SARAPAN ROTI CANAI TSUNAMI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT


SETAHUN sebulan dah kereta baru Pak Inche, hari ni pertama kali Sk bawa ke pejabat. Selalu jugak kata nak pakai hari Ahad tapi lebih selesa bawa kereta sendiri. Hari ni terpaksa bawa jugaklah sebab kereta kita bagi anaknda pakai. Selepas beberapa kali dilatih dah nampak keyakinannya memandu di jalanraya, kita pun bagi sambil keringkan hati. Sampai bila nak kepit anak tu bawah ketiak. Tahun depan dah 22 tahun, walaupun masih belajar tapi kena pandai berdikari. Pak Inche pulak cuti, minta hantarkan ke pejabat dan pergi sarapan sama, dia tak nak. Nak qada' tidurrrrr. Tapi, dia pesan, belikan dia roti canai kat Restoran Thoufeeq sebelum pergi kerja 😏.


Dah terlanjur beli sarapan Pak Inche, Sk pun beli sekali. Jadi tadi, mintak mereka buatkan roti canai dua keping dengan kuah kari dan dhal, buat dua set. Ingatkan, beli roti canai punya pasal, mesti punch card dah pukul 8.30, rupanya tak pun. Cuti sekolah, kan.. laju jer la meredah jalanraya.

Selalu Iman la yang suka pesan Roti Canai Tsunami ni. Takpun, Roti Telur Tsunami. Sk tak minat sangat sebab nanti roti jadik lembik. Suka masih garing bila dikunyah. Tapi hari ni malas nak guna mangkuk banyak-banyak, kita bubuh jer la semua dalam mangkuk. Mangkuk pun bolehhh.. hahahaha.

Burppp! Syukur Alhamdulillah 😋

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lama dah rupanya ammi tak makan roti canai...tiba2 rasa teringin pulak

    ReplyDelete
  2. Wah,Dak Iman dah drive sendiri ke UTM ye..Akhirnya bonda berjaya keringkan hati..hihihi
    Seorang mak kan..pastinya risau..
    Tapi mereka harus dilepaskan terbang jua akhirnya...huhuhu
    Semoga dimudahkan urusan Iman dan juga semua anak-anak diluar sana

    ReplyDelete
  3. Begitulah SK...hati ibu-ibu mesti kena kering, tapi Kak Amie berhati kering-kering tisu hihiii.
    Teringat roti canai kosong di Cafe Santai Delicious Parit Jelutong. Nanti senang-senang SK singgah situ, cuba rasa ye.

    ReplyDelete
  4. Betul-betul punya tsunami ni.. Haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!