RESIPI SAMBAL TUMIS SOTONG ALA AZIE KITCHEN YANG SANGAT SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
Assalamualaikum... 

HARI itu Sk pergi makan di sebuah kedai yang baru dibuka empat bulan.  Nantilah Sk cerita tentang kedai makan tu.  Sk dah janji nak makan dengan Cik Embun.  Sebaik sampai,  Cik Embun dah siap ambil makanan.  Lauk Cik Embun,  sotong dan ayam goreng. Sotong seekor dikelar-kelar nampak sungguh lawa,  hahaha.  Sk asyik teringat sampai semalam lalu balik ke rumah,  Sk terus keluarkan sotong yang Pak Inche beli hari tu di Beserah. 

Sebenarnya bukan sahaja asyik terbayang sotong kelar-kelar tu tapi Sk juga asyik teringat dengan resipi dan cara menumis sambal yang Kak Azie Kitchen kongsikan beberapa hari lepas.  Menurut Kak Azie,  bahan kisar ditumis dalam minyak yang banyak dan dimasukkan sedikit air. Kacau sekali sekala dan masak sehingga ia hampir kering. Lepas tu tambah air panas sedikit demi sedikit sehingga sambal kelihatan terbit minyak dan cantik,  barulah dimasukkan sotong. 


Walaupun selalu jer memasak sambal,  tetapi sekali sekala apa salahnya kita mencuba cara lain pula,  kan.  Blog Kak Azie juga sering Sk jadikan rujukan resipi selain dari blog Che Mat Gebu. Sk kongsikan semula resipi Sambal Sotong Ala Azie Kitchen di bawah :

Sambal Tumis Sotong
Sumber : Azie Kitchen

Bahan bahan:

Sotong - hiris tebal
3-4 sudu besar clii kering kisar
1 biji bawang besar Holland - hiris
1/2 sudu besar asam jawa
1 sudu besar gula 1 1/2 sudu besar gula
Garam 1 sudu besar garam

Bahan kisar:

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan bakar

Cara cara:

1. Panaskan minyak yang agak banyak yang boleh menenggelamkan bahan yang ditumis.
2. Masukkan bahan kisar, cili kisar, air asam jawa dan sedikit air.
3. Biarkan masak atas api perlahan sehingga air kering. Tak perlu dikacau selalu jika tak mahu sambal terpercik. Bila bahan tumisan hampir kering tambah air panas sedikit demi sedikit sehingga bahan tumisan terbit minyak.
4. Masukkan garam dan gula. Kacau rata rata. Masukkan bawang besar hiris dan kacau rata sehingga layu.
5. Akhir sekali, masukkan sotong dan besarkan api. Kacau rata. Bila agak agak sotong dah masak, boleh tutup api.

Nota:
Boleh juga tambah petai bersama bawang besar, jika suka. 
Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. BAru masak sambal sotong 2 hari lepas. sama la guna resepi azie kitchen jugak hehe

    ReplyDelete
  2. ammi pun selalu refer resepi kat page kak Azie.
    kalau kelar sotong camni mama ammi panggil sotong gedik..hahah

    ReplyDelete
  3. Perghhh tabur petai, nikmatnyaaaa....

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa..kita pun selalu rujuk blog kak azie ni...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya..ntha bila la merasa makan seafood ni...dah la kita ni suka sotong

    ReplyDelete
  6. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!