MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, March 13, 2014

ANTARA PAK PUTRA dan JONKER WALK

ASSALAMUALAIKUM...

BERSAMBUNG dari entri INI

Sebenarnya Sk macam kurang mood nak menulis. Hati ini asyik teringat dengan pesawat MH370 yang hilang tidak berjejak itu. Sk tahu bukan Sk sahaja yang macam tu. Kalau baca di mukabuku, ramai sangat yang berperasaan begitu. Anda pun samakan??? Tiap hari menanti, dari celik biji mata sampai nak pejam mata kita sentiasa berharap yang baik-baik sahaja. Mudah-mudahan Allah swt makbulkan doa kita. Bagi Sk setiap apa yang berlaku selepas ini pasti ada hikmahnya dan kita wajib mempercayai Qada' dan Qadar-Nya.

Betullah macam komen KakZakie kita, Restoran Pak Putra tutup pada malam tu. Sk pun tak pasti, tutup terus ke atau tutup malam tu sahaja. Tapi macam mustahil pulak Pak Putra tutup di hari minggu. Apa yang menarik di Restoran Pak Putra, anda boleh baca DI SINI.

Dalam perjalanan ke Restoran Pak Putra, kami melalui Jonker Walk. Lantas Iman bersuara,"Ramainyaaaaaaaa orang... apa nama tempat ni??"

"Inilah Jonker Walk," alahai kesiannya anaknda Iman. Dah berapa kali sampai Melaka dan lalu di sini pun tak ingat-ingat lagi nama tempat ni.

"Jom kita pergi."

"Alaaaa.. susah cari parking," kata ER. ER memang tak suka bersesak-sesak dan nak mudah sahaja.

Iman.... (muncung sedepa)

"InsyaAllah, balik dari Pak Putra," saja nak sedapkan hati sebab Sk gerenti bila Iman dah kekenyangan makan di Pak Putra nanti tentulah dia mengajak balik tidur sahaja.. hihi.


google image
Jadi, bila Pak Putra tutup, rupanya dia menuntut untuk pergi ke Jonker Walk. Alasan, tak pernah pergi.

"Isk, dah pergilah dulu," kata Sk.

"Alahhh, dah lupa, jomlah... jomlahhhh!"

Memandangkan malam masih muda, kami pun turutkanlah kehendak anaknda dengan syarat jangan mintak apa-apa, hihi.

google image

Lepas tu, Sk teringatlah pulak nak cari seorang sepupu Sk bersama anaknya menyanyi di salah satu cafe di Jonker Walk atau Jonker Street ini. Haaaaaaaaa... kalau nak tahu, sepupu Sk ni merupakan penyanyi utama dari satu kumpulan yang lagunya sering berkumandang di corong radio Sinar FM. Dan bakat nyanyiannya diwarisi oleh anak perempuannya yang baru sahaja merakamkan album. Nak tahu siapa??? Tungguuuuuuuuuuuuuuu!!!

Semoga penantian kita semua akan segera berakhir. #doauntukMH370

2 comments:

  1. Sebenarnya dah tertulis utk anakanda Iman dpt ke Jonker Walk sebab itu niat ke restoran asal tak tercapai..
    Happylah Iman ye:)

    ReplyDelete
  2. Kann....Iman....pakcik mat pun selalu guna alasan 'dah lupa' macam mana keadaan Jonker walk, walhal dah berterabur air liur aku kat situ bertegur sapa dengan baba2 dan nyonya2...nasib baik tak pantun, kalau tak dengan aku2 pengsan tergolek...Cuma barang kat situ mahal leer, dan parking mmg susah, makan hati betol, nak2 hari Sabtu...memang nangess lah jawabnya. Yang saya suka kat JW tu, sebab bangunan sangat klasik dan antik serta senibina yang begitu seksi sangat...errr..boleh ke senibina di seksi kan?....hahaha....

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...