diceduk ke atas daun pisang dan terus dibungkus begini sebelum dihantar ke meja pelanggan.
Pesan Baby kailan goreng sos tiram.
Setiap bungkusan nasi goreng ada dua ekor udang dan beberapa hirisan sotong. Sedap nasi goreng dia di tekak kami.
Ikan pari bakar sambal. Ni pun sedap walaupun tak boleh mengalahkan ikan bakar Tip Top.
Penuh meja dengan macam-macam lauk. Sebelum ni pernah makan nasi berlauk kat sini tapi agak kureng. Kali ni kami sangat berpuasa hati.
Sotong Bakar Sambal dia pun sedap betul. Ni lagi sedap dari tip top ikan bakar sebab sotongnya besar dan isinya tebal.
Total RM140 - 150 kot, Sk tak ingat pulak. Dah ambil banyak lauk memanglah kena bayar mahal sikit, selalu datang makan Mee wantan jer, hihi. Tapi puas hati, banyak dan sedap semuanya. Burppp.. Alhamdulillah.









Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih