MENGOPI DI BASK BEAR COFFEE

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

SAMBUNG kisah hari Jumaat, manafaatkan masa yang ada untuk jalan-jalan dan makan-makan bersama Iman sebab hari Sabtu tentu tak sempat nak jalan-jalan kerana nak pergi Makan Kenduri, hehehe. Minggu depan ni pulak, ada program lain. Program apo tu? Stay tune, okeh!

Elehhh.. cam la orang nak tahu sangat program ko ye, Sk.. hahahaha.


Kami ke Bask Bear Cafe cawangan Taman Universiti. Kalau nak pergi tempat-tempat macam ni kena tunggu Iman la kan. Pesanan makanan dan minuman perlu dibuat di kaunter. Bask Bear Cafe ni kira masih baru lagi di Johor tapi di KL dah ada banyak cawangan, kan. Berbeza dengan kebanyakan Kafe Kopi yang menyediakan makanan sejuk beku yang akan dipanaskan apabila dipesan pelanggan, BBC menyediakan sandwich yang hanya disediakan apabila ada pesanan.        

       

Luas dan selesa, hari Jumaat tak ramai pelanggan. Masa ambil pesanan, mereka akan minta nama kita, sukatilah nak guna nama sendiri atau nama samaran. Kemudian tunggu nama dipanggil jika pesanan dah siap.


Aren Signature Coffee (RM11.23) untuk Iman dan Sk pilih Hot Coffee Mocha (RM10.85). Sangat sedap keduanya, mestilah sedap sebab mahal manis. Suka sangat tengok penutup cawan untuk minuman panas yang berpermukaan seperti wajah bear. Bila nak minum, boleh lipat dan lekatkan di hidung bear tu. Ada satu brand tu, bila kita buka untuk minum, tataw nak campak mana penutup lubang tu.  


Selain mengopi, kami order sandwich juga. Iman makan Double Down Hash Brown yang mana roti digantikan dengan hash brown. Harganya RM13.11.


Kat sini tak boleh dating, kata Iman.
Punyalah feel sampai comot-comot.


Sk pilih Chicken Slice & Egg Toast, RM10.28. Sedap sangat dan sungguh mengenyangkan.


Tapaukan Pak Inche menu yang sama dengan Sk. Kemudian Iman beli jugak Muffin combo dengan Americano. Tu pun baru malam tadi Sk panaskan sandwichnya, balut dengan aluminium foil kemudian masukkan dalam air fryer. Pak Inche makan sebelum tengok Final World Cup. Dengar-dengarnya ramai yang kecewa sebab pasukan pilihan kecundang di tangan Argentina, hahahahahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ini kalau lepak sini perut kena betul2 lapar baru menikmati ni...SA yang tgok gambar ni plak yang lapar...okey bulan depan kita nak explore JB...harap2 pakcik tu bawak la kita jalan- jalan kat tempat best2

    ReplyDelete
  2. Sandwich dia nampak sangat menyelerakan, rasa nak beli jugalah dalam masa terdekat ni. Dah banyak kali tangguh hajat.

    ReplyDelete
  3. sedappnye mkn sandwich smpi mencecah hidung., hehe

    ReplyDelete
  4. Ini kalau bear tengok Iman makan sampai menyentuh hidung,pasti 🐻 pun ketawa geli hati..Teliur la sandwic dia yang kaya filling tu...

    ReplyDelete
  5. Tak pernah minum sini..Nampak menarik.... Nanti nak try la.. hoho...

    ReplyDelete
  6. Comel jew Iman. Rasa nak cubit-cubit pipinya!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!