MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Iman itik jalan-jalan jeruk Johor kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin minuman mistik muffin myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang ngeteh no label novel nukilan untuk teman ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sayur sejarah semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Friday, February 1, 2013

SURAT, CHEESE TART & COKLAT

ASSALAMUALAIKUM...


SERI KANDI sedang khusyuk menikmati makan tengahari berlaukkan ikan keli goreng berlada semalam apabila staf yang bertugas di kaunter pentadbiran kolej datang menjengah. Katanya, ada seorang bapa pelajar hendak berjumpa dengan Seri Kandi. Seri Kandi percaya ini adalah rentetan dari Surat Amaran Kehadiran (SAK) yang Seri Kandi pos sendiri minggu lepas. Seri Kandi sengaja pos surat tersebut menggunakan sampul surat putih yang tidak bertingkap dan bercop mohor kolej bagi memastikan surat tersebut sampai betul-betul ke tangan ibu bapa pelajar. Seri Kandi bimbang kalau pelajar itu dapat mengesan surat yang ada alamat kolej alamatnya surat itu bakal ditongsampahkan dan ibu bapa tak dapat mengesan ditipu anaknya hidup-hidup.


Seri Kandi sebenarnya bukanlah suka sangat nak menghantar SAK kepada ibu bapa dan pelajar. Sebolehnya Seri Kandi tak mahu berurusan dengan ibu bapa dan menyusahkan hati ibu bapa. Seri Kandi kasihan dengan ibu bapa yang ditipu anak-anak yang kononnya datang ke kolej tetapi sebaliknya cuma melepak di perpustakaan. Lagaknya macam budak pandai, pakai macam anak orang kaya sebaliknya sengkek pemikiran. Macam semalam, bapa pelajar tersebut terkejut bila Seri Kandi beritahu yang anaknya datang ke kolej tetapi tidak masuk kelas atas alasan sudah terlambat.


"Lambat??? Dia pagi-pagi 7.30 sudah keluar rumah," berair mata En B semalam. Menurut Encik B, isterinya Puan R terkejut bila menerima SAK yang Seri Kandi hantar.

"Kita bagi duit tambang sama dia, duit makan pun kita bagi. Kalau kita tak ada pun kita bagi dia dulu. kenapa dia buat macam ini sama kita," keluh Encik B. Seri Kandi kasihan, sangat kasihan.

Setelah berbincang seketika, Encik B meminta Seri Kandi menelefonnya jika anaknya masih lagi suka ponteng kelas. "Puan ada nombor telefon saya, kan?" Seri Kandi angguk dan menunjukkan nombor telefon yang diberikan anaknya dalam borang maklumat pelajar yang disimpan dalam rekod Seri Kandi.

"Eh! Ini bukan nombor telefon saya. Mana nombor dia bagi ni," Encik B menyalin nombor telefon tersebut. Kemudian dia menulis nombor telefon sebenar dan nombor telefon isterinya, Puan R. Seri Kandi tengok nombor tu lain jugak dengan nombor yang diberi anaknya.

"Yang ini pun bukan nombor telefon Puan R, ke Encik B?" Seri Kandi tunjuk nombor telefon ibu yang diisi anaknya dalam borang maklumat pelajar.

"Ini? I..... ni bukan ni. Ini nombor siapa?" Encik B kelihatan marah dan menyalin juga nombor tersebut. Aiiii.. siaplah anaknya nanti, yang pasti Seri Kandi kasihan dengan Encik B. Sepatutnya Seri Kandi perlu menghantar SAK seterusnya kepada Encik B tapi Seri Kandi tidak sampai hati. Berkali-kali Seri Kandi bagi peluang kepada anaknya. Mujur dia tinggal bersama keluarga. Yang Seri Kandi runsingkan adalah pelajar yang tinggal di hostel, jauh dari keluarga. Mak ayah ingat anak hari-hari ke kuliah rupanya membuta di hostel dari pagi sampai petang. Tengah malam keluar merambu. Susah hati Seri Kandi, tentu lagi susah hati ibu bapanya, urmmmm. Seri Kandi masih menunggu respons dari beberapa orang lagi ibu bapa yang anaknya menerima SAK dari Seri Kandi minggu lepas. Pening! Pening! Pening!


Jadi inilah ubat Seri Kandi melupakan masalah pelajar-pelajar di kolej. Bila berulit dengan cheese tart tempahan pelanggan ni hati Seri Kandi rasa aman dan tenang walaupun berejam-rejam Seri Kandi duduk di dapur pun tak apa. Tak dapat tengok tv sambil baring-baring sebelah ER pun tak apa. Dan sekarang Seri Kandi juga setiap malam ralit meladeni tempahan coklat dari kawan-kawan Iman yang hari-hari memujuk Iman membawa coklat sejak dapat lolipop oreo coklat di hari lahir Iman 20 Januari lepas. "Iman, awak bawalah, kita nak beli," ada yang tempah satu batang, dua batang, tiga batang. Ada yang tempah dengan duit ada yang tempah dengan air liur, hehe. Tapi semuanya jujur, semua bayar tiada yang berhutang. Tiada yang ambil curi-curi. Seri Kandi tak letak harga cekik darah, asalkan balik modal Seri Kandi, cukuplah bagi Seri Kandi. Seri Kandi tak berkira dengan budak-budak ini asalkan Seri Kandi senang hati dan tak makan hati. Cuma Seri Kandi pesan, plastik bungkusan jangan buang sepah-sepah, batang lolipop jangan buat cucuk-cucuk kawan dan yang paling penting jangan lupa berus gigi lepas makan, hihihi.


Sampai jumpa lagi, wassalam.


15 comments:

  1. Assalam Seri... bak sini cheesetart tu sebekas...hehehe... terliur tgk ni...

    ReplyDelete
  2. 1. Sampai hati anak-anak tersebut membelit ayah-ibu. Dah besar bukan kecik tak boleh fikir.

    2. Pandai juga Iman business lollipop coklat.

    3. Kakak teringin juga nak rasa cheesetart Seri.

    ReplyDelete
  3. kesian mak ayah yg ditipu anak2 mcm tu....kepercayaan yg diberi,dikhianati sewenang2nya...

    bak sini cheesetart tu seketul dua hehe

    ReplyDelete
  4. Kesiannyer dkt En B & Pn R,mak ayah snggup berlapar,bergolok bergadai utk ank2,tapi ank2 bknnyer nk hargai..huhu..

    sY tingin betui nk rsa air tgn isteri pnglima ER nih,msti sdp,sbb tuh si panglima makin syg..

    Wah pandainyer iman berbisnes,kecik2 lagi dah pndai cari duit..

    ReplyDelete
  5. Mesti hancur luluh hati parents nya kan....apa apa pun, masih belum terlambat, moga2 pelajar tersebut insaf, dan buktikan pada parents nya, dia pun boleh berjaya!

    ReplyDelete
  6. macam2 perangai student skrg ni..yg kesiannya makbapaknye la..igtkn anknye bleh dharapkan tp sbaliknye pula..
    ape2 pon kemain gebu lg chesse tart tu..coklat tu pon cantik deconye

    ReplyDelete
  7. assalam Seri
    nasib baik ada cheese tart gebus ni pengubatnya kan ...tu la kan mcm2 karenah anak2 zaman skrg ni banyak cabaran ibubapa dan jg yg mendidiknya di sekolah mahupun kolej
    byk menguji kesabaran kita

    ReplyDelete
  8. sedih bc citer ank yg tipu ibubapa hidup2...tp terubat rasa pilu bila tgk cheese tart seri kandi...;)

    ReplyDelete
  9. lawanyer tat...gebus dan tembam :)

    ReplyDelete
  10. Sedih kan dengan perangai remaja sekarang. Saya pun bimbang juga bab ponteng ni. Kita percaya kan anak-anak tapi ada yg sampai hati nak tipu mak bapak sendiri, kan?
    Aduhaiii....

    ReplyDelete
  11. Singgah sini rasa meleleh air lioq...mmg tepatlah nama seri kandi tu!!

    ReplyDelete
  12. kasihan ibubapa bila anak2 mereka bersikap mcm tu kan... bab telefon pun boleh tipu juga.. memang dah ada niat nak buat benda yg tak elok.. patutlah bgi no lain.. harap2 jauhkanlah anak2 kita dari bersikap begitu...

    geram akak tgk cheese tart seri kandi.. montok2.. penuh nak melimpah cheesenya tu.. hehe.. kita samalah seri kandi.. bila anak2 sekolah order tak sampai hati nak jual mahal2..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?