Assalamualaikum WBT
HARI Ahad dah gantung periuk, kan.. jadi, hari Isnin, dengan sukarelanya la masak. Masa kat Claypot tu bincang-bincang lauk makan malam esoknya, Pak Inche kata, nak makan Kari Ikan Merah. Iman pulak kata, alaaa.. buatlah asam pedas. Ni, dah makan Asam Pedas, kata Pak Inche. Iman kalah 0-1.
Sebagai menteri hal ehwal rumahtangga, Sk tahu ada dua bekas ikan merah dalam esbox. Sekeping bahagian ekor baki Sk masak kari sebelum ini dan Pak Inche ada beli lagi tiga keping ikan merah, bahagian ekor dan badan. Jadi, Sk masakkan asam pedas bahagian ekor yang sekeping tu. Sekeping bahagian badan, SK garam kunyit untuk goreng dan bakinya Sk masak kari. Iman datang dapur terus terkagum tengok bonda masak asam pedas dan kari serentak. Dia kata, jangan salah masuk sudahlah macam satu post Tik Tok tu, sebelah masak nasi goreng, sebelah masak sos bolognese (spaghetti). Sekali, dia masukkan air baki sos dari tin sos kot, goncang-goncang, sekali tertuang kat dalam nasi goreng 😂.
Kari ikan untuk bapak eh.
Asam pedas untuk anak eh.
Yang dalam bekas pink tu, konon nak buat bekal Sk hari ni tapi tak jadik sebab malas nak panaskan pulak. Semalam balik kerja ikut highway, singgah kedai runcit beli bendi, cili hidup dan kubis.
Iman kata lagi sedap dari Asam Pedas Claypot. Ofkos la kan.
Kari untuk Pak Inche. Sk makan nasi lauk sebelah kari, sebelah asam pedas.
Kubis goreng aje.
Bekal tak jadik.
Ada kari ikan wajiblah ada sambal belacan. Tu yang gigih singgah kedai beli cili hidup.
Ikan goreng juga wajib.
Kat rumah ni makan memang tak beralas mejanya, huhu. Senang lepas makan terus lap guna wet tisue. Malam ni, tak masak, dah suruh Pak Inche beli makan kat pasar malam jer, hehehe.
sedapnya nampak asam pedas tu...menyelerakan
ReplyDeleteRajin sungguh la bonda masak. Demi PI dan Iman tersayang 😊
ReplyDeletegitu la mak2 kan sorang nak itu sorang nak ini layan..bahagian maknya semua boleh
ReplyDeleteFuh.. amat menyelerakan
ReplyDeleteWah...hebatnya bonda...2 kuali sekali jalan..Babah suka..anakanda pun gembira👍
ReplyDeleteKat rumah Sa dah x boleh nak masak pedas2 dah..kari lagi la...ceroi je kuahnya...sudahnya...kena buat lauk lain utk Pak Zain
ReplyDeletewow weeeeee kagum ammi dengan kerajinan berganda bonda
ReplyDelete