MAKAN DI ASAM PEDAS HAJJAH MONA

Assalamualaikum...

YEAY!  Akhirnya setelah bercuti panjang hari ni Sk kembali bertugas.  Macam nak demam bangkit tidur pagi ni,  hahaha.  Ialah,  bangkit pagi hari kerja dengan bangkit pagi hari coti lain beno rasanya.  Kalau hari cuti tu syoknya lain macam sebab boleh sambung melingkau macam ulau atas pagau 😝

Uish..  Mementanglah hari tu cuti ke Melaka terus cakap macam orang Melaka ya 😜


Ada yang serik ke makan di Restoran Asam Pedas Hajjah Mona ni?  Selepas video kontroversi yang tular tentang restoran ini (Sk tak tengok pun video tu) dan diarahkan tutup sementara,  restoran ini telah kembali beroperasi seperti biasa. Sk terkejut yang amat sebab restoran ini lengang dan kurang lima meja sahaja yang diduduki pelanggan.  Kalau tak,  dahlah susah dapat parking,  nak dapatkan meja pun kena menunggu.  

Kenapa kami tak serik makan di sini?  Tengok sahajalah pinggan lauk asam pedas tetel tu. . Puas menceduk daging dan tetel serta menghirup kuah asam pedas.  Cuma pelayannya tetap dengan wajah kerek macam selalu laaa..  Tak jadi kudis pun sebab Sk anggap memang dah semulajadi dia macam tu.  


Lepas makan Iman ajak jalan-jalan. 
Mula tu malas nak layan tetiba nampak ada parking tepi jalan,  terus mendarat. Menapaklah kami ke arah Jonker Walk melayankan anak nan seketul. 


Jonker Walk dah jadi pasar makan rupanya ala-ala Gurney Drive di Penang. Syurga seafood mungkin bagi pengunjung bukan Islam.  Kami cepat-cepat keluar dari kawasan ini takut terjumpa tutttt
😆😆😆


Nak sangat kannn. . Bagi puas hati tengok sendiri apa ada di Jonker Walk..  Hahaha



7 comments:

  1. Bestnyaaa..
    Kita pun selalu nak jalan ke Jonker Walk tapi suami dan anak-anak taknak layan huhuhu
    Sebab dah pernah kena sekali dulu, sesak dengan baunya orang...jadi serik derang..
    Sis ko ni aje tak serik hahahahaha

    ReplyDelete
  2. asam pedas... my faveret.. nak skit...

    ReplyDelete
  3. pregnent kali ni tak lalu dengan asam pedas.

    ReplyDelete
  4. uik, ape yang tular pasal restoran tu? nak tau gak....hahahha

    ReplyDelete
  5. uisshhh kes ape ehkk pasal restoran ni... gitteww kepoh betull ain dgn kak sun 😂😂😂😂😂

    ReplyDelete
  6. Asam pedas dia tak sama macam asam pedas JDT

    ReplyDelete
  7. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih