LENA DIULIT INTAN - PEMENANG PENCARIAN PEMBACA KE 36373839

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


BELUM sampai 5 jam lagi, Sk terbitkan entry PENCARIAN PEMBACA KE 36373839, semasa sedang memandu pulang ke rumah selepas habis kerja, tiga hari lepas, terdengar bunyi whatsapp personal masuk bertubi-tubi. Eh, agak luar biasa ni kalau dah masuk bertalu-talu. Tentu ada benda penting nak cakap ni. Baca sekali imbas..


Assalamualaikum Kak SK😄

Sy nk hntr assignment ni

Ada gambar, Sk download



Eh, biar betul. Dah capai PV 36373839?

Tepat-tepat ya dia tembak!

Diumumkan pemenang hadiah PENCARIAN PEMBACA KE 36373839 adalah Blogger Afzannnnn!! Sila tepuk. Disebabkan Afzan dapat tembak dengan tepat, Afzan dapat bonus wang tunai bernilai RM39. Tahniah, Afzan.


Dah sampai rumah, Sk buka Whatsapp, ada lagi pembaca yang dapat tembak angka 36373839. Lahhh, dua orang ni mesti tembak serentak. Tak mustahil ya sebab Sk pernah tengok dulu Kak Amie buat peraduan tembak-tembak ni, ada lebih dari seorang dapat tembak angka PV yang sama. Jadi, jangan kita pertikaikan, bukti pun dah diberi. 

Diumumkan pemenang seterusnya PENCARIAN PEMBACA KE 36373839 ialah Blogger Bola Katok. Tepuk tepuk tepuk! Tahniah, BK dan Sk terharu BK sudi menyertai peraduan ni. BK juga memenangi hadiah bonus wang tunai RM39, tahniah!!


Diumumkan pemenang seterusnya, Jaguh tembak-menembak angka PV, tidak lain dan tidak bukan, Blogger NA. Sayangnya kali ni tembakan NA tersasar sedikit. InsyaAllah, ada rezeki untuk NA yang rajin menyertai peraduan anjuran Sk. Terima kasih, NA.

Semua pemenang akan menerima hadiah berupa mimpi. Hadiah mimpi tu apa?



Hadiah untuk Afzan 

Sebuah bantal premium berjenama Kun berserta sarung bantal jenama Kun. Warna kegemaran Afzan, warna pastel, Sk pilihkan warna Pastel Green.


Hadiah untuk Bola Katok

Sebuah bantal premium berjenama Kun berserta sarung bantal jenama Kun. Warna kegemaran BK, warna hitam, tapi warna hitam tiada jadi Sk pilihkan warna Moon Mist.


Hadiah untuk Wina

Sebuah bantal premium berjenama Kun berserta sarung bantal jenama Kun. Warna kegemaran Wina, warna Hijau Zaitun dan Biru Pekat,  Sk pilihkan sarung bantal warna Blue Night.

Semoga semua berpuasa hati dengan hadiah masing-masing dan semua dah terima hari ni. Pemenang ke 4 tak ada ya, ni sahaja tiga orang yang beri bukti screen shot pada Sk. Tahniah dan terima kasih kerana sudi menyertai peraduan ni ya, Afzan, Bola Katok dan NA. Bantal Kun yang Sk bagi ni memang best ya. Sk jamin, lena anda pasti diulit intan nanti, hihi.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!