MAKAN KENDURI DI FLORAL CRYSTAL EVENT HALL @ SENAWANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT 


SABTU lepas (18 April 2026/ 30 Syawal 1447H), Sk tiga beranak ke Senawang, menghadiri Majlis Perkahwinan Tina dan Asri yang diadakan di Floral Crystal Event Hall, Senawang. Tina merupakan puteri kepada rakan PI, Rudy dan isterinya Suraya. Sebelum jam 9 pagi kami keluar di Plaza Tol Senai (U) dan sampai di dewan sebelum jam 12.30 tengahari.


Tak silap Sk, pengantin merupakan bakal guru. Sk kurang pasti jika Tina dah dapat penempatan tempat mengajar atau belum. Masa sampai ni, pengantin tengah tunggu nak berarak masuk ke dewan.


Sk pakai baju baharu, hehe. Kain ini merupakan hadiah pertama 'Giveaway Baju Raya Berlace' anjuran Blogger Saja Suka Suka yang Mesra dikenali sebagai Kak Notie. Sk tempah baju ni dengan Kak Imah dan siap masa penghujung puasa lepas.


Juadah disediakan untuk tetamu, Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Pajeri Nanas dan Daging yang Sk tak pasti cara masakannya. Selain tu ada pelbagai kuih-muih, minuman sejuk dan panas.


Dua beranak sedang menjamu selera. Pagi tu kami nak sarapan di Medan Selera R&R Machap tapi tak ada parking ya. Last-last, beli roti dan kopi saja di Kedai Mesra Petronas. Memang ngam-ngam lapar la ni, hihihi.


Berhenti sekejap makan untuk mengaminkan doa selamat yang dibaca untuk mempelai. Pengantin lelaki tu ada iras wajah pelakon, Asyraf Muslim la.


PI dan Rudy (bapa pengantin perempuan). Dulu, Rudy ni pernah bertugas di Jobaru sebelum dipindahkan ke Kuching, Sarawak. Bila kena pindah tu, PI tolong jagakan kereta beliau sebelum kereta tu dihantar ke Kuching.



Yang tengah tu, Mahaizura, rakan media dari KL. Zura juga pernah bertugas di Jobaru zaman beliau anak dara dulu. Sebelahnya, Kartika, ni Sk baru jer kenal masa majlis ni.


Gambar dengan mak pengantin pulak. Alhamdulillah, mak pengantin sihat dan ceria menerima menantu. Yang belakang tu anak bongsu mereka yang lahir di Kuching. Dah iras-iras muka orang Sarawak pulak.


Lawa la sport car yang parking sebelah kereta kami. Meh la kita tumpang sekaki bergambar, hehehehehe. Sedap kain baju pemberian Kak Notie ni. Terasa mahal kain ni, berat, licin dan jatuh terletak bila dipakai. Sejuk jer pulak walaupun cuaca boleh dikatakan agak panas. Lepas makan dan bersalaman, kami terus menuju ke kampung angkat PI. Mana lagi, Melaka lerrrr... hehehehehe.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Situ banyak dewan kahwinkan sebab pernah pergi majlis di Jalan Cattleya 5 itu.
    Siap dah baju, kain Sis Notie bagi. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Cantik design baju SK. Pantas je SK tempah, dah boleh dipakai.

    ReplyDelete
  3. lawa bila dah jadi baju... linda pun dah siap bajunya, tapi tak pakai lagi

    ReplyDelete
  4. Cie dah hantar tempah jugak dah kain pemberian kak notie. Bukan kain lace cie tu kain biasa.

    ReplyDelete
  5. Cantik sangat baju tu SK, lurvv gitewww...
    Tak sah le tak balik kampung angkat PI ye :D

    ReplyDelete
  6. barakallahulakuma utk kedua mempelai...
    mak pengantin nampak muda lg

    ReplyDelete
  7. Wah.. cantik jadi baju kurung. Sama cantik sama padan, pasangan pengantin. Semoga berkekalan ke anak cucu.

    ReplyDelete
  8. Setelah jadi baju, langsung terlihat cantiknya 😄👍.

    Aiiih cantiiiik dan tampan pengantin yaaa. Semoga diberikan rezeki makin berlimpah selepas nikah.

    ReplyDelete
  9. ammi tak tempah pun lagi kain yang kak notie bagi...taktau nak dibuat baju apa.

    ReplyDelete
  10. Dah 3 orang SA nampak tempah kain ni...SA x tempah2 lagi ni...suka wedding kat dewan ni sebab deco lawa...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!