RED RUBY PUDDING UNTUK ORANG YANG SEDANG MARAH!

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
ASSALAMUALAIKUM...

SALAM hujung tahun. Pejam celik pejam celik dah pun penghujung Disember 2012. Ada yang berpesan-pesan dengan Seri Kandi, jangan masuk bilik air pukul 12. 59 malam nanti sebab nanti bila keluar bilik air Seri Kandi akan berada di tahun 2013. Seram tak dengar?? Seramlah... seramlah........ hehehehe. Seri Kandi masih ingat dialog yang paling popular zaman Seri Kandi sekolah dulu antaranya tentang orang yang tak mandi dua tahun dan pakai baju yang sama selama dua tahun. Lama betul tukan, haha. Tapi bagi Seri Kandi yang berubah cuma helaian kalendar sahaja. Seri Kandi macam tu jugak, urmmmm... apa nak buat, nasib badannnnn.

Sebenarnya pagi ini rasanya macam bersemangat betul sebab Seri Kandi akan mengajar pelajar baru dan subjek yang paling Seri Kandi gemari iaitu Principal Of Electric & Electronics. Amboiiii, bukan main orang puteh lagi tajuknya tukan. Sebenarnya tajuk sahaja orang puteh tapi Seri Kandi mengajar dalam Bahasa Kebangsaan. Tetapi kalau dah subjek sains fizik tu memang tak boleh larilah dari istilah-istilah Bahasa Inggeris. Perkataan-perkataan ini kalau disebut dalam Bahasa Melayu bunyinya akan agak pelik sikit tapi Seri Kandi tetap akan terangkan dan huraikan dalam dua bahasa supaya mereka tidak keliru. Tapikan, Seri Kandi ni tunggu.. punya tunggu... punya tunggu, sampai ke sudah. Dah lebih 45 minit Seri Kandi tunggu. Batang hidung pun tak nampak. Ini boleh mendatangkan marah!! Sebelum Seri Kandi bertukar warna hijau pucuk pisang baiklah Seri Kandi makan puding dulu untuk menyejukkan hati ;-))))


Resepinya Seri Kandi akan masukkan kemudian sebab Seri Kandi nak buat kerja sikit. Sehingga bertemu nanti, daaaaaaaaaaaaa...

Wassalam.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tak patut betul Seri. Bagi kakak tengok aje pudding tu aje.

    Selamat menyambut tahun 2013 dari kakak.

    ReplyDelete
  2. merahnya cantek sbb lembut je kalerr dia..
    janganlah marah-marah kak..

    ReplyDelete
  3. Jangan marah, nanti kena jual!!
    Ingatkan ada resepi..dah sedia untuk meng'copy'!.
    Suka la tentang masuk bilik air jam 12.59 tu...

    ReplyDelete
  4. Nasib baik ada pudding untuk melepaskan geram ye!!

    ReplyDelete
  5. Salam kak sari.. tunggu sape yg x sampai2 tu? tun pun kalau bab tunggu menunggu ni mmg hangin sket, xsuka org yg xtepati masa.
    skrg tgh panas terik, kalu dpt puding sejuk2 sedap nih..

    ps: selamat tahun baru kak :)

    ReplyDelete
  6. he hhee
    ini boleh mendatangkan marah...he heee ingt btl kt dialog tue..puding tue pass sikit kt akk..:)..harinie lapor btl la..

    ReplyDelete
  7. Merah itu menawan....selamat tahun baru Sari....insyaallah...bila ke JB nanti, boleh kita jumpa.

    ReplyDelete
  8. heheh.. penyejuk bai or y sedang membara ye

    ReplyDelete
  9. nyum nyum sedap plak nampak puding tu...

    hahaha..memang seram la akak bila bab jangan masuk toilet kul 1159 tu...shida lak malam tu tido 2 tahun la...sebab tido di tahun 2012 bangun di thun 2013 hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!