BERBUKA PUASA DI AU8UST CAFE

Assalamualaikum...

DAH 20 Syawal tapi cerita  berbuka puasa belum habis, hehehe.  

Image may contain: food and indoor

Maaflah lambat publish tapi insyaAllah tak basi lagi. Bagi Sk apa yang diceritakan di blog akan kekal sebagai kenangan. Kadang kalau nak ingat tentang sesuatu tu,  Sk cari balik di blog,  lepas tu nanti mesti macam wowww sangat.  Rasa tak sia-sia menulis walaupun ramai yang anggap blog dan blogger tidak lagi relevan di zaman ini.

Image may contain: indoor

Ok,  berbalik cerita tentang Au8ust Cafe ni, ya.. Sk datang berdua dengan Iman je sebab masa tu ER ada program buka puasa. Sebelum tu kununnya nak berbuka puasa di Amphawa, Taman Sutera tapi bila Sk telefon, full booked pulak.  Lepas tu walk in ke Amphawa Bandar pun sama jugak.  Dan masa jalan di kaki lima Amphawa Bandar ni la ternampak Au8ust Cafe ni (sebut August). 


Jadi,  bila dua kali kecewa dengan amphawa,  Iman memberi cadangan untuk kami ke August Cafe sahaja. Pada mulanya teragak-agak jugaklah nak masuk apabila melihat dari luar kedai sebab nampak macam kedai kek. Tapi perasaan tu hilang apabila kami disapa oleh seorang wanita bertudung yang berwajah kacukan. Sk bertanya jika mereka ada menyediakan hidangan berat untuk berbuka puasa. Alhamdulillah,  memang ada pun menu berbuka puasa atau menu khas ramadhan di sini.

No automatic alt text available.

Tanpa berfikir panjang, Sk dan Iman terus bersetuju untuk memesan menu khas Ramadhan. Setiap menu Ramadhan mempunyai satu main course,  satu dessert (kek)  dan minuman.  Sk memilih set berbuka puasa dan kerana kami berdua peminat pasta maka pastilah pasta yang menjadi pilihan kami.

Image may contain: food and indoor

Pilihan Iman, Beef Lemak Cili Padi Pasta. Ini kali kedua kami mencuba menu gabungan timur barat macam ni dan ia sememangnya sangat kena dengan selera kami yang sukakan masakan lemak cili api stail nogori. Tak mengecewakan, Iman bagi 4 bintang.

Image may contain: food and indoor

Creamy Hot Shrimp Pasta untuk Sk yang sebenarnya tak tahu nak makan apa dah. Maklumlah masa ni puasa pun dah hampir sampai ke penghujung dan selera pun dah berkurangan nak makan macam-macam. Tapi dalam tak ada selera tu Sk bagi 5 bintang, keh keh keh. 

Image may contain: food

Banyaklah pulak gambar kek ni kan, hihi. Rasa macam semua cantik-cantik, sayang pulak nak delete jadi kita tepek sinilah. Red Velvet Cake untuk Iman dan Carrot Cake untuk SK tapi makan sama-sama. Carrot Cake sedap teruk.. adoiii.. bestnya kalau dapat kopi-kopi pulak.

Lain kali kita ngopi kat sini la ya.

Untuk ke sini tak susah, pergi jer ke Bazaar Karat JB, mesti jumpa punya.

Lokasi:
36, Jalan Tan Hiok Nee, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu perniagaan:
Sabtu - Khamis
10.30 a.m. - 7 p.m.

No. Telefon:
016-7279944

Facebook:

Instagram:

7 comments:

  1. menyelerakannnn betulll ain nengok..

    ReplyDelete
  2. wah..bestnya..ingat berjanji dengan sunah makan kat sini..hehehehe...kita pun nak try jugak la nanti makan sini

    ReplyDelete
  3. Haa..carrot cake tak try lagi..kena try next time!

    ReplyDelete
  4. singgah lalu.
    Kalau turun Jb boleh cari tempat ni.

    ReplyDelete
  5. Kalau tengok pada kamera tu, macam tak di lap belakangnya hehehe..
    Esok nak try gak laaaa, semua dah pi ni, tak boleh jadi ni...hehehe

    ReplyDelete
  6. Woww, nanti bulan August nak try, heheeeh

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih