PAVLOVA.. DEALOVA...

Seri Kandi Tanah Jauhar
17
ASSALAMUALAIKUM...


TERBUAI-BUAI perasaan rasanya menikmati lemak manis masam pavlova ini. Adik Seri Kandi kata, inilah pavlova yang paling sedap dia pernah makan. Apa tak sedap, pavlova yang masih rangup, baru keluar oven dua tiga jam, diliputi krim segar yang putih gebu dan ditambah pula buah-buahan import yang mahal, tentulah syurgaaaa... hehehe. Seri Kandi tanya, sebelum ini dia pernah makan pavlova di mana? "Beli kat KL, tapi lembik, cair jer," jawabnya. Agaknya lama letak di luar sebelum sampai ke tangan kau, itulah sebabnya, kata Seri Kandi. Seri Kandi sendiri tidak pernah membeli pavlova, jadi Seri Kandi tak tahu. Yang Seri Kandi tahu, pavlova yang Seri Kandi makan ni memang sedap! ;-))))

Duluuuuuu... Seri Kandi pernah buat pavlova ni dua kali (kot). Kalau rajin nak selongkar dapur Seri Kandi ni, bolehlah cari.. hehe. Tapi, Seri Kandi rasa inilah yang terbaik. Seri Kandi tak tahu adakah ia disebabkan sebab yang sama kenapa Seri Kandi tiba-tiba menjadi terlebih rajin mem-baking akhir-akhir ini.. hehe. Tersedak-sedak Seri Kandi bila ada seorang dua komentar yang serkap jarang kata Iman Fatiha nak dapat adik. Isk... isk.. bukan sebab tulah... sabar ajelah Seri Kandi tau, haipp!

Berbalik cerita tentang pavlova ni, Seri Kandi konon ingat nak cubalah cari-cari resepi pavlova yang lain. Dalam menggoogle tu, Seri Kandi ter-masuklah kat satu blog ni. Rupanya si blogger bukan cerita pasal resepi pavlova tapi dia mengata seorang blogger yang menjual sebiji pavlova dengan rege yang mahal... Seri Kandi tak nak tulis siapa blogger yang dimaksudkan. Seri Kandi tak tahulah sama ada dia baca betul-betul tak resepi pavlova tu. Memanglah pavlova ni cuma guna putih telur, gula kastor, tepung jagung dan cuka tapi.... cubalah baca berapa lama pula masa yang diambil untuk membakar sebijik pavlova (naik bil elektrik) dan cara mengendalikan bahan-bahan tu. Bukan mudah kak, semua kena kering dan dibuat dengan kasih sayang bukannya main campak baling macam masak asam pedas. Blogger tu pulak, bukannya blogger cap ayam macam Seri Kandi (Eh! Ayam Brand pun mahal tau). Blogger tersebut duduk dalam kelasnya yang tersendiri dan Seri Kandi amat mengagumi blogger tersebut... kelasssssss!

Secara asasnya, Seri Kandi tengok kebanyakan resepi sama saja dengan resepi yang pernah Seri Kandi guna sebelum ini iaitu yang Seri Kandi ambil dari Kak Jun Cupcakekasih. Cuma sukatan untuk tepung jagung tu tak sama, ada yang satu sudu, ada setengah sudu dan ada juga yang dua sudu. Oleh itu, Seri Kandi masih gunakan resepi yang Seri Kandi guna sebelum ini dengan sukatan tepung jagungnya Seri Kandi jadikan satu setengah sudu.

PAVLOVA
Sumber : Alam Sari

Bahan Crust :

4 biji telur ambil putihnya sahaja
1 cawan gula kastor
1 1/2 sb tepung jagung
1 sk cuka

Cara menyediakan crust :

1. Panaskan oven pada suhu 150 darjah selsius.

2. Putar putih telur dengan kelajuan tinggi sambil dituangkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga habis. Putar terus putih telur sehingga berkilat, kental dan bertanduk. Seri Kandi putar dua minit sahaja.

3. Ayakkan terus tepung jagung sedikit-sedikit ke dalam mangkuk yang mengandungi putih telur. Kaup balik adunan dengan spatula sehingga rata tepung jagungnya.

4. Masukkan pula cuka dan kaup perlahan dengan spatula sehingga sebati.

5. Untuk memudahkan, masukkan adunan dalam piping bag dan pancitkan di atas baking paper sama ada bentuk bulat atau empat segi atau bentuk apa-apapun mengikut citarasa. Seri Kandi buat empat segi tepat.

6. Bakar selama 1 jam 20 minit.

7. Biarkan crust berehat lagi 20 minit dalam oven. Simpan dalam bekas kedap udara jika belum hendak digunakan.

Fresh Cream :

1 cawan non-diary whipping cream diputar sehingga kental (Seri Kandi putar dua minit)

Buah-buahan :

Gunakan buah-buahan import yang lembut dan masam manis seperti strawberry, kiwi, anggur hitam, blueberry, peach. Potong ikut kesesuaian.

