
ASSALAMUALAIKUM wbt
TAYANGAN Laksa Sarawak yang telah selamat dijalankan projeknya malam tadi. Taklah susah membuatnya kerana saya menggunakan rempah laksa sarawak yang diberikan sahabat di FB
Kak Lizlotengku sayang. Itulah gunanya kita bersahabat di alam maya nikan, bila saya keluarkan gambar Laksa Sarawak yang saya beli kat Fb, terus sahaja Kak Liz mengepos rempah Laksa Sarawak ni. Malam tadi baru dapat membuatnya sebab dah berapa minggu cari udang besar tapi yang ada jual kat pasar cucu-cucu udang jer. Kelmarin, saya paksa juga ER beli walaupun udangnya taklah besar mana, mahal pulak tu. Kalau mahal tapi besar barulah puas hatikan... urmmm.. takperlah, yg penting msti ada udang, baru betul punya laksa sarawak. Jom semak bahan-bahannya... (Apasal hari ni ayat saya skema jer ekkkk???)
Laksa Sarawak(sumber :
Kak Lizloteng dan telah diderhakakan oleh saya sebab saya tak rebus ayam dan udang sekali.. )
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (Saya guna tiga keping bahagian isi ayam jer - direbus dan dicarik-carik isinya - ketepikan)
1/2 kg udang (lagi besar lagi sedap, kalau nak lebih pun boleh)
air secukupnya untuk merebus udang dan ayam (lebih kurang 2/3 periuk sederhana besar)
1 peket rempah Laksa Sarawak (saya dapat cap burung bayan tapi orang kata Hj Manan punya sedap)
1 batang serai (diketuk)
Garam secukupnya
Cara-cara:
~ Rebuskan udang (dengan kulit dan kepalanya sekali) dalam periuk sederhana besar. Masukkan serai sekali.
~ Tutupkan api, keluarkan udang, ambil kulit dan kepalanya, kisarkan bersama sedikit air rebusan. (sila tunggu agak sejuk dahulu kalau tak mahu pengisar anda rosak... hehe). Ketepikan isi udang.
~ Panaskan semula air rebusan, tapis bahan yang dikisar, masukkan semula dalam periuk. Boleh campurkan air rebusan ayam jika suka (saya tak campur). Masukkan serai.
~ Bila sudah mendidih, kecilkan api. Bancuh rempah Laksa Sarawak dengan sedikit air rebusan tadi dalam mangkuk, tuang perlahan-lahan ke dalam periuk. Gunakan api kecil. Kacau rata, kacau selalu sehingga agak mendidih, masukkan 1/2 kotak santan kotak (saya guna santan M&S). Kacau selalu sehingga mendidih, dan boleh dihidangkan bersama bahan-bahan lain di bawah.
Sementara itu sediakan bahan-bahan sampingan:
4 biji telur digoreng dadar nipis dan dihiris kecil
bihun dicelur lembut
taugeh dicelur sekejap (saya gunakan sayur kubis yang dihiris halus pasal malas nak gi kedai.. hik2!)
Sambal belacan:
5 tangkai cili kering, dicuci bersih dan dipotong kecil untuk keluarkan bijinya
1/2" belacan
3 biji limau kasturi
~ Goreng tanpa minyak cili kering dan belacan kemudian tumbuk sehingga lumat
~ Perahkan jus limau kasturi
Hidangkan bersama bihun sup, isi ayam, isi udang, telur dadar, taugeh dan sambal belacan.
Kepada
HaSue, saya mengharapkan komen anda... terima kasih... ;-)