SUKU SUKU SEPARUH KUNUN

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
Assalamualaikum...

HARI ini ramai teman blogger JDT yang post entri tentang Suku Suku Separuh atau 3S.
Ialah, semalam mereka menghadiri satu program CSR anjuran Ayam Brand. Di mana dan apa ceritanya tu, kenalah anda klik link mereka pada side bar JDT Blogger di bawah.

Meh.. Sk kongsikan suku suku separuh SK tengahari tadi.
Lokasi, tempat biasalah, Cik Pidah terrindu ikan patin katanya. Sk pula tukar selera dengan Ikan Keli Masak Lomak Cili Api.


Haaa.. boleh nampak tak suku suku separuh SK tu, aci tak? Hahaha. 
Sejak dah jadi remaja purba ni SK memang hantu ulam. Jantung tu kalau boleh nak ambil dua tapi takut nanti orang lain tak dapat pulak.
Keli tuuuuuuuuu.. wallaweiiii.. elok dah suku suku separuh, kau pergi hentam masak lomak lahaiiii.. ampunnnn!

Tahu tak sepinggan nasi ni Sk kena RM13, mau tersembur air asam dari mulut.
Nasib baiklah keli tu sedap namateyyyy.. harga ditulis pada kertas catatan bayaran RM4 + RM7 (keli) + RM2, tapi harga keli yang dipamerkan RM4 - RM6. Yang RM2 tu datang mana tatawlah. Malas nak bertekak dengan tukang catat rege, esok kau jawablah di 'sana'


Tapi, sebab keli ni sedap giler, tak serik lagi rasanya nak makan di sana.. huhuhu.

Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. harga lebih sebab kuah lomak tu banjir dalam pinggan kot

    ReplyDelete
  2. hahahaha...suku suku terlebih ni ��

    ReplyDelete
  3. suku suku tapi macam dah banyak je ambil tu.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Uiiii...nak buat la masak lomak keli Sabtu ni....tapi 3S ni kenapa mahal sangat..masak sendiri je la SAri...

    ReplyDelete
  5. Kesukaan kita lauk itu, biasa makan kat SErambi Uda tu haaa mesti amik lauk keli tu, xkisahlah asam pedas atau pun lomak dan pecel sekalipun...sedapnyaaa

    ReplyDelete
  6. alamakkk...kite ni dhla peminat ikan keli...kalo dahhhh kata sedap namateyyy...kena serbuu nii..ahahahhaa..

    ReplyDelete
  7. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!