ASSALAMUALAIKUM...
|
google image - Hotel Seruni |
|
google image - lobi hotel |
|
google image - beginilah ruang dalaman bilik Seri Kandi, mungkin gambar lama, kini tv LCD |
UNTUNGNYA tinggal di Hotel Seruni adalah sekurang-kurangnya terdapat empat buah rumah makan Nasi Padang yang berhampiran selain beberapa kedai yang menjual makanan panas pada waktu malam. Seri Kandi dan ER hanya perlu menyeberang sebatang jalan kecil sahaja untuk menikmati nasi padang di rumah makan yang tertulis Goyang Lidah. Seram sejuk jugaklah Seri Kandi baca nama yang terpampang di papan tanda kedai tapi bagi Seri Kandi ia tidak sehebat menikmati nasi padang di Restoran Simpang Raya di Bandung. Tapi yang pentingnya nasi padang, kannnn. Seri Kandi agak ralat di sini kerana tidak ada sambal ijonya yang mengancam-ngancam gitu. Kerana makan berdua, kami hanya pilih empat lauk sahaja iaitu dua keping ayam goreng potongan kecil yang dua-duanya dibelasah ER, dua kepingan ikan tongkol dimasak lemak cili api yang tak berapa berapi yang dua-duanya dihabiskan Seri Kandi, satu piring kecil sambal terung ijo dan sepiring kecil gulai daging tetel bersama dua pinggan nasi dan segelas ais limau, kami membayar sebanyak Rp100.000. Mahal tak? Bagi Seri Kandi mahal, looo. Dan dari pengalaman Seri Kandi kos makan ketika bercuti di Indonesia amatlah mahal dan ini diakui oleh beberapa kenalan Seri Kandi yang berbangsa Indonesia sendiri.
|
sila sengetkan kepala untuk pilih lauk |
Gendang gendut tali kecapi.. lepas makan Seri Kandi dan ER terus menyusur kaki lima kedai dan menyeberang jalan utama menuju ke Nagoya Hill Shopping Mall. Lama tak berjalan kaki, agak mengahlah juga Seri Kandi dan dah bacapun namanya 'Hill' kan, jadi jalannya agak mendaki. Sebaik kaki melangkah masuk ke komplek beli belah yang terkenal di Batam ini Seri Kandi agak ternganga sedikit. Sudahlah besar, banyak sungguh kedai yang menjual beg tangan yang berjenama walaupun khabarnya semuanya adalah cetak rompak sahaja tapi kualitinya setanding dengan yang asli. Tengok depan beg tangan,
jangan pandang belakang pun beg tangan, toleh kiri beg tangan, toleh kanan beg tangan. Syurgaaaaaaaaa bagi wanita yang gilakan beg tangan pastinya. Seri Kandi?? Aduh! Duh! Berpinar-pinar biji mata Seri Kandi. Cakap saja nak jenama apa, warna apa, corak apa, beriben, takde riben, polos, berantai dan macam-macam stail, sungguh banyak pilihan. Kalau nak dibelek satu-satu mahu sampai malam Seri Kandi di situ. Tapi, jangankan beli, membelek sikit tu adalah. Seri Kandi memang tak kuasalah lebih-lebih lagi Seri Kandi memang tidak berniat pun nak membeli. Seri Kandi hanya meneman ER memilih beberapa pasang kemeja untuk pakaian pejabat sahaja. Bagi yang tak tahu, Seri Kandi ni memang tak berapa pandai 'window shopping' jadi lepas beli apa yang patut dan tengok apa yang tak patut kami pun balik semula ke hotel. Tapi tetap juga pusing habis-habisan dalam Nagoya Mall tu, aduh.. lenguh lutut.. hehe.
|
google image Nagoya Hill waktu siang |
Dan ramai sungguh Seri Kandi nampak kaum wanita yang ber'shopping' sakan kat dalam mall tu terutamanya warga Singapura. Macammana tahu? Kami orang-orang Johor ni memang boleh cam tau sama ada orang tu warga Malaysia, Indonesia atau Singapura dari gayanya sahaja, hebatkan?? Hehe. Seri Kandi tak nampaklah pula ada
bapak-bapak gula yang mengepit anak-anak gula kat dalam mall tu macam yang selalu Seri Kandi dengar dan baca tentang ramai
warga tua berkahwin dengan gadis muda di Batam. Tapi Seri Kandi tak tahulah pula kalau destinasi mereka di tempat lain kerana sepanjang perjalanan Seri Kandi tak perasan pulak tentang kewujudan rumah-rumah urut atau tempat-tempat libur tidak seperti ketika Seri Kandi ke selatan Thailand dulu... errr.. tak perlulah Seri Kandi cerita kat sini ya.
