MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, January 13, 2015

MEE RACUN BATU PAHAT

ASSALAMUALAIKUM...


INI adalah tayangan yang digam sementara semasa banjir teruk melanda Pantai Timur baru-baru ini. Mee Racun Batu Pahat.. kali ini kami ubah angin dengan menikmati Mee Racun yang warungnya terletak berhampiran dengan bangunan Tabung Haji Batu Pahat. Hari hujan tidak menghalang kami untuk agenda makan-makan sempena cuti sekolah. Cadangnya dari Batu Pahat kami hendak ke Muar.. dah siap bawa pakaian untuk tiga hari tu. Tapi penangan mee racunkah atau kena hujankah.. tetiba ER rasa tak sedap kepala.. rasa macam bengal.. tahu tak bengal??? Tak tahu??? Sk pun tak tahuuuu... hahahaha. 

Mujur... ER masih boleh memandu untuk balik ke Johor Bahru. Siap singgah ke Ayer Hitam mencari buah markisa untuk dibuat minuman. Juga singgah membeli putu bambu yang terkenal apa lagi kalau bukan Putu Bambu Juriah. Sk selalu jugak beli putu bambu Juriah ni tapi tak pernah ambil gambar. Sk suka sangat putu bambu ni sebab keseluruhannya adalah terbaik. Gula merahnya seimbang dengan tepungnya yang agak kenyal.. taklah rasa tepung jer. Eh.. tersalah tajuk pulak. kan tadi nak cerita pasal Mee Racun Batu Pahat... hahaha.
 
Alhamdulillah.. sedap mee racun di sini. Rasa sangat beracun kalau nak dibandingkan dengan mee racun DI SANA. Tapi, kalau nak dibandingkan dengan Mee Racun DI SINUN... rasanya macam sedap lagi yang di sinun. Ahhhh... tulunnnnn... Sk dah 'confused'... hihihi. Sebenarnya (tak ingat pernah tulis tak) ER pernah tapau mee racun di sini masa beliau 'out station' ke Batu Pahat. Sedaplah.. boleh tahan.. tapi bila makan di kedai lagi sedap rupanya. Cuma kepuasan nak menggeget kepala lutut kambing tulah.. segan pulak. Sedut pun sedut manja.. ketuk pun ketuk-ketuk manja. Sesekali terdengar suara ketukan-ketukan manja di belakang meja Sk... hahahah.
 
Baiklah.. katalah tetiba anda tersesat di sinikan.. apakata anda cuba letakkan sedikit sambal kicap yang tersedia di atas meja tu bersama mee racun. Cubalah... phewwww.. lagi mengancam tau rupanya mee racun ni apabila di makan bersama sambal kicap yang dah jadi 'trademark' Johorean. ER mula tak berani nak letak.. tapi bila dia tengok Sk beberapa kali tambah sambal kicap tu dia pun cuba dan dia setuju memang tambah mabeles bila dititiskan dengan sedikit sambal kicap.
 
 
Okey.. sesiapa yang nak datang ke sini, 'landmark' nya adalah Tabung Haji Batu Pahat. Kali ini SK memilih kuey teow untuk diracun. Selain mee dan kuey teow, anda juga boleh memilih bihun atau maggi. Dan ada lagi hidangan tambahan di sini iaitu 'Bone Steak' untuk dimakan bersama roti. Minuman istimewa di sini adalah Lai Chi Kang....... sedappppp dan terbaekkkkk!!

4 comments:

  1. Kakkk....saya dah try dah yg kat tgh bandar tu. Selamber jer saya sedut kak....lupa diri terus. Terbaekkk

    ReplyDelete
  2. dengar nama mee racun takut maktok !!! hahaa

    ReplyDelete
  3. baru je makan hari sabtu lepas..memang sedap dan beli gak putu bambu juriah tu..hihi

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum... Nahhhh.. Sambal Tempoyak. Lepas ni tak perlu susah2 lagi nak menumbuk sambal. Sukacita dimaklumkan, tempah...