LILIN, USIA DAN MIMPI

Seri Kandi Tanah Jauhar
11
ASSALAMUALAIKUM...

HARI kedua dalam tahun 2013, maaf.. Seri Kandi ponteng semalam untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru dan update Resepi Red Jelly Pudding tu. Dugaan awal tahun, Seri Kandi dan Panglima Hitam (ER) jatuh sakit pada hari pertama 2013 dan diberi cuti sakit. Walaupun sedang cuti sakit bila dah ada di rumah tiada istilah cuti. Seri Kandi kuatkan semangat untuk selesaikan hal-hal rumahtangga sehingga pada satu ketika dah rasa terhuyung hayang penangan ubat barulah Seri Kandi merebahkan badan. Malam tadi sedang Seri Kandi lena tidur tiba-tiba Seri Kandi dikejutkan dengan dengusan nafas ER yang amat kuat. Terkejut gila Seri Kandi, dalam kepala ni teruslah fikir yang bukan-bukan. ER ni kalau sakitkan memang lekas putus harapan. Dia tahu tak beranak tu lagi sakit ;p Dahlah semalam sekejap-sekejap Seri Kandi terjaga.. sekejap-sekejap Seri Kandi terjaga. Yang akhir tu Seri Kandi tidur ketika jam hampir tiga pagi. Seri Kandi bukan apa, hari ini hari pertama persekolahan, jalanraya pasti sesak dan Seri Kandi tak mahulah anaknda lambat ke sekolah. Jadi, Seri Kandi pegang telefon kat tangan sambil tidur (sebab dah set alarm kat handphone). Sampai Seri Kandi mengigau-ngigau yang ER jadi Ady Putra dan Seri Kandi jadi Nora Danish, isk.. isk.. isk.. cemanalah diorang boleh masuk dalam mimpi Seri Kandi ni ya..

imej google
Tahun ini bertambahlah lagi usia Seri Kandi. Kalau panjang umur Seri Kandi akan sambut hari lahir yang ke 38 pada pertengahan bulan Mei 2013. ER akan berumur 43 tahun sehari menjelang hari buruh. Kelmarin, Yaya telahpun berusia 11 tahun 11 bulan dan 11 hari, lagi beberapa hari dia akan potong kek hari jadi, InsyaAllah. Apabila usia semakin bertambah, Seri Kandi mula terfikir satu rencana yang Seri Kandi baca lama dulu rasanya dah lebih dari sepuluh tahun sayangnya Seri Kandi lupa siapa yang menulisnya.. minta maaf). Biasanya benda-benda macam ini memang mudah melekat di kepala otak Seri Kandi. Ianya tentang usia. Katanya, usia kita ini ibarat sebatang lilin. Semakin lama ia semakin pendek. Maknanya semakin bertambah usia kita, maka semakin pendeklah hayat kita yang dipinjamkan oleh Allah Yang Maha Esa. Kalau Allah SWT pinjamkan usia Seri Kandi ni selama 40 tahun, ertinya Seri Kandi cuma ada dua tahun sahaja lagi untuk hidup di dunia ini. Siapa tahu kalau usia Seri Kandi cuma setakat ini, maka akan berakhirlah Alam Sari ini di sini... betul tak? Akhir kalam, Seri Kandi ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang berkunjung ke sini. Jumpa lagi di lain kesempatan, Wassalam.

gambar hiasan - google image
Tags

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Semoga kesihatan SK dan ER telah pulih sepenuhnya...

    ReplyDelete
  2. Sakit di saat menjelang tahun baru. Dua-dua pulak tu. Sehati-sejiwa betul.

    Moga beransur sembuh Seri dan suami juga.

    ReplyDelete
  3. hehe,,bab mimpi yang tak tertahan tu..moga kedua2nya cepat baik...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    Salam Tahun Baru jua...

    ReplyDelete
  5. Salam Tahun Baru buat SeriKandi..

    Yg saya selalu dgr di radio IKIM, ada hadith yg mengatakan, kalau umur kita sudah mencapai 40 tahun, tetapi amalan buruk kita melebihi amalan baik kita, maka bersedia lah utk kita dihumban ke dalam neraka Nya.

    ReplyDelete
  6. Hi sari. Moga pada ketika ini sudah cukup pulih untuk meneruskan urusan seharian. Jaga diri ya kerana kita yang menjadi kekuatan dan tulangbelakang dlm rumah tangga serta keluarga. Sakit demam mereka kitalah jadi florence nightingle, tak gitu.

    ReplyDelete
  7. Ingatkan jumpa ady putra....haishhhhhh!!!! Mimpi rupanya!

    ReplyDelete
  8. Yang penting ialah bagaimana nak manfaatkan cahaya lilin itu....

    ReplyDelete
  9. Camne leh ada nora dnish tue.he hee hpphu nw yer wt kamu sklrga moga lbh sucess dth ini.

    ReplyDelete
  10. kuikuikui...

    comel je bunyi mimpi tu. hihihi~

    ReplyDelete
  11. happy new year & doakan yg terbaik untuk 2013 ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!