Assalamualaikum WBT
PAGI ini Sk dan beberapa rakan diarahkan menghadiri Kuliah Integriti di kampus induk. Memandangkan kuliah bermula jam 8.30 pagi, Sk keluar rumah sebelum pukul 7. Pukul 7 tu dah sangkut dalam taman lagi, 45 minit baru dapat masuk lebuhraya Pulai Jaya arah Senai. Pukul 8 baru sampai simpang ke Kota Tinggi. Pukul 8.15 baru sampai kampus. Perghhh.. mencabar sungguh ya. Nak nak pulak banyak kereta berpusu-pusu, dialah yang terpaling nak sampai dulu dari orang lain, huhuhu.
Baiklah, kali ni Sk nak bawa pembaca ke Tangkak. Balik dari Melaka tuari, PI ajak singgah makan asam pedas di Warung Asam Pedas Kak Fyda. Waze bawa kami keluar lebuhraya di Plaza Tol Bukit Gambir dan Warung Kak Fyda ni terletak di Kampung Sagil. Sk tak pasti ke kenapa dia tak bawa keluar ikut Plaza Tol Tangkak. PI cakap, agaknya dia nak elak kita lalu jammed di bandar Tangkak tu.
Besar warungnya ni. Masa kami sampai, terkejut tengok setiap meja dipenuhi pelanggan, rupa-rupanya ada rombongan Cik Kiah baru lepas makan tengahari. Langkah kanan la, mereka habis makan, kami sampai, kalau tidak, kena menunggu meja pulak. Salah seorang ahli rombongan tu senyum mesra kepada Sk. Lantas Sk pun cuba beramah mesra juga. Orang Perak, kome, datang dari Kampung Pulau Pisang. Kakak tu tanya Sk, pernah dengar tak nama kampung Pulau Pisang tu? Sk pulak teringat Kampung Pisang yang ada zombie tu, hihihi. Menurut cik puan tu, Kampung Pulau Pisang bersempadan dengan negeri Kedah. Tak dapat berbual lebih lama sebab mereka dah kena naik bas, nak ke Gunung Ledang pulak katanya.
Dekat sini, konsepnya layan diri. Buat pesanan di kaunter ni dan ambil sendiri bawa ke meja. Nanti ada staf yang datang kira harga makanan kita di meja. Mudahlah caranya. Dalam periuk tu, semua lauk asam pedas dengan pelbagai pilihan ikan. Ada ikan merah, ikan pari, ikan mayong dan lain-lain. Telur ikan pun ada.
Bahagian ekor ikan merah.
Bahagian isi ikan merah.
Bahagian isi ikan mayong.
Kuah asam pedas sedap cuma sedikit masam. Subjektif la sedap ni ikut tekak masing-masing, kan. Bagi Sk lulus, la. Tak malulah kot satu bas mai dari Perak singgah makan asam pedas Johor kat sini tadi.
Ambil siput sedut masak lemak ni, sesenduk. Satu senduk RM10.
Nak sayur ke, ulam-ulam, telur masin, sambal belacan, boleh ceduk sendiri. Kami minta gorengkan telur dadar jugak.
Sambal belacan dia sedap juga makan dengan ulam-ulam. PI tukang ameknya, Sk tak pasti la ada ulam raja ke, daun selom ke. Ni yang PI tahu makan jer la diambilnya.
Iman cakap, kenapa tak ambil ikan pari. Masa pilih-pilih lauk ni, dia pergi bilik air. Baru tahu, antara ikan mayong dengan pari, Iman lagi suka ikan pari, hihihi. Apalah jadi mak, yang anak terpaling suka pun tak ingat, hahaha.
Suruh dia ambil ikan pari lain, dia tak nak pulak. Makan jer la ikan mayong tu. PI offer telur ikan tenggiri pun Sk tak nak. Telur ikan ni kalau makan banyak-banyak muak jugak. Lainlah kalau semua makan telur ikan, boleh kongsi-kongsi.
Tak pasti harga setiap lauk, ni total RM84. Murah ke tak? Murah la.. ni kalau dekat kedai Botak, dah seratus lebih! Kata PI, hahahahaha.
Selit sikit, makan malam kami, sebab malam ada bola (bola lagi), jadi tak keluar makan. PI ajak singgah Domino's Pizza, jadi Sk ajak singgah dulu bilik air RNR Pulai Jaya, nampak pulak durian. Iman jolok-jolok, nak makan durian. Teringin jugaklah, durian lepas raya ni belum makan lagi, beli 2 biji udang merah sekilo RM17/kg dan 2 biji raja musang, RM25/kg. Lepas tu ada musang dalam bekas, nak jual live dia kata, sebekas RM50, Sk tawar RM40, Alhamdulillah, dapat. Total RM129. Pizza pulak ambil set aje, pilih topping extravaganza dan lagi satu tu, topping bercampur. Entahlah, tak ingat sangat nama dia. Dua-dua topping sedap. New York crust tu, keluar peti sejuk pun masih lembut lagi.
Orang yang nak makan pizza tu, mana boleh nampak durian, terus request nak makan nasi durian. Mula malas nak layan, tapi tak sampai hati la pulak, hahaha. Sampai rumah, masak nasi satu pot jer. Santan tu, Sk guna santan kotak Kara jer, cairkan sikit dengan air masak. Kemahen laju eh makan, siap bertambah. Iman pun join sekali, tapi buat raso-raso jer la. Sk pulak kurang gemar makan macam ni, Sk suka makan durian gitu terus, baru puasss, hihi. Durian pun tak la habis terus malam tu, sebab kitorang bukan hantu durian sangat, seminggu baru habis uiii.















Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih