ACTIVE ACADEMY - RECREATION CENTRE & OUTDOOR CHALLENGE

Seri Kandi Tanah Jauhar
2


Assalamualaikum...

MASIH lagi bercerita tentang pengalaman Sk, keluarga dan team JDT Blogger dalam Eksplorasi ke Bukit Gambang Resort City (BGRC) tempohari. Kali ini, SK ingin membawa anda ke Active Academy BGRC. Jelas, BGRC bukan menawarkan hiburan dan keseronokan semata tetapi juga menawarkan aktiviti korporat dan rekreasi luar berbentuk team building. Active Academy itu sendiri merupakan Jabatan Perumahan Korporat dan Rekreasi Luar BGRC. Bukan sahaja untuk aktiviti korporat malah ianya juga boleh dilakukan bersama keluarga.




Seawal pagi masing-masing dah bersiap sedia mental dan fizikal untuk melakukan aktiviti lasak yang dijanjikan di Active Academy. Jangan risau, aktiviti lasak yang akan dilakukan sesuai bersama keluarga termasuklah yang mempunyai anak-anak kecil.




Active Academy menawarkan Sunshine Package yang merangkumi Flying Fox, Memanah (Archery), Paintball Target Shooting dan ATV Fun Ride berharga hanya RM38 seorang.


 

Tengok tu... Iman la yang paling besar yang lain-lain semua masih kecik lagi di antara anak-anak yang join eksplorasi ini.


Di sini ada aktiviti Mini Sky Trail juga tapi tak sesuai dengan ketinggian anak-anak yang mengikuti eksplorasi ini.


Aktiviti pertama pagi itu adalah ATV Fun Ride.
Apa itu ATV? ATV adalah All-Terrain Vehicle yang merupakan sejenis motor bertayar empat yang digunakan untuk aktiviti lasak.

Haaaa.. Jangan tanya kenapa tak ada foto Sk menunggang ATV, Sk tak ada keberanian nak cuba ATV ni ya. Walaupun trainer menyatakan ia macam memandu kereta auto sahaja tapi sebab SK tak pasti bagaimana keadaan trek, SK memang tak berani nak ambil risiko lagipun Sk ni darah gemuruh sikit, kah kah kah. Sejak kecil pun siapa yang kenal SK memang tahu Sk penakut dengan benda-benda macam ni.

Disebabkan jumlah kami ramai, maka kami berpecah kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti lain.


Pada mulanya ingatkan Paintball Perang-Perang macam selalu tengok di tv tu rupanya Paintball Target Shooting cuma menembak sasaran yang telah ditetapkan sahaja. Okey, yang ni tak takut sangatlah nak cuba sebab tak payah lari-lari.. kahhhhhh!

Nampak macam senang tapi susah jugaklah maklumlah pertama kali dalam hidup.



Senapang Paintball yang diberikan. Ada trainer yang akan tunjukkan kita cara menembak dan setiap kami diberikan dua puluh peluru sahaja.


Aksi selepas menembak, entah berapa banyak yang tersasar, hahaha.


Dua musuh ketat, kui kui


Sk dan Azwa.
Bergambar sebelum turun ke medan perang, hahaha.


Archery atau Memanah, sukan yang dah lama Sk ingin cuba. Kalau setakat main busur dan panah budak-budak yang melekap kat cermin tu biasalah kan, tu pun selalu tersasar, hahaha.
Di Akademi Memanah ni, kita akan diajar cara untuk mengendalikan busur dan memanah ke sasaran oleh trainer dan dipasangkan alat keselamtan di tangan dan jari.





Rupanya bukan senang nak memanah ni ya, kena kawal pergerakan, mata dan sasaran di samping mengimbangkan busur yang sedang menegang. Kali pertama memanah sampai tertumbuk pipi sendiri, kahkahkah.


Bolehlah kan untuk orang yang pertama kali memanah macam SK ni, hahahaha.


Flying Fox yang ini jangan tanya kenapa Sk tak pakai alat keselamatan tu sebab kita kan berani. Tak pakai pun okey jer, kahhhhh!


Masuk hutan dulu untuk naik ke pelantar flying fox katanya perjalanan merentas dan menaiki bukit dalam 2 - 3 minit.



Aksi Blogger Nona.. Ingatkan dah pengsan, hahah.
Salute memang tengok Nona yang berani melakukan aksi ini tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu katanya.


Keberanian Blogger Lin yang tak perlu dipertikaikan lagi.
Suruhlah buat apa saja, semua dia mampu.



Aksi Muslimah, kenapa eksyen sangat muka Sis Lin tu ya, hahaha.


Terpancar kepuasan di wajah masing-masing.
Siapa sangka dari dunia blogging yang dikatakan tidak lagi relevan masa kini, akhirnya kami berada di sini.


Active Academy
Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia

Tel : +609 548 8000 / 8111/ 8112 / 8113
Fax : +609 548 6666

Email : enquiry@bgrc.com.my

Website : www.bgrc.com.my



Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wahhhhh seronoknya, macam macam aktiviti ada tapi yang paling saya suka tengok : flying fox tu. saya pernah try dulu, memang seronok. oh ya, nak bagitahu ni saya letak blog ni dalam bloglist di sidebar saya ye ? suka dengan blog ni

    ReplyDelete
  2. terimakasih atas infonya, jangan lupa kunjungi website kami di http://bit.ly/2nPYhzK

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!