|
google image - malam di Nagoya Hill |
|
google punya google rupanya ini gambar dari blog Kak Lady... Kak Anie, minta izin kak, pinjam fotonya ya |
|
fav Seri Kandi! |
|
sate padang - daging diperap sama lada dan garam dan kuahnya... kuahnya... urmmm... |
|
murtabak ini betul-betul sedap! |
|
Jus Alpukat - wajib order jika ke mana-mana destinasi Indonesia |
|
Jus Sirsak - tak pernah jumpa seenak ini! |
|
gigih menyiapkan masakan |
Esoknya, sebaik selepas sarapan dan mengemas barangan kami membuat keputusan untuk 'check out' awal dan terus ke Batam Center. Kami memeriksa jadual feri (Eh! Kenapa tetiba entry Seri Kandi jadi karangan budak Tahun 5 ni???) dan feri terakhir adalah pada jam 5.45 petang (waktu Indonesia lewat sejam dari Malaysia). Memandangkan kami ni belum puas lagi berjalan jadi ER mencadangkan untuk kami menyeberang ke Batam MegaMall yang bersambung dengan Batam Center. Seri Kandi nikan selalunya kalau berjalan ke obersi (obersi sangatlahkan) memang tak lepas kepit dengan ER (bukan ngada tapi seram) tapi di sini Seri Kandi boleh berjalan seorang tanpa rasa bimbang kerana Batam khabarnya bebas dari gelandangan (ada papan tanda tentang ni) dan Seri Kandi sendiri berasa selamat. Tidak ada peminta yang mengejar Seri Kandi dan tidak ada juga yang mengetuk cermin kereta meminta simpati ketika berhenti di persimpangan lampu merah. Seri Kandi tak tahulah kalau memangnya tempat yang Seri Kandi lawati ini bukannya kawasan mereka ya.
|
memilih-milih CD artis Indonesia untuk kenangan |
|
CD Hafiz pun ada! |
|
Magnum Gold? |
Seri Kandi rasa sampai di sinilah cerita Seri Kandi tentang Batam. Gigih betul Seri Kandi mengarang ni tau
sampai tiga hari tiga malam. Bagi yang ingin melihat sendiri dan menjejakkan kaki di sini cuma ada dua cara sahaja iaitu melalui jalan laut melalui feri dari Stulang Laut (kalau dari Malaysia) atau jalan udara melalui Firefly.
|
pemandangan di pertengahan jalan |
Cara ke Batam melalui feri dari Malaysia : Melalui Terminal Feri Stulang Laut, Zon Bebas Cukai, Johor Bahru. Anda boleh meninggalkan kenderaan anda di lot letak kereta Zon Bebas Cukai dengan bayaran yang berpatutan.
Harga tiket pergi balik : RM125/seorang termasuk cukai. Untuk perjalanan balik, anda cuma perlu tunjukkan tiket balik ke mana-mana kaunter tiket feri ke Malaysia dan akan dikenakan bayaran tambahan (cukai sana) sebanyak Rp110.000 atau boleh dibayar dengan wang Malaysia RM40.
Jarak/ Masa perjalanan : 1 1/2 jam
Hotel yang dicadangkan : Berhampiran Terminal Feri / Batam Mega Mall - Harris Hotel
Berhampiran Nagoya Mall/ Rumah Makan Nasi Padang - The Hills,
I Hotel, Hotel Seruni.
Perkhimatan udara : Firefly (Subang - Batam)
|
awan dan langit yang memukau |
|
yey! kapal terbang! |
|
babai!! |
Kalau dtg Sabah pun kena berkepit juga tau...hehe...saja la tu nak beromantik bagai, obersea la sangat kan? Pulau Batam tu dgn Tanjung Balai mana best? Dulu cuti rancang nak ke tg Balai, lain pula jadinya hari tu. Memang mahal la makanan kat situ rasanya kalau dah gitu harganya.
ReplyDeletesalam seri,
ReplyDeletemahai nye harga makanan kat sana...makan simple cam seri makan tu sampai rupiah 100 ribu...cekik darah betulkan...:-O
Walau mahal harga makan di sana tapi tumpuan pengunjung luar teap menjadi-jadi apa lagi warga S'pore, pada mereka tak mahal sebab currency mereka kan..
ReplyDeleteApa yg Seri beli ole-ole buat anakanda Iman?
patut la kita tak kesempatan berjumpa ye..akak ke indon.....kami aritu tengah2 je harga tiket dr kukup...
ReplyDeletewahhhhh!! hanimun sempena anniversary ye ^^ seronoknya..
ReplyDeleteInilah first time baca experience orang ke Batam dengan complete. Thank u soo much Kak SAri. Luv u. Kami anak beranak teringinnn sangat nak ke Batam, tapi takut sebab tak ada experience langsung. Naik feri dari melaka jer, senang sikit.
ReplyDeleteSalam sari,bestnya g 'berhoneymoon' ke Batam lagik!.K.atie pon berpinau mata negok gambar2 handbag tu..hihi
ReplyDeletewahhhh bestnya jln2...jgn lupa ole2nya ya bukkk...:)))
ReplyDeletesemua best , cuma KA x brp gemar satay padang ni
ReplyDeletewaduh bestnye gi jenjalan batam..rasanye kalu pi mmg kena prepare RM nye berganda2 la kan..kata nk sopping kaann..hehe!!
ReplyDeletePernah sekali pergi ke Batam... Kalau ke sana tapi tak shopping, itu dah jadi perkara pelik. ;)
ReplyDeletenape magnum gold tuh takde kat sini???
ReplyDelete*
batam ni bukannya jauh kan. saya kene cari geng!
assalam kak,bestnye g batam,g berdua lak,kira hanimun skli yer kak,hihi..pndai iman dia bgi peluang utk bonda n babah dia,hihi..sdp ke sate pdang tuh kak...best bace cite akk mmg lngkap..
ReplyDeletejus alpukat.. nak kene cuba nih :D
ReplyDeleteKisah Ibu Pencen Muda
Makan Nasi Padang yg sikit tu sampai RP100? Means kira-kira RM35 la kan? Memang mahal.
ReplyDeleteJus Apokat (avokado) dan Sirsak (Durian belanda) memang fames di Indon kan? Tapi sedap sangat!
Saya belum pernah pegi Batam, teringin juga nak ke sana.
salam, tix dr feri the zon ke batam berapa ya
ReplyDelete