REVIEW FILEM HANTU KAK LIMAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...


SEBAGAI pengikut filem-filem Pengarah Mamat Khalid dan siri-siri Hantu Kak Limah,  Sk memang tidak melepaskan peluang untuk menonton kali ini.  Biaq pi lah walau mungkin orang kata filem Mamat Khalid merepek ke tapi di akhirnya kita akan jumpa logiknya dan bukan meraban semata. 


Seperti biasa,  Sk menunggu hari rabu untuk menonton kerana harga tiket yang murah berbanding hari lain. Maklumlah,  kita kan kerja,  kenalah tunggu malam baru dapat ke panggung wayang.


Sinopsis :

Hantu Kak Limah
Kampung Pisang gempar lagi apabila roh Kak Limah yang ditemui mati oleh penduduk kampung yang sedang mencari durian mengacau beberapa penduduk kampung. 


Khuda yang berkahwin dengan Kak Limah menjadi ketakutan  lalu meminta bantuan Encik Solihin,  Yeh Sekupang, Hussin dan Wani untuk menghalau hantu  itu keluar dari kampung. Dalam masa yang sama,  Husin pula jatuh cinta pada Puteri Bunian bernama Eton.  

Apakah sebenarnya tragedi di sebalik kematian Kak Limah?
Dan apakah yang menyebabkan rohnya tidak tenteram dan merayau mengacau penduduk kampung?
Dendam apakah yang ingin dilepaskan Kak Limah kali ini? 


Watak Nayan yang dibawa Ropie,  antara karektor yang paling hidup dalam filem ini.  Apa sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya pasti menggeletek hati kita. 


Tak puas rasa menonton sekali.  Sk rasa macam nak pecah perut gelak apatah lagi setiap kali muncul Encik Solihin. Panggung sunyi seketika bila Encik Solihin muncul lepas tu memang ketawa tak berhenti melihat keletahnya.  Tengok muka dia jer dah gelak.  Tahniah Mamat Khalid yang berjaya mengubah karektor Zul Ariffin dari seorang yang romantis dalam Titian Cinta,  gagah dalam Tombiruo tapi dalam Hantu Kak Limah..  anda kena tengok sendirilah.


Pelakon lain dalam filem ini tentunya tidak pernah mengecewakan.

Sk bagi 4 bintang

Apalagi..  Tepukkkk!! 

Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya tunggu masuk astro first lah nanti hihi

    ReplyDelete
  2. Memang best gileeee...ketawa xhenti-henti dalam panggung hahahahaha

    ReplyDelete
  3. terimakasih atas infonya, kunjungi balik website kami di http://bit.ly/2nOkv5i

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!