Assalamualaikum WBT
HARI ini merupakan hari terakhir sesi pengkuliahan bagi pelajar kolej Sk tahun ini. Pagi Khamis, seperti biasa ada Majlis Membudayakan Al-Quran (MBQ) selama satu jam. Cuma jika dahulu, MBQ menggabungkan pelajar, pengajar dan staf, selepas pendemik ia dilakukan secara berasingan di mana MBQ bagi staf dan pengajar dibuat secara dalam talian manakala pelajar dibuat di dewan kuliah dengan bimbingan ustaz dan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Selepas MBQ, satu mesyuarat bahagian kemahiran sebagai penutup bagi tahun 2022 akan diadakan. Dah lama tak ada makan-makan, jadi ada cadangan agar jamuan dibuat secara pot luck. Puas memikio nak bawakan apa untuk jamuan. Selalu, Sk beli aje. Pernah jugaklah bawakan Spaghetti Bolognese. Kali terakhir jamuan dulu, Sk cuma bawa perut, tapi kali ni rasa nak bawakan Lempeng Cair dengan Sambal Sardin, hehehe.
Kalau nak beli, kurang-kurang sekeping dah seringgit. Tak berbaloi nak bayar RM40 untuk lempeng, baiklah melempeng sendiri. Sk bancuh sekilo tepung dengan 2.5 liter air serta empat biji telur. Walaupun ada jer stok tepung dan telur di rumah, tapi Sk beli yang lain di kedai. Tokojut telur 10 bij RM7.50???
Kos Lempeng :
Telur 4 biji RM3
Tepung Cap Sauh 1 kg RM3.70
Kos tersembunyi - air, garam, gas, elektrik, tenaga, petrol
Masih berbaloi lagi la masak sendiri lempengnya.
Masyaa Allah..pepagi selera dah tergoda dengan lempeng kuah sardin..
ReplyDeleteBoleh simpan sukatan nih..1kg tepung..2.5 liter air
Besar sungguhlah nampaknya mambang rajin kali ni SK. Sampai sekilo tepung dilempengnya haha... tapi, selain jimat kos, rasa puas hati kan dapat masak sendiri... nak-nak bila orang berselera je makan..
ReplyDeleteMenggodanya menu.. kalau sy mmg akn terkam ni dlu 😅
ReplyDeletemakaisssh rajin sgt kak sekilo tepung tu nak dilempengkannya
ReplyDeletetapi menu memang A++ confirm yg ni dulu paling cepat habis
kita failed bab buat lempeng la...kita nak mintak Pak Zain la buatkan Sabtu ni...hehehehe
ReplyDelete