MAKAN KENDURI DUA PENGANTIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM, Sk dapat jemputan tiga pengantin, tapi mampu pergi dua jemputan sahaja. Jemputan pertama dari kawan Pak Inche, Abang Shahadan bagi meraikan Majlis Perkahwinan Puteri Tunggal beliau, Nabila. Manakala jemputan kedua dari kawan Sk yang Sk panggil Kak Bed yang menyambut menantu perempuan yang berjodoh dengan anak sulung Kak Bed, Azahari. Jemputan ketiga pula dari sepupu ibu Sk, yang ni tak sempat pergi sebab lokasinya di Kota Tinggi, risau sampai-sampai nanti, meja kerusi tengah kemas, hehehe.


Di persimpangan dilema juga pada awalnya sama ada nak ke jemputan Abang Adan dahulu atau ke rumah Kak Bed. Kalau ikutkan jarak lokasi antara keduanya dengan rumah Sk, rumah Kak Bed di Bandar Indahpura, Kulai lebih dekat tapi jemputan Abang Adan yang diadakan di Brick Cafe & Homestay, Kempas, diadakan sehingga jam 3 petang sahaja. 


Jadi, Sk sebagai jemaah menteri hal ehwal rumahtangga memutuskan agar kami ke rumah Abang Adan dahulu, lagipun Abang Adan sewa hall, Kak Bed buat di rumah dan jemputannya sehingga jam 4.30 petang. Terima kasih, Abang Adan dan Kak Filzah atas undangannya. Ini kali kedua kami menghadiri jemputan di dewan Brick Cafe ini, sebelum ini Majlis Perkahwinan Maisarah, anak ex-bos Pak Inche juga diadakan di sini.


Tuan Tanah Kedaung kalau tak penuh pinggan memang tak sah. Konon nak makan nasi sesenduk aje sebab lepas tu nak makan kat rumah Kak Bed pulak, tapi eh, macam sikit no pulak nasi sesenduk.. hahaha. Jamuan untuk tetamu merupakan Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Daging Beriani, Kambing Beriani, Dalca dan Acar Jelatah serta kuih-muih seperti Talam Bakar Pandan, Agar-Agar Lapis Kaca, Tapai Pulut dan Tapai Ubi. Sedap semua hidangannya.


Ada Abang Ice Cream jugak. Boleh pilih nak makan ais krim dengan roti, waffle kon atau cup. Menurut Abang Adan, pakej perkahwinan di Brick Cafe ni lengkap dengan katering dan pelamin dan mak bapak pengantin tak payah buat apa dah cuma sediakan cenderahati untuk tetamu sahaja.


Dari Kempas, kami terus ke Bandar Indahpura ikut lebuhraya. Azamnya kena makan juga nasi kenduri tapi bila nampak aje roti jala terus rasa macam nak makan roti jala. Pak Inche dan Iman pun sama jugak, tak nak makan nasi. Ambil roti jala makan dengan dalca. Nampak jugak lauk lain iaitu daging dan ayam masak merah.


Kak Bed ni agak terkenal jugak di kalangan chef-chef seluruh Malaysia ni tau kerana banyak mengikuti dan menganjurkan kelas-kelas masakan. Beliau juga ambil pelbagai tempahan manisan, pastri dan pelbagai masakan tempatan dan timur tengah. Tengok, bersusun segala macam kek, brownies, kuih tradisi dan kek lapis.


Nak makan banyak, takutlah pulak baju tertetas, hahahaha. Kalau ikutkan segala kuih nak susun dalam pinggan tapi kena jugak ingat diri yang dah remaja purba ni. Kuih koci tu sedap betul ya, bukan koci tipu-tipu tau. Sekarang ni nampak ramai kongsi resepi yang kuih koci tu direbus dan dimasak macam kuih onde-onde.


Tahniah, Kak Bed, terima menantu perempuan. Nanti bolehlah disuruh-suruh tolong kat dapur. Tapi, jangan jadi mak mertua yang kejam pulak, hahaha.


Penuh tangan balik dari rumah pengantin semalam.


Ini semua dari rumah Kak Bed. Rumah Kak Bed dapat empat biji telur pindang, rumah Kak Filzah tiga biji telur pindang. Empat biji bagi kawan-kawan kat pejabat, sebiji buat sarapan pagi tadi, sebiji buat makan tengahari, ada lagi sebiji nanti esok pulak kita makan. Telur pindang boleh tahan seminggu lebih tau.


Yang ni pulak dari kenduri Abang Adan. Jajan-jajan dan kek suruh Iman bawa balik kolej.
Kali ni tak ada gambar pengantin tapi doa untuk pengantin tetap ada.

Doa Untuk Pengantin 

Nabilah  & Hadil Amin
serta
Azahari & Nazatul Asyikin

Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah).

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hari ini kita pergi rumah satu pengantin saja. Rasa semua tujuh jenis kuih, kecil-kecil dan comel.

    ReplyDelete
  2. Aminn.. atas doa untuk pengantin.
    Sedap telor pindang. Dah lama tak makan. :)

    ReplyDelete
  3. Penuh sepinggan nasi baryani.
    Ada kambing pulak tu

    ReplyDelete
  4. Cuti-cuti sekolah ni, banyak orang buat majlis perkahwinan.

    ReplyDelete
  5. Banyaknya jemputan...tapi makanan semua memang superb kan...tahun ni SA x dapat mana- mana jemputan lagi..tahun depan berderet...anak2 sepupu ramai yang kahwin

    ReplyDelete
  6. Tahniah Abang Adan dan juga Kak Bed kerana terima menantu..
    Dak Iman punya senyum kemain manis..😘

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!