MAKAN NASI KENDURI DI KAMPUNG PARIT TENGAH SERI AMAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT

KALAU dua minggu lepas, Sk ambil cuti hari Ahad semata nak menghadiri majlis walimah sepupu Sk, Abang Abid di Shah Alam, hari ini pula Sk ambil cuti untuk memenuhi jemputan perkahwinan anak sepupu Sk, Abang Alan, di Rengit, Batu Pahat. Abang Alan merupakan anak sulung Mak Lang, abang Kak Sehan yang Sk hadiri majlis walimahnya di Felda Ulu Tebrau. Boleh dikatakan antara sepupu yang jika dijemput, kau jangan tak datang 😂.


Tapi kan, yang sebenarnya, Pak Inche la yang beriya sangat nak pergi kenduri ni. Dia la yang paling teruja bila Sk beritahu Abang Alan jemput sebab kami dah lama tak makan kenduri di kampung. Mujur la tak ada sangat benda mustahak kat pejabat nak kena hadap.


Hidangan untuk tetamu.. Nasi Beriani Hujan Panas, Ayam Masak Merah, Daging Beriani, Dalca dan Acar Rampai serta Oren Kordial. Semua masakan ditempah dengan syarikat katering. Sedap sangat masakannya lebih-lebih lagi memang tengah lapar ditambah pulak cuaca mendung dengn hujan renyai-renyai.



Tambah syahdu, sambil makan sambil dengar Angah dan Abang Jali (adik bapak pengantin) berduet menyanyikan lagu M Nasir dan Yunizar Husin. Ehhh.. dia boleh pulak sambung nyanyi lagu duet Siti Nordiana dan Achik Spin dan beberapa lagu lain. Sk nak join risau hujan turun makin lebat diiringi ribut petir sabung-menyabung 😂.


Zulaikha kepelikan.. bondakan makan banyak, kenapa jadi kurus?? .. bila tengok post Sk di ig. Ialah, tengok gambar memang macam kurus, cer tengok orangnya dengan mata kepala sendiri 😆


Pengantin lelaki, Ahmad Arsyad merupakan anak bongsu Abang Alan. Majlis di sebelah perempuan, Nurul Farhana telah berlangsung di Parit Semerah, sehari sebelumnya.

Doa Untuk Pengantin Baru 

Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah).


Buah tangan untuk dibawa pulang tetamu, buah nenas. Abang Alan merupakan pengusaha kebun nenas di Kampung Parit Tengah Seri Aman, Rengit, Batu Pahat. 



Cik Ani balik awal sebab ada jemputan satu lagi di Kluang.


Sepupu, sepupu biras dan anak cucu sedara semua ada dalam ni 😆.




Tepek aje la semua gambar yang ada 😆.



Tak rugi rasanya ambil cuti semata nak datang kenduri ni.


Balik tu, singgah beli nenas kat tepi jalan pulak sebab nenas pengantin lambat lagi nak masak.

😆

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Meriahnya!! Itu yg best kenduri kat kampung kan? Td sy pn kenduri jugak tp xde beria ambik gambar sbb umh kawan dan xde kawan lain yg pegi sama, hihihi

    ReplyDelete
  2. Sedapnya makan kenduri..Saya suka.
    Wow..rare la buah tangan tu.Kalau saya,suka sangat tu dapat nanas.segar pulak tu.Semoga penganti dan semuanya diberkati dan dirahmati Allah..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nenas...cicah kicap cili...uiiii...buat juice pun sodap ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!