MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Friday, June 8, 2012

CHOCOLATE-BOTTOM BANANA SQUARES

ASSALAMUALAIKUM ....

SAYA ni bukanlah penggemar kek pisang.. apam pisang.. cekodok pisang... roti pisang.. pendekkata, apa saja resepi tepung yang dicampur dengan pisang kecuali goreng pisang. Betullahkan, nak buat goreng pisang guna tepung beras + air untuk salut pisang sebelum digoreng. Tapi kalau tepung gandum diadun dengan pisang lecek saya agak kurang gemar, kalau ada saya makan, tak ada saya tak cari. Seingat saya, saya pernah buat sekali muffin pisang cubalah google dalam blog saya ni kalau rajin tapi nampaknya memang agak tak kena dengan selera saya.. mengada-ngada.. kan? Tapi kalau bagi saya pisang masak ranum, sesisir pun saya boleh habiskan, serius.... huhuhu. Selain itu, saya juga penggemar pengat pisang dan pisang sira, setengah periuk pun jalan... betulllll...

Apabila nampak pisang setandan yang masak tapi macam tak laku di rumah Ibu/ Angah maka saya telah terbayang-bayang pengat pisang dan sira pisang, sedapnya lahai. Dengan muka tak malu, saya pun cakap, pisang tu kenapa biar masak macam tu, sayang. Ayat nak minta sesisir sebenarnya. Alhamdulillah, dapat bawa balik setandan pisang pulak. Jangan tanya saya pisang apa sebab saya tak tahu sebahagian besar nama pisang... ^_^

Maka pagi-pagi buta kelmarin saya dah buat pisang sira (tiada dalam gambar). Buat banyak-banyak sebab hantar balik ke rumah ibu yang dah disira. Cuti sekolah ni memang hari-hari saya hantar Yaya ke rumah neneknyakan. Lepas tu, ada lebih kurang tiga sisir lagi pisang kat rumah. Saya fikir-fikir apa nak buat yang sedap sebab kalau nak buat pengat pun banyak juga pisang tu, nak goreng macam dah selalu. Teringatlah pulak dulu Tun Telani ada post satu resepi kek pisang yang ada campur coklat. Urmmm... kek pisang tak suka, tapi coklat saya suka. Bila baca pujian demi pujian dari Tun dan mereka-mereka yang telah mencuba, hati ni dah berdebar-debar, gitulah kalau rasa teruja tu dah datang, teringat-ingat selagi tak dapat semuanya macam serba tak kena gitu...

Sekejap sahaja menggodeh, senang sangat dan saya boleh hafal resepi sekelip mata. Mudah sangat dengan sukatan cawan yang diberikan kerana ada blog yang menggunakan sukatan metrik. Jadi kalau guna cawan tu kerja saya lagi cepat sebab tak payah nak menimbang bagai. Lepas keluar oven, saya tinggalkan atas meja  dan biar lampu dapur menyala. Konon nak tidur sekejap sementara tunggu kek sejuk rupanya terlajak sampai ke pagi. Nasib baik tutup kek dengan tudung saji... hihi.

Terus potong kek cepat-cepat untuk ambil gambar. Jadi, biasalah bagi kita yang bekerja shift (siang di pejabat malam surirumah) ni, mananyalah sempat nak tunggu cahaya matahari pukul 9 untuk posingkan kek kan, jadi kita pose ajelah ia di bawah lampu minyak tanah meja makan. Prop tu memang tak adalah... nak letak bunga pun tak ada bunga, yang penting inilah kek pisang yang telah menambat selera saya. Pastinya ada siaran ulangan sebab pisang banyak lagi... hihihi.
tabur choc chips banyak-banyak.. adoi!
 Terima kasih kepada Tun Telani yang telah mewar-warkan kesedapan CBBS ini. Saya olah semula resepi bagi memudahkan rujukan kalau nak buat lagi.

CHOCOLATE-BOTTOM BANANA SQUARES (CBBS)
Resepi : Tammy
Sumber : Tun Telani & Jessie @ Hearty Bakes
Bahan-bahan :                                                                      
  • 1/2 cwn Butter -113g (lembutkan) - saya guna 125 gm, ambil sedikit untuk gris loyang
  • 1 cawan gula - macam Tun dan Jessie, saya guna 3/4 cwn
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 biji pisang-  dilecek (size pisang tak sama jadi dapatkan 1 1/2 cawan pisang siap dilecek)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 sk baking powder*
  • 1 sk baking soda*
  • 1/2 sk garam*(ayak bersama bahan bertanda*)
  • 1/4 cwn serbuk koko- saya guna 2 sb
  • 1 cawan chocolate chips (guna secukupnya sahaja)

