PROJEK NUTRIPOT

Assalamualaikum...

GENAP dua bulan,  Sk dan beberapa orang lagi rakan sepejabat dihantar mengikuti Kursus Nutripot anjuran Jabatan Pertanian Johor yang diadakan di Masjid Larkin Perdana.  Mula tu macam pelik jugaklah,  nutripot? Apa tu? Rupa-rupanya satu kaedah baru penanaman pokok terutama pokok sayuran yang tujuannya untuk menjimatkan tenaga dan masa kita untuk membaja dan menyiram.  Pendekkata,  tak usah susah-susah sangat nak menjaga tapi insyaAllah,  kalau betul kaedah kita,  kita akan dapat pokok yang subur dan ada hasilnya.

Semasa kursus tersebut, kami telah ditunjuk ajar oleh pegawai dari Jabatan Pertanian Johor,  Encik Zainol Arifin tentang cara bagaimana penyediaan air baja,  kaedah penanaman dan penjagaan.  Sebenarnya kaedah nutripot ni sangat menjimatkan masa dan tenaga kerana ia tidak perlu disiram dan dibaja sebagaimana kaedah penanaman yang biasa.

Balik dari kursus,  kami telah diberikan sebanyak 50 set pasu khas untuk nutripot, sumbu,  baja cecair,  bograd dan sabut kelapa yang telah siap diproses.  Haaa..  Lupa nak cakap tadi bahawa kaedah nutripot ini tidak menggunakan tanah. Boleh,  tetapi tidak digalakkan kerana tanah ni mudah tercemar dengan bakteria. 

Setiap set pasu terdiri dari satu pasu biasa yang berlubang dan satu pasu lagi yang tidak berlubang. Tengok dalam gambar,  pasu yang putih tu akan digunakan untuk menampung air yang telah dicampurkan dengan baja. 

Cara bancuh, 50L air paip dicampur dengan baja cecair yang dibekalkan dan seeloknya dibiarkan semalaman sebelum digunakan. 

Inilah 40 unit anak pokok terung yang dibekalkan.  Alhamdulillah,  ada peserta dari kolej yang bawa balik anak pokok lada dari kampung maka dapatlah 40 pokok terung dan 10 pokok lada. 
Bayangkan nak tanam 50 anak pokok bukannya satu kerja yang mudah.  Tapi sebab Sk ramai askar jadi itu semua enggak usah khuatir,  hehehe. 
Berebut-rebut masing-masing nak menanam pokok. Caranya,  letakkan sabut kelapa yang telah hancur dan basah ke dalam pot coklat. Sebelum tu kena masukkan sumbu dulu ke dalam lubang pot. Tolak bahagian tengah pasu dengan jari untuk memberi ruang pada anak pokok,  letakkan anak pokok dan kambus sedikit dengan lebihan sabut. 
Lepas tu masukkan ke dalam pot putih yang telah diletak air baja,  siapppp! 
Haaa..  Inilah wajah kawan-kawan yang diarahkan menghadiri kursus nutripot,  hehehe

Setiap pagi,  disebabkan Sk selalu datang awal,  jadi Sk akan semburkan air baja pada daun-daun pokok.  Ialah,  masa ni akar pokok tak cukup panjang untuk menyedut nutrisi dari air baja,  jadi kita kenalah bantu dia untuk membesar. 
Setelah beberapa minggu,  daunnya bertambah subur. Kagum pulak menengoknya maklumlah selama ni kat rumah yang hidup subur cuma rumput israel aje terutama musim-musim hujan ni.  Dengan lalang sama naik suburnya,  kahhhh. 
Ini pula daun yang sudah terkena jangkitan bakteria.  Untuk mengubatinya setiap pagi kena semburkan bograd pulak.  Bertambah pulak kerja kita,  kui kui. 
Atas saranan bos,  pokok-pokok ni dipindahkan ke kawasan yang terdedah terus kepada cahaya. Sebenarnya,  kalau ikutkan apa yang Sk faham,  En Zainol tidak menggalakkan kaedah ini diletakkan secara terus atau terbuka.  Sebab ia terdedah kepada hujan yang akan menyebabkan kita terpaksa menukar air baja selalu. Tapi,  bila dah letak macam ni betullah kata bos,  lagi cepat pulak bunga keluar. Kalau bunga dah keluar bermakna tak lama lagi bolehlah kita menuai hasilnya. 
Tadaaaaa! 
Terkejut pagi tadi bila tengok pokok terung dah berbuah dan ada yang sudah besar buahnya. 
Sebenarnya minggu lepas adalah minggu paling sibuk bagi Sk sehingga tak sempat langsung nak meninjau pokok-pokok ni. 
Bila kawan bagitau pokok terung ada yang dah berbuah,  tu yang cepat-cepat tengok. 
Panggil askar lagi untuk bersihkan daun pokok,  letak pancang dan tukar air baja.  Sepanjang minggu lepas dan minggu ni memang hujan sahaja maknanya semua air dalam pot putih perlu dibuang dan diletakkan air baja yang baru.  Sempat jugak tambah sabut bagi membaiki struktur sabut dalam pasu yang dah mendak tu.

Kalau anda berminat untuk menanam pokok dengan kaedah ini,  bolehlah menghubungi jabatan pertanian berdekatan tempat tinggal masing-masing.  Ingatlah,  pertanian adalah perniagaan,  semoga hasilnya lumayan. 

Wassalam. 

3 comments:

  1. alaaaaa..ingatkan kalau berminat hubungi mak inche..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahha.. Kalau nak beli terung boleh hubungi Mak Inche

      Delete
  2. Cantik dan subur.
    Lepas ni bolehlah meniaga buah terung tu.

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..