MEE UDANG PORT WELD... SALLEH STALL

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
ASSALAMUALAIKUM...

DESTINASI wajib kami setiap kali pulang ke utara dan hendak bertolak balik ke Tanah Jauhar pasti akan singgah di Kuala Sepetang untuk menikmati sepinggan Mee Udang. Mee Udang sememangnya sinonim dengan Kuala Sepetang yang terletak di Taiping, Perak ini. Semua orang pun dah tahukan.. dan dah banyak kali pun Sk ceritakan tentang Mee Udang dalam blog Alam Sari ini.


Kalau sebelum ini, Sk pernah bawa anda singgah ke Kedai Mee Udang milik Mak Teh dan Mak Jah, kali ini Sk bawa pula anda ke Salleh Stall Mee Udang Port Weld. Ini merupakan kali kedua Sk makan di Salleh Stall ini sebab apa? Sebab.. antara banyak-banyak mee udang yang pernah Sk makan di KS ni, di tekak Sk dan ER, Mee Udang di Salleh Stall yang paling sedap sekali. Khabarnya, Salleh Stall adalah antara gerai mee udang yang mula-mula didirikan di Kuala Sepetang iaitu sejak sebelum merdeka lagi tau. Sk kurang periksa pulak generasi manakah yang mengusahakan gerai Salleh Stall sekarang. Kebanyakan pelanggan di sini adalah mereka yang sudah biasa dengan pekan Kuala Sepetang dan penduduk berdekatan. Antara yang Sk suka tentang mee udang di sini selain kuahnya yang sedap, udangnya juga dibersihkan ya, bukan campak dalam kuali dengan janggut-janggutnya sekali :))))

Jangan anda bayangkan gerai Mee Udang yang sudah dikomersialkan ya. Salleh Stall ini masih lagi berbentuk gerai macam gerai dulu-dulu. Tapi, taklah macam Warung Pak Jabit dalam filem Kampung Pisang tu, hihihi. Pelbagai masakan berasaskan udang disediakan di Salleh Stall ini tak kiralah masakan bergoreng atau berkuah. Anda juga boleh memesan pelbagai jenis mee untuk dihidangkan bersama kuah berperisa udang seperti mee kuning, kuey teow, bihun dan maggi... nyummmmm!!


Salleh Stall Port Weld terletak di dalam pekan Kuala Sepetang. Maknanya kalau anda dah biasa makan mee udang di Kuala Sepetang tu, anda kena jalan lagi sampai masuk ke dalam pekan kecil Kuala Sepetang. Bagi yang tidak biasa ke masri, jangan risau.. anda cari sahaja papan tanda dan batu jalan yang bertulis Kuala Sepetang, sehinggalah anda masuk ke pekan Kuala Sepetang, pasti tak sesat punya.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kuala Sepetang ni femes dan udang dia yg fresh SK..
    Apa pun dia akan campur udang itu yg special.

    ReplyDelete
  2. Udang..udang udang...bila nih nk mkn mee udang dikuala sepetang..mkn yg branch punya tak feel plak

    ReplyDelete
  3. Nanti saya nak gigih meneroka utara plak. Tak puas hati betul tak dapat makan mee udang KS ni...

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap mee udang tu Sari...tak pernah sampai sana lg.Innshaa Allah 1 hari kot..hehe

    ReplyDelete
  5. Yap .. mee udang salleh's stall adalah yang pertama dan original daripada mee udang kuala sepetang yang lain.

    ReplyDelete
  6. saya dah singgah 20 Feb 2015, citarasa kita mmg x sama, × sedap pun pada tekak saya biarpun suami saya mmg maklum sebelum ni mmg sedap. mungkin tukang masak dh lain atau lupa letak garam gula. tapi lebih sedap dari mee udang turun temurun sg merab yg hancuss tu. Paling sedap saya suka mee udang pakar paroi walaupun ada janggut dan kulit udang! kawan2 cubalah rasa.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!