Pavlova :

Sapukan fresh cream di atas pavlova (boleh juga masukkan dalam piping bag dan dipasang nozzle) dan taburkan buah-buah di atasnya. Pavlova lebih enak  dimakan segera sejurus diletak krim.

p/s Alhamdulillah, sebaik sahaja Seri Kandi buka tempahan untuk pavlova ni berdesup-desup mesej masuk dan minta Seri Kandi hantar ke rumah.. syukur dengan rezekimu, Ya Allah...
Tags

Post a Comment

17Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. psssstttt....kak...nak nyibuk nie...sape blogger tu...~ ayat kepoh....! Hihi....

    Op kos le mende ni mahal...bukan pakai buah rambutan letak atas tu....paling ngam kena letak stobery...stobery je 1 kotak dah bape hinggit...dlm plak ada brapa biji je....lain la klau mmg ada ladang stoberi kat CH sana tu....!

    Sy geram je tau kak klau ada orng kata mende kuih muih homemade ni orng kata mahal....kita buat sehabis baik....bila ada orng ode je....bukan jual hari2 bukak kedai pun..

    ..perggghhh...da mcm buat 1 n3 plak kat kotak komen ni....hihihi....

    ReplyDelete
  2. Orang yang komen tu mesti tak pernah buat sendiri. Kalau dia buats endiri, dia mesti tau kenapa harga tu mahal kan...

    Seriyes nak jadi neighbour akak. Tetiap hari boley order desert sedap2. Yummyyy

    ReplyDelete
  3. betui tu kak..buahnya yang mahai, macam saya selalu letak buah habis sebab kalau simpan bukan tahan lama n tak larat nak makan buah strawbery tu hari2..

    nak tau jugak sape blogger tu..;P

    ReplyDelete
  4. Kalau kakak ni Seri harga tolak tepi yg penting sedap di tekak kakak tak kisah... abang yg ajar kakak macam tu. Kalau sedap walau mahal kami beli. Murah kalau tak menepati tekak kami tak beli..

    ReplyDelete
  5. amboi amboi kak sari kitaaa...dah pavlova pavlova dah diaa...kuih mat saleh ostrolia dah dia buat..jauh tu kak...saya tak mampu lagi kuih kuih cenggini,aritu try, hangit kak..macam belanga saya hangitnya

    ReplyDelete
  6. Sari..akak dah komen tadi mana plak perginya..uwaa..

    Pavlova ni tak berani akak nak buat. Keras kejong tgn ni nak memutar putih telor tu. Nanti pavlovanya siap, orgnya pitam..hehe.

    ReplyDelete
  7. iskh3...kdg2 memasak ni x blh nak slhkan resepi kan kak...sbb citarasa semua org b'beza2 & air tangan juga memainkan peranan & yg paling utama "dibuat dgn penuh kasih syg"... lia ni selalu juga try n error bila mencuba resepi tp klu xjd x penah ler nak menyalahkan sesiapa selain diri sendiri..huhuu... belajar dari kesilapan & jgn malu b'tanya... betul x kak?

    sbbnya sgt 'sakit' setiap kali akak post kt fb "sapa nak order pavlova @ cheese tart" hukhukkkk...dah jauh lah skrg dah dapat nak order..... :((((


    nampak gayanya kene lah rajin buat sendiri....

    ReplyDelete
  8. Sedapnya.. Nur pernah makan mini pavlova. Siapalah blogger tu yek... Bahan2nya bukan murah.. Kenapalah membeli jika akhirnya mengata di belakang. Pelik juga dengan sikap sesetengah orang yang suka menyebarkan dan memburukkan seseorang.. Lain kali buat sendiri je la..

    Kak Sari masih tak nak beritahu ke sebab kenapa rajin mem'baking'..

    ReplyDelete
  9. salam kenal...saya tak pandai buat pavlova.tapi kalau nak habiskan pavlova saya pandai sangt..eheh

    ReplyDelete
  10. Orang yg cerewet mkn2 mcm saya ni... Saya akui pavlova seri kandi ni memang sedap. Lagi2 dibakar dgn menggunakn oven baru. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  11. assalam
    emmmmm mcm2 ragam kan manusia ni
    lama duk berangan nak buat tp blm jumpa resepi yg betul2
    he heee nak cp resepi seri kandi ni ye sb dah faham caranya tqqqqqq dah jadi baru wat entry

    ReplyDelete
  12. waaah dah ade oben baru ekkk???...hihi patutlah bau pavlove sampai kat nismilan nih!...tpi bagi akak kan kalau makanan sedap tapi rege mahal, berbaloilah beli...cuma nya kalau dah beli mahal2, tapi rasanya macam tah hape2...memang nak naik hangin sebadan di buatnya...haha
    akak pernah makan pavlova dekat satu hotel nih...tah mcm mane dia buat, jadi keras cam sekuk marie lak...musykil akak!

    ReplyDelete
  13. tgk pic aje pun dah tau sedap kak

    ReplyDelete
  14. Nak sikit.. boleh tak nanti buatkan.. hihihi

    ReplyDelete
  15. Salam kak..... Waduhhhh bikin gigit jari mlm2 begini.... Arghhhh

    ReplyDelete
  16. Salam singgah memmlm sri..kita pun dh lama sngat xbuat pavlova ni..mkn time pnas2 memang nyaman tekak..dapp...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!