TIDAK puas percutian sehari ke Melaka tempohari, kami bercuti lagi ke Negeri Hang Tuah ini dan kali ini buat julung-julung kalinya kami memilih restoran western untuk makan malam di hari pertama berada di Melaka.
Atas cadangan sahabat lama Sk, Ucu.. dan sebenarnya Melantak Steak Hub ni memang dah lama masuk dalam wish list Sk setiap kali ke Melaka namun tiada kesempatan, tak sangka kali ini Pak Inche bersetuju untuk makan di sini. Ialah, baru hari tu kan dah dapat makan ikan bakar dengan nasi lemak, jadi kali ini dia memberi laluan kepada Sk tapi dengan syarat! Sk belanja. . huwa huwa huwa.. Okeylah okeylah.. Bolehlah.. Bolehlaaaahh... Huhu. Apa salahnya sekali sekala kan
Melantak Steak Hub ni memang tidak asing lagi di kalangan peminat makanan western dan jika anda ke Melaka jangan lupa masukkan ia ke dalam senarai tempat makan pilihan anda. Selain dari menu steak yang boleh anda pilih dari pelbagai jenis daging, wagyu, black angus, grass fed dan GP Striploin ada juga set menu western dan combo dengan harga yang sangat berbaloi. Macam tak percaya bila tengok hidangan yang sampai ke meja tau.. Rasa macam nak angkat restoran ni bawa pindah ke Johor, hahahaha.
Selain hidangan western pelbagai menu masakan tempatan juga boleh dipilih termasuklah hidangan istimewa orang Melaka, Asam Pedas Tetel. Jadi, tak ada masalah jika selera ahli keluarga tak sama. Macam-macam ada.. Roti canai terbang aje tak ada, hahaha. Jom kita tengok menu pilihan Sk, Pak Inche dan Iman.
Sebenarnyakan, sebelum ke sini kami terlebih dahulu singgah makan Mi Sup Tengkera, hahha. Disebabkan jalan sesak di sana, sini dan sinun maka kami memilih untuk terus ke Melantak. Alaahh.. Bukan banyak pun Mi Sup tu kan, kiranya ala ala appetozer lah, hahhaa. Dasar betul.
Pilihan Pak Inche Rizar, Chicken Grill (Original). Bagus Pak Inche ni pilih menu yang mur mur aje 😂 walaupun tiga kali jugaklah dia berulang ke ruangan frozen tu nak pilih grass fed sampai ke sudah tak jadi... Bagus orang yang tak mengambil kesempatan ni, hahahaha. . Selamat uang saya!
Hidangan Chicken Grill yang juicy dengan rempah ratus yang sempurna menyerap ke dalam isi ayam bersama sampingan kentang goreng (wedges) yang rangup di luar dan empuk di dalam serta coleslaw dan sos barbeque yang lazat.
Harganya baru RM14.90.. Murah kannnn
Iman kata nak kongsi jer makan dengan Sk tapi dia yang pilih menu... Macam berat sebelah aje perkongsian ini 🙊🙊🙊
Menu pilihan Iman seperti selalu, Iman dan kambing bersahabat sehidup, mati lain-lain. Lamb Chop (RM24.90) dihidangkan bersama coleslaw dan kentang yang diputar halusssss.. Kata, Pak Inche, inilah rasa kambing yang sebenar yang dia makan masa kecik-kecik dulu setiap kali menemankan arwah bapak bermesyuarat tingkap 😂. Sk cuba sepotong, rasa manis pun ada, rasa sate pun ada, lembut jer kambingnya. Terkejut jugak sebab dia datang dua keping, Iman kata, bonda makan satu keping, dia makan satu keping.. Ehhhh... Mana cukup bonda makan sekeping, hahahaha.
Dilema untuk memilih hidangan ala carte atau combo, akhirnya Sk memilih hidangan combo ini.. Spaghetti bersama Chicken Grill dan ternyata Sk tak silap membuat pilihan. Spaghetti ala Aglio Olio dengan pelbagai rencah dan sayuran serta ayam panggang yang juicy (RM20.90).
Saiz hidangan di sini boleh dikatakan amat berbaloi dengan harganya dan tidak hairanlah masa kami sampai ianya dipenuhi pelanggan dan banyak juga meja yang telah ditempah awal.
Paling penting staf yang bertugas sentiasa ramah dan dedikasi walaupun sibuk melayan pelanggan yang ramai.
Jadi, jika anda ke Melaka jangan lupa singgah ke sini tau...
Melantak Steak Hub
No 11 & 13, Jalan KU1
Taman Klebang Utama, Melaka.
Tel : 012 2270216
Wassalam
Dah pernah makan sekali, cuma masa tu tgh tak aktif blog, so takde update hahahaha
ReplyDeleteNext time nak pergi dan nak update kt blog juga hehehehehe
Memang sedap, harga pun berbaloi dan puashati, balik gosok perut...
berbaloi-baloiii portion dia tu dengan harga..kambing dak iman tu mengembek2 memanggil seorang sunah...hahahah
ReplyDeletecantik cara presentation air dia. gelas cantik
ReplyDeletewahhh.. harga dia boleh tahan la. x mahal sangat kan sk. sbb kalau spegetti shj kat restoren2 mcm tu dah belas2 ke puluh2.. ni siap ada ayam panggang lagi tp baru rm20.90. kira murah la tu..
ReplyDeletePuas melantak Tu SK..
ReplyDeleteNama restoran pun dah melantak ye tak 😁
adoi.... tergoda sangat ni... takleh pandang lama2....
ReplyDeleteRasa macam nak angkat restoran ni bawa pindah ke Johor, hahahaha lepass tu baca persahabatan iman dan kambing serta perkongsian berat sebelah tuuu...hahahahahahahaahaa... ain gelak2 bacaaaaaaaaaaa. 🤣🤣🤣🤣🤣
ReplyDeletemakanan mcm nie mmg sedap..lps nie boleh la try mkan kat sini..😊😋🤗
ReplyDeletepermisi min numpang share ya :)
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^
mcm nk wak try je nih., hehehe
ReplyDeleteTahun lepas SA dh makan kat sini masa out station...x amik gambar sebab segan..hehehe...ye pi ngan team project kan
ReplyDeleteWow... Blog yang sangat menarik dan penuh informatif sekali,semoga blog ini menjadi blog yang selalu memberi informasi yang dibutuhkan oleh semua orang dan selalu menjadi blog edukasi khusus untuk saya.terimakasih.
ReplyDelete