Cara-cara:
  • Griskan loyang 9" dan alas kertas minyak - panaskan oven 180 darjah selsius.
  • Pukul butter dan gula sampai putih dan gebu.
  • Masukkan telur, esen vanilla dan pisang yang dilecek dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan bahan yang diayak dan pukul lagi sebati.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian masukkan serbuk koko dan pukul sebati.
  • Tuangkan adunan berkoko dalam loyang, ratakan adunan.
  • Masukkan pula adunan yang lagi separuh atas adunan berkoko tadi, ratakan.
  • Taburkan coklat chips di atasnya. Bakar adunan, letak loyang di tray paling bawah, gunakan api atas bawah selama 30 minit atau hingga adunan tidak melekat bila dicucuk dengan lidi uji kek. HATI-HATI JANGAN 'OVERBAKE', nanti jadi kering.
  • Tunggu sejuk, baru dipotong petak-petak.

Setuju sangat dengan komen Tun, sedap sangat, rugi kalau tak cuba ^_^

P/S Habis dah seloyang, dua suku hantar rumah ibu, suku masuk mulut sendiri sebab susah nak berhenti menyuap serius sedap. Suku lagi bawa ke pejabat, siapa cepat dia dapat.... ;p

14 comments:

  1. Salam kak sari cayanggg~~~~~~~~
    tun pantang nmpk CBBS nihh.. adoiii... skrg ni terasa mcm nk makan pulak.. isk isk.. nmpk gaya kene menuai pisang kat pasar lah esok nihh..

    ps: sama laa kita, x kenal nama2 pisang.. tun kenal pisang montel ngan pisang tanduk je. kui kui

    ReplyDelete
  2. Kak sari sy ritu pon cam xnyempat juga nk wat cbbs nih time tun duk promot tuh,pastu memalam buta wat sbb dah xtahan nk merasa,huhu..MMG SDP,CUMA agak peroi cikit kan,bagi ank2 mkn jenuh juga nk bersihkan,sbb dak2 berdua nih mkn pepaham jer,huhu..
    Pstt sy up cikit dri tun sbb knai pisang ems,berangan,n awak,,hehe..

    ReplyDelete
  3. Memang sedap ni, bila baca ja...air liur ni fuhhhhhhh...tengok choc chips tu...lagi ler meleleh air liur

    ReplyDelete
  4. Awak.. awak..
    Awak pukul.. awak adun..
    Dah siap kasi kita..
    Kita bakar kat oven kita..
    Kita bakar! Kita bakar!
    Ekekeke :D

    ReplyDelete
  5. Kita terbalik. Kakak nie apa juga kuih yg ada pisang memang suka. Jadi melihat ini meleleh macam nak ngap aje...

    ReplyDelete
  6. Support WWF dalam mencegah kepupusan PENYU LINK WEBISTE WWF DISINI

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Sari..CBBS ni mmg sedap.. yana dh 3 kali bt ^^ mmg mantop gabungan pisang dgn coklat..xleh stop mkn :-)

    ReplyDelete
  8. aslmkum sari.. lum prnh buat ni.. mcm nk tergoda jugak ni.. simpan dulu rspi eh.. tq sis

    ReplyDelete
  9. Akak kan, snap gmbr bukan je bwh lampu minyak tanah, kat dapor pun akk ambil. Tak kira dah cantik ke tak.....prop langsong takde, malas:-)
    Yg ni akk cuba dulu tp tak jd rasanya, kena cuba lg kot:-)

    ReplyDelete
  10. lia peminat tegar pisang...klu kuih/kek pisang mmg pujaan hati ler..jemput pisang ke apam pisang ke mmg peberet...senang citer semua yg ada pisang lia suka! tgk gmbr ni kat fb aritu dah t'ingin nak mencuba...mmg harus terjah pasar le esok nak cari pisang..heheheeee...

    ReplyDelete
  11. mmng sedap CBBS ni, akak pun dah pernah buat..kita kira berbeza gaklah, apa2 menu berkaitan pisang..semuanya akak suka...satu family mmng suka sangat..

    ReplyDelete
  12. As'kum waaduhh banyaknya choc chips.. kalau macam tu i pun suka hehehhee

    ReplyDelete
  13. salam singah memlm..bru nk buat bw..kita pun xgemar mna kek2 ni..tpi suka buat...hehee..

    ReplyDelete
  14. melimpah ruah coklat chipnya tu kak,bukan anak2 je suke, ibu2 pun suka juga..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?