JODOH ITU MILIK KITA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum...
 
MAAFLAHHHH... DRAMA bersiri yang lama giler dah habis (2013 tuuuu) tapi Sk baru nak follow. Itupun sebab ia sedang ditayangkan oleh Stesen TV Suria Singapura, masa ia ditayangkan di Astro dulu Sk langsung tak berpeluang nak tengok. Tahu sajalah siaran Astro ni macam-macam ada, jadi drama bersiri macam ni bukanlah jadi pilihan utama. Lagilah drama adaptasi, tak banyak yang memikat hati ini untuk melekat di kaca tv. Sk pula lebih suka menonton tv di dalam bilik, tu yang bila Jodoh Itu Milik Kita ditayangkan di Suria, barulah berpeluang nak menontonnya.
 
 
 
Nak dijadikan cerita, Sk tertonton JIMK ketika Suria sedang menayangkan episod pertama
(sampai sekarang masih berlangsung).
Waktu tayangan setiap Isnin, 9.30 malam kiranya itu waktu yang Sk dah tak ada apa nak buat.
Disebabkan tak ada apa nak buat, maka Sk layankan ajelah..
cerita pasal apa.. sinopsisnya memang tak pernah ambil tahu.
Sebagai ulat bulu buku, setiap kali singgah ke kedai-kedai buku,
novel ini memang sering duduknya di rak hadapan atau rak pilihan pembaca.
Tapi.. memang tak pernah terlintas untuk membelek apatah lagi membeli.
Ialah.. bosan tau, balik-balik kisah kahwin paksa dan jatuh cinta.
Kemudian ada pulak orang ketiga yang nak goda-goda.. nyampah.
Sk kan lagi suka baca novel thriller, suspens dan seram..
ni baca tajuk pun tak seram langsung.. acaner???
 
Jadi terlanjur tak ada apa dah nak buat
cuma fikir nak santai-santai aje
Sk layankan jugaklah drama ni..
urmmmm... macam drama adaptasi lain jugak..
kisah kahwin paksa
tapi layan jugaklah sampai habis episod malam tu.. hihi.
 
 
 
 
 Drama adaptasi novel JIMK yang ditulis oleh Novelis Sara Aisha 
dan skrip oleh Rozie Rashid ini bermula apabila
Syafiq tidak hadir di majlis pernikahannya dengan Dahlia.
Dalam babak imbas kembali, ditunjukkan bagaimana bermulanya
perkenalan antara Dahlia dan Puan Marina iaitu ibu Syafiq.
Ibu Syafiq yang berkenan dengan Dahlia kemudian mengenalkan Dahlia dengan Syafiq
dan akhirnya mereka mula berkawan.
Syafiq bersetuju untuk menunaikan permintaan ibunya supaya berkahwin dengan Dahlia tetapi
dia nekad melarikan diri ke New Zealand untuk menjejak bekas kekasihnya Alya
di hari pernikahannya.
Bagi menutup malu, Puan Marina telah meminta abang Syafiq yang merupakan anak angkatnya
untuk bernikah dengan Dahlia bagi menggantikan tempat Syafiq.
Walaupun agak keberatan, Aariz menerima cadangan Puan Marina namun
ditolak oleh Dahlia dan ibunya.
Tup tup rupanya dalam babak seterusnya, mereka bernikah juga.. gitu.
 
Satu perkara yang membuatkan Sk melekat di kaca tv dan rasa nak follow cerita ini
adalah kerana pelakonnya.
Siapa??
Tentunya Puan Ziela Jalil sebagai Puan Marina
dan juga Tiz Zakyah yang memegang watak Dahlia.
Sk memang minat Ziela Jalil sejak dulu.
Apa sahaja filem lakonan Ziela memang wajib Sk tengok.
dan Tiz Zakyah sejak kemunculannya dalam Nur Kasih.
Jangan tak tahu, Sk pernah berchatting dengan Tiz tau dulu-dulu.. hahaha. 
 
Selepas beberapa episod mengikuti drama ini
Sk mula sedar ada sesuatu yang menarik yang perlu Sk tonton dalam drama ini
kerana ianya bukan drama kahwin paksa yang biasa.
 
 
 
 
Walaupun berkahwin secara terpaksa
(paksa dengan terpaksa lain, kan)
namun Aariz dan Dahlia cuba juga untuk menerima antara satu sama lain. 
Sikap Aariz (lakonan Farid Kamil) yang begitu gentleman dan adakalanya lucu
lama-kelamaan telah memikat hati Dahlia.
Sifat comel dan keanak-anakan Dahlia juga amat disenangi oleh Aariz.
 
 
Dalam diam-diam mereka mula menyukai dan merindui satu sama lain.
Klise lah tu kannn..
tapi Sk suka juga setiap kali babak-babak ni.
Macam manissss gitu.. ala-ala drama korea ditambah latarbelakang muzik latar.
 
 
 
Konflik mula tercetus apabila Syafiq pulang ke Malaysia
dan menjadi pengacau dalam kehidupan rumahtangga Dahlia dan Aariz.
Aaaaaaa... lambat sangat tunggu tiap minggu nak sambung satu episod
dan disebabkan Sk suka sangat dengan cerita ini
terus Sk google website yang menayangkannya secara online.
Jadi, masa berada di Hilton hari tu
gigihlah Sk dok mengkhatamkannya.. hahahaha.
 
 
 
Bermulalah bibit-bibit benci dan sakit hati.
Sampai meleleh-leleh air mata dibuatnya.
 
 
 
 Tapi suka tengok Dahlia yang tak mudah mengalah.
Ya.. perempuan memang selalu beralah (bukan mengalah ya)
 
 
Siapa yang tak pernah tengok lagi.. dan nak tengok..
nahhhh.. Sk bagi link satu folder terus drama ni 40 episod.
 
 
pi klik cepatttt!!
 
 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sy ada novelnya...tu pun beli masa kat uni dengann voucher buku tu..klu dah baca novel xde mood dah nak tgk citernya..ngee

    ReplyDelete
  2. Kalau dah mengikuti itu yg tak mahu tinggal walau satu episod.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!