RESEPI KERABU MANGGA MUDAH DAN SEDAP

Assalualaikum...

KERABU mangga antara kerabu yang menjadi pilihan Sk setiap kali ke kedai tomyam.  Dulu..  Sk memang tak pandai nak buat kerabu mangga ni.  Bukan tak pandai apa,  macam tak reti nak sagat mangga. 

Satu hari tu,  Sk membuang rasa malu bertanya kepada kakak yang kerja menyagat mangga di kedai tomyam cara nak sagat mangga tu supaya cantik teraut..  Lepas tu barulah Sk faham.

Dah selalu jugak sebenarnya buat kerabu mangga ni. Bahan yang paling asas dalam penyediaan kerabu mangga mestilah mangga muda.  Tapi jangan terlalu muda,  agak-agak separuh masak tulah yang sedap dijadikan kerabu. Selain tu,  bawang merah yang dimayang, cili padi dicincang,  jus limau nipis dan gula secukup rasa.

Kalau nak lebih variasi,  bolehlah tambah sos ikan, tomato ceri, udang geragau kering kasar atau kacang tanah dipanggang. 

Resepi Kerabu Mangga Mudah

2 biji mangga separuh masa disagat panjang
1 biji bawang merah dimayang
4 - 5 tangkai cili padi cincang
2 tbs jus limau nipis
1 tbs rata gula pasir
Tomato ceri dibelah

Gaulkan semuanya dan bolehlah dihidangkan.

4 comments:

  1. Paling suka kita buat kerabu bila time puasa..sangat suka, buat meratah aje hehehe

    ReplyDelete
  2. Baru juga menikmati juadah kerabu elam epal muda.

    ReplyDelete
  3. huwaaaa berderet2 orang buat kerabu mangga..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih