SAMBUT 'BIRTHDAY' @ CAFE RACER

Assalamualaikum...

AMBOI..  dah tua-tua pun, masih sibuk nak sambut birthday lagi ke Sk? 
Huwa..  Huwa..  Huwa. 
Kali ini Sk sendiri memilih untuk makan di Cafe Racer yang pernah Sk ceritakan sebelum ini. 
Walaupun sudah sedia maklum,  saiz hidangan agak menyempitkan perut namun tetap gigih nak makan seorang sepinggan,  keh keh keh. 

Pilihan Sk kali ini, Fish & Chips. 
Walaupun Sk penggemar pasta,  tapi sehari sebelum ke sini Sk telah memasak pasta di rumah,  jadi nak ubah selera. 
Sebaik hidangan di letakkan di meja,  terkejut terus sebab tengok punyalah besar saiz ikan yang terdampar dalam pinggan.  
Sk bagi 4 bintang. 


Grilled Chicken Chop pilihan Encik Rizar. 
Gravy-nya memang lain dari yang lain.
Patutlah ramai yang kata Chicken Chop di sini sedap.  Sk bagi 5 bintang. 

Iman pula nak juga makan pasta walaupun bondanya dah masak special sehari sebelum ke sini.  Seperti biasa pasta di sini tak pernah mengecewakan.  Sk bagi 4.5 bintang. 

Appetizer yang wajib setiap kali ke Cafe Racer tentulah Onion Blossom ni. 
Memang sangat membuka selera tau. 

Lepas raya kita lepak sini lagi ya darling. 

3 comments:

  1. Bestnyaaaaa.... Happy Belated Birthday Kak Sari.... Semiga dimakbulkan segala doa. Amiin..

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa..memang menu dia semua sedap-sedap kannn..
    Nanti sekali nak gak berbuka kat sini laaaa

    ReplyDelete
  3. bestnya..bila gaknya nak makan kat sini

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..