SAMBAL TAUKUA RESEPI MAK MERTUA

Assalamualaikum...


SAMBAL TAUKUA ni boleh dikatakan hidangan wajib dalam keluarga mertua Sk. 
Dulu..  setiap kali anak-anak balik ke Kuala Ketil,  mesti mak mertua Sk akan masakkan sambal ni.  Sekarang kakak ipar Sk pulak menggantikan emak memasak. Kalau makan nasi lemak pun, kakak ipar tidak ketinggalan menyediakan sambal ni. 
Masa pergi rumah abang ipar di Terengganu pun ada sambal ni.  
Nampak tak betapa pentingnya sambal taukua ni dalam family mertua Sk,  hehehe. 

Dan,  kepakaran memasak sambal ni turut diwarisi oleh Encik Rizar. 
Rasa sambalnya pun tak lari sangat dari masskan mak.  Bukan main kembang lagi dia bila Sk puji2, huhu. 

Resepi Sambal Taukua stail mak mertua ni mudah jer. 
Tauhu dipotong 4 dan digoreng dahulu. 
Kemudian masakkan sambal macam sambal tumis tetapi tambahkan sos tiram dalam sambal tu. 
Ratah macam tu pun sedapppp! 

3 comments:

  1. Menjejes tengah puasa nengoknya hahahaha

    ReplyDelete
  2. rasa macam pernah makan. tapi tak ingatlah dekat mana..serius ni pernah makan

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka sambal taukua ni. Mabelessss.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih